Mesir: Hizbut Tahrir Malaysia Menyeru Perubahan Sistem Menuju Khilafah

 
BANDAR BARU BANGI 19 Feb.- Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah mengadakan seruan selepas solat Jumaat di Masjid As-Solihin, Teras Jernang. Seruan yang sama juga dilakukan di Masjid Jamek Kajang dan di beberapa buah masjid di seluruh Malaysia, bagi memperjelas kepada umat Islam tentang kebangkitan rakyat yang berlaku di Mesir dan lain-lain Negara Arab. Dalam seruan ini HTM telah mengingatkan umat Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya agar melihat isu ini dengan kerangka berfikir Islam supaya dapat memahami realiti yang berlaku dengan jernih. Ini penting supaya kita tidak ditipu oleh Barat yang sentiasa berusaha memastikan agar umat Islam tidak kembali kepada sistem Islam yang sebenar yakni sistem Khilafah.

Kebangkitan umat Islam yang sedang berlaku di negara-negara Arab sekarang adalah hasil kesedaran mereka akan kezaliman pemimpin yang memerintah.

Untuk itu Hizbut Tahrir Malaysia dalam seruannya telah mengingatkan umat Islam agar mereka sedar, bahawa keadaan di Mesir itu berlaku bukanlah kerana tempoh pemerintahan Hosni Mubarak itu terlalu lama, tetapi puncanya adalah kerana penerapan sistem yang salah. Sistem kufur demokrasi sekular yang diterapkan oleh Mubarak selama inilah sebenarnya yang menjadi akar kepada segala permasalahan yang berlaku di Mesir.

Faktanya saat ini dunia Islam telah ditipu oleh Barat. Para penjajah kononnya telah keluar dari negeri-negeri umat Islam dan kemudiannya menghadiahkan kemerdekaan kepada negeri jajahannya, namun hakikatnya para penjajah ini sebenarnya telah meninggalkan sistem yang buruk dan pemimpin yang setia dengan mereka bagi meneruskan ‘penjajahan’ mereka. Oleh itu, kebangkitan umat Islam di Mesir dan di beberapa buah negeri yang lain hari ini tidak akan membawa apa-apa impak jika hanya pemimpin sahaja yang ditukar, tetapi dalam masa yang sama ‘pemimpin baru’ masih menerapkan sistem Barat.

Telah terlalu banyak bukti yang terjadi di dunia Islam, di mana telah berlaku pertukaran pemimpin namun sistemnya tetap sama. Akhirnya umat Islam tetap akan berhadapan dengan masalah yang sama – kegagalan, kesengsaraan, kemiskinan, kemunduran dan sebagainya. HTM menyeru bahawa kebangkitan yang sebenar bagi umat Islam saat ini adalah dengan menegakkan kembali Daulah Khilafah bagi menggantikan sistem kufur demokrasi, autokrasi, monarki, federasi dan sebagainya yang masih berdiri di tengah-tengah kehidupan umat Islam saat ini.

[Youtube:http://www.youtube.com/watch?v=aUsFDBDNgKU]

Masjid As-Solihin, Teras Jernang, Selangor

alt

alt

alt


Masjid Jamek Kajang, Selangor

 
alt
 
alt
 
alt

Muar, Johor

alt

alt

alt


Johor Baharu, Johor

alt

alt

alt