Menang Bergaya Dalam Kezaliman
Kejayaan bagi umat Islam diukur melalui komitmen kaum Muslimin dalam menjalankan amar maaruf nahi mungkar. Sekiranya kita berjaya menegakkan keadilan dan menentang kezaliman, maka itulah kejayaan sebenarnya. Apalah gunanya menang bergaya jika kemungkaran dan kemaksiatan masih berpanjangan? Apalah gunanya menang bergaya jika rakyat masih berciciran dengan kemiskinan, kemelaratan dan kedaifan? Apalah gunanya menang bergaya sedangkan kerosakan sosial masih ditangga tertinggi? Apalah gunanya menang bergaya jika Islam masih diketepikan?
Sumber : Utusan Malaysia Online 10/08/09