Mereka Membuat Undang-undang Sendiri

Di suatu petang  sekitar lewat abad ke-21 di dalam ibukota Daulah Khilafah, seorang khalifah dilihat sedang duduk sambil minum teh bersama dengan penasihatnya. Mereka berbincang berkenaan dengan keadaan semasa Daulah Khilafah pada masa itu sehingga tiba-tiba topik perbualan mereka berpindah kepada topik berkenaan ideologi Kapitalisme yang baru sahaja runtuh.

Penasihat: Tuan Khalifah, kalau tuan tidak keberatan bolehkah tuan terangkan tentang  kejatuhan Kapitalism?

Khalifah: Ya, kejatuhan Kapitalism atau saya istilahkannya dengan Capitualism (menyerah kalah). Masa itu kamu belum dilahirkan lagi untuk menyaksikan tentang zaman gelap itu pada akhir kurun ke-20 dan 21. Blok barat Capitualism pada masa itu berada pada suatu keadaan yang lemah baik dari segi kewangan, politik dan moral. Ideologi tersebut walaubagaimanapun terus bertahan selama beberapa tahun kemudiannya tetapi keadaannya pada masa itu adalah di dalam keadaan yang nazak.

Penasihat: Ceritakanlah kepada saya lebih lanjut tentang Kapitalism dan cara kehidupannya…dan kenapa anda merujuknya sebagai Capitualism?

Khalifah (sambil tergelak): Itu hanyalah gurauan, walaupun istilah itu (Capitualism) adalah rekaan saya tetapi ianya adalah benar. Selama beberapa tahun lamanya para pemerintah dan pentadbir telah berada di bawah pengaruh dan telunjuk syarikat-syarikat, industri dan kepentingan lainnya. Walaupun secara prinsipnya, dikatakan bahawa para pemimpin tersebut mewakili rakyat jelata dan kuasa rakyat, tetapi hakikat sebenarnya adalah para penguasa US, UK dan Eropah telah menjadi platform untuk syarikat-syarikat multinasional gergasi. Para penguasa tersebut sebenarnya mewakili kepentingan syarikat-syarikat tersebut dan bukannya mewakili dan berkhidmat kepada rakyat jelata. 

Jadi selalunya mereka melaksanakan undang-undang yang menguntungkan syarikat dan industri disamping menafikan hak-hak rakyat. Dalam bahasa Inggeris, Capitulate bermaksud “menyerah diri” atau “menyerah kalah” tanpa apa-apa tentangan sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan barat dan para pemimpinnya itu, iaitu menyerah kepada syarikat dan pihak industri. Sebab itulah saya merujuknya sebagai Capitualism. 

Penyelewengan dan rasuah berlangsung selama berdekad-dekad lamanya terutamanya ketika berlangsungnya proses legistlatif di mana pihak korporat akan memasukkan pengaruh mereka melalui derma kewangan, pemberian pinjaman, lobi persekutuan dengan parti politik. Keadaan ini berlaku di hampir di semua negara. Dan sememangnya selepas tamatnya tempoh jawatan para Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Presiden, mereka juga kemudiannya menjadi sebahagian darpada entiti korporat tersebut.

Walaupun para Capitualism inilah yang menaikkan seorang pembuat undang-undang, dan menjadi pihak yang menentukan apa yang betul dan apa yang salah, tetapi bukan orang itu yang akan membuat undang-undang. Walaupun kelihatannya mereka yang menggubal undang-undang tersebut, tetapi biasanya ia sangat dipengaruhi oleh syarikat korporat gergasi dan tokoh media, maka disinilah ironinya.

Penasihat (sukar nak mempercayai fakta tersebut): Apa? Mereka membuat undang-undang menggunakan akal mereka sendiri? Macam mana manusia boleh jadi begitu bodoh dan tak rasional; dari manakah idea ini muncul?

Khalifah: Inilah asas kepada Capitualism; di mana manusia mempunyai kedaulatan, manusia sendirinya adalah hakim…mereka tidak merujuk kepada Pencipta mereka sendiri untuk petunjuk kepada kehidupan di dunia ini, untuk memberikan penilaian tentang apakah yang betul dan manakah yang salah atau meminta petunjuk. Sekularism adalah doktrin politik mereka. Tetapi, apa yang telah menjadikan manusia sebagai pencipta undang-undang itu sendiri telah berlangsung beberapa abad sebelumnya. Apa yang saya pasti, ia bermula sejak zaman Yunani lagi. Seorang ahli falsafah yang bernama Pythagoras pernah mengatakan bahawa “manusia adalah penentu kepada segala perkara”.

Penasihat: Ok, saya faham. ‘Sickularism’ (penyakit sekularism) telah mengakibatkan banyak masalah di dunia pada masa itu. ‘Sickularism’! (tersenyum sambil faham pengunaan istilah tersebut). Umat Islam sendiri secara individu tidak boleh menjadi sekular sebab Islam mempunyai kedua-dua aspek; kerohanian dan politik sendiri.

Khalifah: Saya hanya berlawak tetapi nampaknya apa yang kamu katakan itu betul.

Penasihat: Jadi apakah natijahnya daripada pandangan hidup yang demikian?

Khalifah: Hmm. dimanakah harus saya mulakan? Telah berlaku banyak masalah di setiap tingkat kehidupan masyarakat Barat yang meletakkan manusia sebagai titik rujukan pandangan hidup mereka walaupun manusia itu bersifat tidak sempurna, bias, lemah dan berpandangan cetek.

Walaupun banyak jenis pemikiran, falsafah dan pandangan telah berkembang pada masa itu: haluan kiri, haluan kanan, haluan tengah, neo-ini, liberal-itu, klasik, moden, konservatif, demokrat sosial, demokrasi, diktator…kesemua tersebut adalah kelainan yang sebenarnya berpunca daripada induk yang sama; iaitu kesemuanya bersetuju bahawa manusia adalah sumber hukum dan peradilan.

Ini telah mengakibatkan ketidakstabilan apabila undang-undang yang dicipta oleh satu generasi menjadi lapuk apabila diwarisi oleh generasi seterusnya tatkala idea dan selera manusia telah berubah. Lihatlah sendiri bagaimana sistem sosial Capitualism dan kesannya terhadap wanita dan warga emas, tidak ada kesinambungan dan kestabilan.

Penasihat: Tetapi saya ada membaca bahawa Barat Capitualism telah berjaya menjana kekayaan dan pertumbuhan ekonomi yang belum pernah dicapai sebelumnya. Berbillion telah dijanakan dengan terciptanya produk baru melalui kemajuan teknologi. Saya rasa saya masih menyimpan salah satu telefon zaman itu, i-Phone 500s dan ianya masih lagi boleh berfungsi.

Khalifah: Ya memang benar, kekayaan yang amat banyak telah dijana tetapi secara realitinya kekayaan tersebut tidak dirasai oleh rakyat jelata. Para Capitualist pernah mempunyai matawang mereka sendiri…saya dah lupa apakah matawangnya. Ya, ianya adalah Dollar. Ianya merupakan matawang paling kuat pada waktu itu, tetapi pada awal kurun ke-21 berbillion penduduk dunia masa itu hidup dengan kurang daripada 1 Dollar sehari. Bahkan pada masa itu, berjuta-juta penduduk dunia mati kebuluran dan ada yang tidak mempunyai tempat tinggal terutamanya di Afrika dan di negara-negara umat Islam yang dikuasai oleh para penguasa boneka Barat yang korup pada masa itu.

Pada lewat tahun 2000 apabila bank, yang merupakan instituisi kewangan yang menyimpan dan memberikan pinjaman, telah mengalami kesukaran untuk memberikan pinjaman, tahukah kamu apakah yang kerajaan Capitualism  lakukan?

Penasihat: Tidak, adakah mereka menutup institusi kewangan tersebut disebabkan oleh kegagalan melaksanakan tanggungjawab mereka?

Khalifah: Anda mungkin berfikir begitu, tetapi para penguasa telah melakukan tindakan yang lebih teruk daripada itu iaitu dengan mengambil lebih banyak wang daripada rakyat  melalui cukai, dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, dan mencetak lebih banyak wang supaya bank-bank tersebut boleh hidup. Oleh itu kamu faham kenapa saya kata mereka sebenarnya Capitualism (“menyerah diri” atau “menyerah kalah”).

Institusi-institusi kewangan pada masa itu telah mengeluarkan produk-produk kewangan yang sukar untuk difahami, menjualnya kepada orang yang tidak mampu, melalui bank yang tidak dikawal oleh sesiapa tetapi dibenarkan oleh kerajaan dan para penguasa pula tidak boleh didakwa oleh sesiapa walaupun oleh rakyat  dan mereka ini selalunya telah terhutang budi kepada kepentingan korporat. Percayalah, bahawa ianya adalah suatu kitaran yang sememangnya parah.

Penashiat: Bagaimana pula keadaan umat Islam yang hidup di bawah undang-undang Barat Capitualist itu?

Khalifah: Barat Capitualist sentiasa mendakwa prinsip yang mengatakan undang-undang dilaksanakan secara adil kepada rakyat jelata. Tetapi sebenarnya Capitualism mempunyai sejarah panjang diskriminasi terhadap kaum minoriti dan para pendatang; kaum Katholik, Irish, Yahudi dan selainnya.
Ketika lewat kurun ke-20, para pendukung ideologi Capitualism mula sedar bahawa kebangkitan Islam adalah halangan besar kepada kewujudan cara hidup mereka di peringkat global. Dalam masa yang sama, perlecehan terhadap Islam, Ahkam Shariah dan umat Islam sendiri telah merebak ke seluruh dunia Barat pada masa itu.

Ada suatu ketika seorang pemimpin Perancis, Nicholas Sarcastic namanya. Mula-mula dia merangka undang-undang untuk mengharamkan pemakaian hijab di bangunan kerajaan. Sarcastic seterusnya mengharamkan pemakaian niqab. Beberapa tahun kemudian beliau melaksanakan undang-undang mengharamkan lelaki yang menyimpan janggut melebihi 3 inci dengan “polis berjanggut” dilihat selalu membuat rondaan di masjid-masjid. Pada tahun 2020, kerajaan Eropah mengharamkan Zibbah (penyembelihan haiwan korban) dengan alasan bahawa hak asasi haiwan adalah lebih penting daripada hak asasi manusia  sekiranya haiwan tersebut disembelih atas sebab-sebab keagamaan. Kamu tidak boleh faham bagaimana perkara itu boleh terjadi walaupun kamu mencubanya!

Penasihat: Bagaimana keadaan Perancis pada masa itu?
Khalifah: Selepas krisis Eurozon pada 2012, negara Eropah seperti Greece and Itali berada di ambang muflis, dan kebanyakan daripada mereka telah diambil-alih oleh Bundesbank Jerman (bank pusat Jerman). Ekonomi Perancis pula menjadi muflis beberapa tahun kemudiannya dan telah lenyap daripada peta dunia menjadi wilayah baru. Nicolas Sarcastic kemudiannya menjadi menteri di sebuah wilayah kecil di sebelah barat Republik Jerman Raya. Sungguh sesuai untuk beliau nampaknya. Tetapi beliau bukan keseorangan. Ada beberapa orang sepertinya. Britain juga pernah mempunyai Perdana Menteri yang bercerita banyak tentang Islam pada permulaan kurun ke-21.

Penasihat: Maksud kamu, Nick Clegghorn?

Khalifah: Bukan, berfikirlah dengan bijak, beliau tidak pernah menjadi Perdana Menteri! Yang datang sebelumnya itu adalah betul-betul pelik Boris…

Penasihat: Dave Cameroon?

Khalifah: Ya, itulah yang betul, Dave Cameroon. Beliau telah tinggal bersama-sama dengan sebuah keluarga muslim sebelum dia jadi Perdana Menteri Britain. Beliau melaksanakan banyak polisi-polisi yang dilaksanakan oleh beberapa kerajaan di Eropah pada masa itu. Mereka mempunyai perkataan pelik yang merujuk kepada umat Islam.

Penasihat: (bergelak ketawa) Apa, seperti Mozlim, Moozlim, Muzlim, Moslem…

Khalifah: Tidak, tidak…tetapi mereka mahu mencipta imej umat Islam mengikut acuan mereka sendiri, yakni mereka yang “baik” dan “buruk”. Masa itu merupakan masa yang sukar untuk umat Islam mengekalkan identiti mereka. Apabila persepsi masyarakat umum terhadap umat Islam semakin buruk, yang ditiup oleh kerajaan seterusnya dan oleh media, mereka pun merangka undang-undang yang lebih buruk. Inilah yang berlaku apabila manusia dijadikan sebagai hakim, undang-undang yang tidak adil telah dijadikan undang-undang negara. 

Maka selama beberapa tahun kemudian beberapa undang-undang baru telah dirangka bertujuan untuk mengasimilasikan umat Islam ke dalam masyarakat dengan identiti yang sama, setiap kanak-kanak di sekolah dikehendaki menyanyikan lagu “Rule Britannia” sebelum memulakan kelas pada sebelah pagi. Para pendatang baru terpaksa belajar kesusasteraan William Shakespeare sebelum mereka diterima sebagai warganegara.

Pada masa itu juga terdapat proses penyusunan semula perkhidmatan kesihatan yang menyaksikan pasaraya-pasaraya besar telah mengambil-alih perkhidmatan kesihatan di Britain atas alasan untuk meningkatkan kecekapan, yang mana dengan sejumlah mata pembelian yang diperolehi akan membolehkan anda mendapatkan pemeriksaan kesihatan oleh doktor iaitu dengan hanya menunjukkan kad ahli, anda boleh  mendapatkan prosedur perkhidmatan kesihatan dilakukan di bahagian belakang pasaraya tersebut. Oleh itu, kalau anda perhatikan, undang-undang semakin berubah tertakluk kepada keadaan semasa yang memerlukan.

Penasihat: Apakah yang berlaku kepada Dave Cameroon?

Khalifah: Tragis sebenarnya. Sukan Olimpik 2012 telah ditamatkan lebih awal daripada sepatutnya disebabkan oleh kekurangan dana apabila pihak penaja mengalami kemerosotan kewangan dan oleh itu penamatan awal tersebut terpaksa dilakukan dan Argentina telah menawan semula kepulauan Falklands sebaik sahaja acara pecut 100 meter lelaki telah berlangsung, macam mana nak saya katakan, seperti sirup ditumpahkan ke atas Baklava.

Penasihat: Saya difahamkan bahawa Amerika Syarikat merupakan negara Capitualist paling kuat semasa awal kurun ke-21 dan menyerang umat Islam. Apakah justifikasi para penjajah Capitualist itu gunakan untuk membenarkan segala tindakan mereka?

Khalifah: Ya, pada masa itu Amerika  dipimpin oleh Barrack Obombma. Dia mengikuti polisi-polisi pemimpin Amerika sebelumnya, iaitu Georgy Porgy Bush yang menceroboh Iraq dan Afghanistan. Serangan-serangan yang dilancarkan oleh Amerika dan negara Barat ke atas umat Islam telah berlangsung beberapa dekad lamanya sebab mereka menguasai beberapa instituisi antarabangsa yang memberikan mereka lesen untuk melancarkan serangan ke atas negara lain. Walaupun mereka sendiri melanggar undang-undang yang mereka sendiri ciptakan, tidak ada kuasa pada ketika itu yang dapat membawa mereka ke muka pengadilan. Obombma melakukan perkara yang sama dengan pemimpin sebelumnya.

Penasihat: Semua umat Islam mengetahui apa yang telah berlaku di Iraq and Afghanistan. Kesan serangan, jumlah orang-orang awam yang menjadi korban dan kesengsaraan rakyat Iraq semasa dijajah oleh Amerika. Datuk saya pernah menceritakan yang akibat itulah dia telah melibatkan dirinya di dalam usaha untuk mendirikan semula Daulah Khilafah semasa usianya masih muda. Peristiwa tersebut dan kejatuhan Assad di Syria telah berlaku pada masa yang sama.

Khalifah: Itu semua tidak termasuk di dalam bahagian akhir analisis ini. Ideologi Capitualism mungkin telah bertahan selama beberapa tahun selepas itu dengan anggapan bahawa ianya adalah idealogi terbaik untuk seluruh manusia. Memang mereka telah mengalami masalah sepanjang tempoh itu tetapi kebangkitan di beberapa buah negara Arab di Timur Tengah sekitar tahun 2011 dan 2012 telah mengegarkan kedudukan mereka di mata dunia. Namun, apa yang pasti, Kemunculan semula Daulah Khilafah sebagai sebuah negara telah meruntuhkan cara hidup ideologi Capitualism tersebut.

Penasihat: Bagaimanakah caranya Daulah Khilafah telah dapat didirikan semula?

Khalifah: Ianya adalah satu perbincangan yang panjang yang boleh dilakukan pada masa yang lain.
Pada masa ini, seorang pembantu memasuki ke pejabat membawakan berita untuk Khalifah. Khalifah tersebut senyum dan berpaling kepada penasihatnya.

Khalifah: Ini ada berita daripada Sheikh Salmond ke-4 dari Kesatuan Scotlandia…beliau sedang berada di dalam kesulitan akibat pemberontakan di wilayah selatan. Nampaknya kita mempunyai tugas yang mesti dilakukan segera.

Rujukan :  www.khilafah.com