Masjid Negara Kembali Digegarkan Dengan Seruan Dari HTM Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Masjid Negara Kembali Digegarkan Dengan Seruan Dari HTM Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1431H.
 
Masjid Negara Kuala Lumpur, Jumaat, 26hb Februari 2010
altSelepas selesai solat Jumaat, para syabab HTM telah menggegarkan Masjid Negara dengan aktiviti seruan sempena  kedatangan dan sambutan Maulidur Rasul 1431H. Seruan ini dilakukan dengan bertujuan untuk mengingatkan umat Islam khususnya di Malaysia tentang tanggunjgawab mereka dalam menerapkan dan mengembangkan Islam. Dalam kesempatan kali ini, seruan tersebut telah disampaikan oleh syabab HTM,  Ustaz Ahmad Firdaus. Di antara perkara yang disentuh di dalam seruan tersebut adalah:
  • Kelahiran Rasulullah SAW adalah sebenarnya kelahiran Islam. Ini adalah kerana Rasulullah SAW merupakan manusia yang telah dipilih oleh Alllah SWT untuk membawa dan menyampaikan cahaya Islam.
  • Kecintaan umat Islam kepada Rasulullah SAW itu bukanlah hanya sekadar menyambut dan merayakan  serta memperingati kelahiran baginda SAW semata-mata. Bahkan lebih jauh dari itu umat Islam wajib melaksanakan Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh baginda SAW samada dalam kehidupan individu, masyarakat mahupun negara.
  • Seruan ini juga ditujukan kepada para pemimpin umat Islam khususnya, yang di saat ini secara terang-terangan telah mengabaikan kewajiban menerapkan Islam dalam kehidupan bernegara. Para pemimpin sekular yang ada pada hari ini tidak menerapkan pemerintahan Islam sebagaimana yang pernah dilakukan oleh baginda SAW. Padahal pada waktu yang sama mereka turut menyambut dan merayakan Maulidur Rasul.
 
HTM kemudiannya mengakhiri seruan ini dengan menyru kepada semua pihak –  umat Islam, pemimpin umat Islam dan tidak ketinggalan kepada semua gerakan Islam agar bergerak untuk menegakkan Islam. Di antara kata-kata utama seruan adalah:
 
WAHAI UMAT ISLAM! PADA HARI INI HIZBUT TAHRIR MENYERU KEPADA KALIAN UNTUK BERSAMA-SAMA MENEGAKKAN KEMBALI KHILAFAH DI ATAS MINHAJ KENABIAN…
 
WAHAI PARA PEMEGANG KEKUASAAN! BERIKAN NUSRAH KEPADA HIZBUT TAHRIR BAGI MENEGAKKAN KEMBALI KHILAFAH DI ATAS MINHAJ KENABIAN INI…
 
WAHAI SELURUH GERAKAN ISLAM! MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BAHU MEMBAHU MENEGAKKAN KEMBALI KHILAFAH DI ATAS MINHAJ KENABIAN.
 
KETAHUILAH BAHAWA MENEGAKKAN KEMBALI KHILAFAH ADALAH SUATU KEWAJIBAN BAGI SELURUH UMAT ISLAM DISAAT INI…
 
SEMOGA USAHA-USAHA KITA INI AKAN MEMBUKA PINTU-PINTU KEBAIKAN AGAR MANUSIA BERBONDONG-BONDONG MASUK KE DALAM ISLAM DAN RAHMATNYA TERSEBAR KESELURUH ALAM INI…. TAKBIR … TAKBIR … TAKBIR …