Mohiuddin: Hizbut Tahrir Mempunyai 20,000 Pemimpin dan Aktivis di Bangladesh
Pada hari pertama dalam tiga hari penahanannya, Mohiuddin, yang juga seorang profesor dalam bidang Perniagaan dan Pengurusan di Universiti Dhaka mengatakan dengan tegas bahawa ia tetap akan berjuang untuk mendirikan Khilafah melalui sebuah revolusi di negara tersebut meskipun ia diharamkan.
Rejim tempatan sudah kehilangan akal dalam menghadapi debat intelektual para pemuda HT yang telah menyingkap rancangan-rancangan jahat rejim dengan penjajah AS-Britain-India. Timbalan jurucakap HT, Kazi Morshedul Haque, juga ditangkap di rumahnya oleh bahagian perisikan rejim tempatan. [baca: Rejim Korup Bangladesh Benar-benar Putus Asa: Setelah Tangkap Jubir HT, Giliran Timbalan Jurubicara Ditangkap!].
Nisarul Arif, wakil suruhanjaya bahagian Utara mengatakan, “Mohiuddin mendakwa bahawa dirinya tidak mempunyai hubungan dengan anggota-anggota yang lain sejak diharamkan pada 22 Oktober tahun lalu. Tetapi aktivis Hizbut Tahrir yang lain yang ditahan mengatakan bahawa mereka mengikuti aktivitinya mengikut arahan Mohiuddin.”
Nisarul mengatakan bahawa Mohiuddin juga menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan sesuatu organisasi militan atau penyaluran dana di dalam atau di luar negeri.
Hizbut Tahrir tidak menerima dana daripada mana-mana organisasi sama ada di dalam atau di luar negeri, tetapi ia hanya menerima dari kalangan para anggota mereka untuk membiayai perjalanan kegiatan mereka, kata Mohiuddin kepada penyoal.
Seramai 90% daripada anggota parti itu adalah mahasiswa manakala bakinya adalah dari kalangan profesional, katanya.
Tuduhan Palsu
Rejim sekular Bangladesh telah menahan Mohiuddin dalam tahanan rumah selama enam bulan dan di sepanjang tempoh itu polis menjaga pintu depan dan di sekeliling rumahnya untuk menghalangnya daripada meninggalkan rumahnya.
“Dan sekarang penguasa penindas dan pembohong itu menyatakan bahawa saya adalah perancang aktiviti Hizbut Tahrir walaupun mereka telah merampas telefon dan komputer, serta memutuskan kesemua sarana komunikasi,” katanya dalam sebuah kenyataan kelompok itu.
Penguasa sekular ini juga tidak mengizinkannya untuk meninggalkan rumahnya bagi mengunjungi anak perempuannya di hospital tanpa kawalan polis bersenjata di sekelilingnya.
Selama ini mereka tidak memiliki sebarang bukti unutk mengenakan tuduhan terhadapnya. Setelah mereka melihat bahawa tindakan ganas mereka (rejim) tidak mampu untuk menghalang gerakan Hizbut Tahrir, mereka bergegas untuk menangkapnya sejurus selepas mereka menerima perintah daripada penjajah.
Mengambil tauladan daripada ‘majikan mereka’ yang ahli dalam menindas hak-hak rakyat, pemerintah menghantar polis pada jam 2 pagi dan memecah masuk rumahnya yang hanya layak dilakukan oleh pencuri. Mereka berulang kali berbohong kepada isterinya tentang di mana mereka menahannya dan keadaannya.
Kemudian mereka membawanya ke mahkamah melalui pintu belakang dan menghalangnya daripada menghubungi peguamnya. Mereka mensabitkannya dengan tuduhan-tuduhan palsu di hadapan hakim dan media.
“Tuduhan itu menyatakan bahawa Mohiuddin Ahmed, meskipun di bawah pengawasan polis, telah merancang supaya tiga aktivis parti itu di kota Uttara dua hari lalu dengan tuduhan palsu membawa bom molotov. Sedangkan yang benar adalah bahawa ketiga-tiga aktivis itu ditangkap kerana membuat protes terhadap kegagalan pemerintah dalam mengatasi tenaga elektrik nasional, air dan krisis gas, dan satu-satunya benda yang mereka sampaikan hanyalah kertas risalah-risalah,” kata Hizbut Tahrir dalam sebuah kenyataan.
Demikianlah, pelbagai cara rejim korup liga awami dalam menghadapi semangat dakwah Hizbut Tahrir yang tidak berhenti-henti menyingkap rancangan jahat imperialis. Ujian dakwah ini bukanlah perkara yang baru. Di zaman Rasulullah saw, bermacam-macam pertembungan dan penentangan terhadap dakwah telah berlaku, bermula daripada penganiayaan, penyeksaan, propaganda negatif sehinggalah kepada pemboikotan.
Seperti halnya di zaman Rasulullah saw, semua ujian dakwah ini menunjukkan bahawa semakin dekatnya pertolongan Allah. Apabila tiba masanya, Khilafah Rasyidah akan menghukum para penguasa diktator yang telah berganding bahu dengan penjajah musuh Allah. InsyaAllah, Khilafah semakin dekat.
Sumber : www.syabab.com