Majlis Iftar Bersama Syabab Hizbut Tahrir Di Surau Al-Ehsan, Batang Kali

Batang Kali 5 Sept – Surau Al-Ihsan dengan kerja sama penduduk,  Imam dan Pengerusinya telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama syabab Hizbut Tahrir Malaysia. Majlis bermula seawal 6.30pm apabila unit Pameran HTM, memasang display board dan menaikkan kain rentang mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kaum Muslimin dan Muslimat.

Lebih kurang 6.45pm kelihatan syabab dari kawasan sekitar, mula datang untuk menghidupkan amalan berbuka di Surau, sekitar 20 orang menghadiri Majlis berbuka ini. Kemudian diikuti dengan solat Maghrib dan semasa menunggu waktu Isyak ramai yang tidak melepaskan peluang untuk melihat pameran yang disediakan. Oleh kerana ruang pameran yang agak terbatas,  suasana menjadi agak sesak.

Kemudian solat Isyak secara berjemaah berjalan dan setelah itu diikuti dengan solat Tarawih. Sementara menunggu solat Witir, tazkirah telah disampaikan oleh Dr. Muhammad. Di dalam tazkirahnya, Dr. Muhammad telah membincangkan persoalan aqidah umat Islam dan kaitannya dengan perbuatan manusia. Beliau membincangkan mengenai umat Islam hari ini yang telah mengabaikan aqidah siyasiyyah lantas melupakan banyak tanggungjawab yang telah digariskan oleh Al-Quran, terutamanya dalam isu menegakkan Islam serta aktiviti amar ma’ruf nahi mungkar. Di antara contoh yang diberikan adalah mengenai kewajiban berpuasa, berjihad dan qisas di mana umat Islam hanya menumpukan perhatian kepada ibadah puasa tetapi melupakan ibadah yang terkait dengan siyasah seperti jihad dan qisas.

Selesai tazkirah, para jemaah menyambung solat Witir dan setelah Witir, sekali lagi para jemaah menikmati moreh. Namun oleh kerana kedatangan yang agak ramai, ada yang tidak dapat menjamu selera.

Majlis kemudian ditutup dan Qiyamullail diadakan pada pukul 3.00 pagi, diikuti dengan sahur, kemudian selepas solat subuh diadakan pula kuliah Subuh oleh Ustaz Ahmad Mustafa, Naqib HTM Kawasan Kuala Lumpur. Kuliah pada pagi ini menyentuh antara lain-
 

  1. Kepentingan menghidupkan puasa, solat tarawih dan mencari malam Lailatul Qadar, diikuti sedikit teguran dengan sikap orang Melayu yang hangat-hangat tahi ayam dalam bertarawih.
  2. Menceritakan tentang peristiwa Nuzul Al-Quran dan kepentingan sistem Illahi diterapkan oleh individu, masyarakat dan Negara.
Majlis tamat pada pukul 7.45am.

Pihak HTM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pengerusi Surau Al-Ihsan dan juga kepada Imam, Ust Darul, serta penduduk sekitarnya. Jazakallahu Khairan Katsiran.

altaltaltaltaltaltalt