Muslimah Tidak Perlukan Peringatan Tahunan tentang Kegagalan Penyelesaian Masalah Wanita di peringkat Global. Kita Perlukan Khilafah yang akan menjadi Penjaga dan Perisai Kita

Berita:

Hari Wanita Antarabangsa (IWD) pada 8hb Mac ditandakan dengan sambutan tahunan yang lazimnya disambut, perarakan dan tunjuk perasaan di negara-negara di seluruh dunia, termasuk di tanah-tanah umat Islam demi untuk mengiktiraf pencapaian yang diraih oleh kaum wanita di peringkat global, disamping menyeru tindakan untuk meningkatkan perjuangan melebarkan jurang antara gender dalam masyarakat dan melindungi kaum wanita dan memperbaiki hak-hak dan kualiti hidup mereka. Tema tahun 2020 adalah “Seimbang untuk Sejahtera” atau “Each for Equal” yang menyeru kepada tindakan bersama untuk meraih kesetaraan gender di dalam kerajaan, tempat kerja, sukan dan liputan media selain dari tambahan kepada lain-lain sektor dalam negara. Tema yang dipilih oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memperingati IWD tahun ini adalah, “ Saya adalah Generasi Kesetaraan: Menyedari Hak-hak Wanita”, yang merupakan sebahagian dari kempen peringat global yang dilancarkan oleh wanita-wanita PBB dalam tahun 2020, yang bertujuan untuk mengerahkan tenaga satu generasi baru kaum wanita dalam negara di seluruh dunia, termasuk di tanah-tanah umat Islam, untuk memperjuangkan seruan kesetaraan gender dalam negara-negara mereka.


Komentar:

Konsep ‘Kesetaraan Gender’ yang menyeru ke arah menyetarakan hak-hak, peranan dan tanggungjawab kaum lelaki dan wanita dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat disajikan sebagai sebahagian ramuan ajaib yang menyatakan bahawa para individu hendaklah meminumnya untuk memperbaiki kesengsaraan, kualiti hidup, perlindungan dan hak-hak wanita. Walau bagaimanapun, kesetaraan gender and polisi-polisi feminisme telah gagal mencapai walau sekelumit pun kejayaan untuk mengurangkan kadar keganasan yang dihadapi oleh wanita di dalam masyarakat atau untuk menghapuskan kesulitan dari segi ekonomi atau keadaan mereka yang ditindas. Di negara-negara seperti Tunisia dan Turki contohnya, yang dianggap sebagai pemimpin dalam perundangan kesetaraan gender di dalam dunia umat Islam, tahap keganasan yang disasarkan kepada kaum wanita adalah sangat mengejutkan. Berdasarkan kepada statistik tahun 2016 dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Tunisia, 60 peratus kaum wanita di dalam negara itu mengalami keganasan rumahtangga, sementara di Turki, menurut Kementerian Keadilan Turki, dari tahun 2003 hingga 2014, terdapat peningkatan sebanyak 1,400 peratus pembunuhan ke atas kaum wanita. Tambahan pula, apakah sebenarnya yang telah dicapai oleh undang-undang tentang kesetaraan gender dan perjanjian-perjanjian wanita seperti Platform Tindakan Beijing dan CEDAW untuk melindungi puluhan ribu kaum wanita Syria yang telah disembelih oleh para penyembelih daging seperti Assad dan Putin; atau untuk menyediakan perlindungan yang menjaga maruah berjuta-juta pelarian wanita dari peperangan yang sekarang ini tinggal di kem-kem luar kemanusiaan; atau melindungi ribuan Muslimah dan gadis-gadis Rohingya dan Uyghur yang tertindas, begitu juga dengan mereka-mereka yang mengalami hal yang sama di Palestin, Kashmir, Afrika Tengah dan di lain-lain tempat yang diseksa, didera, dicabul dan dibunuh oleh para penindas dan penjajah yang zalim? Dan bagaimanakah polisi-polisi tentang kesetaraan dapat menghapuskan kemiskinan yang dihadapi oleh jutaan kaum wanita di negara-negara Timur dan Barat?

Menurut Bank Dunia, hampir separuh populasi dunia – 3.4 bilion manusia – masih berhempas-pulas untuk memenuhi keperluan asas, sementara di Britain, salah sebuah negara yang menyeru kesetaraan gender sejak lebih dua abad lalu, 45 peratus dari rakyatnya adalah ibubapa tunggal – 90 peratus adalah kaum wanita – dan hidup dalam kemiskinan (sumber Jabatan Kerja dan Pencen, United Kingdom). Dan apakah agenda sengit puak feminis dan kesetaraan gender yang dilaksanakan oleh badan-badan antarabangsa, organisasi-organisasi wanita dan kerajaan Pakistan dan Afghanistan lakukan untuk memperbaiki peluang Pendidikan kepada ramai kaum wanita dan anak-anak gadis di dalam negara-negara ini? Di Afghanistan sekarang, 40 peratus sekolah-sekolah tidak mempunyai bangunan, anggaran dua pertiga anak-anak perempuan Afghanistan tidak bersekolah (Human Right Watch, 2017) dan 84 peratus kaum wanita di dalam negara itu adalah buta huruf (Afghanistan Central Statistics Organization, 2017).

Benar, kesetaraan gender tidak ada gunanya langsung sebaliknya ia adalah dadah yang mematikan fungsi saraf agar jauh dari kesedaran bahawa sistem kapitalis dengan idea dan nilai-nilai sekular dan liberal, disamping lain-lain ideologi dan sistem buatan manusia yang diterapkan di negara-negaralah yang menjadi dalang utama ke atas pelbagai bentuk ketidakadilan, keganasan dan lain-lain jenayah yang digubal untuk menentang kaum wanita di peringkat antarabangsa. Ini termasuk mencetuskan perang demi untuk meraih keuntungan oleh negara-negara kapitalis dan sokongan kepada mereka oleh para pemimpin kuku besi yang membuat tawaran mereka, tanpa mengira penindasan ke atas kaum lelaki dan wanita yang dibawah pemerintahannya. Maka, gerakan feminis telah menghabiskan masa dan usaha kaum wanita di dalam pertempuran sia-sia yang telah gagal walau hanya untuk mengurangkan skala masalah-masalah yang mereka hadapi.

Sebenarnya, tiada korelasi antara banyaknya undang-undang dan polisi-polisi tentang kesetaraan gender yang diterapkan di dalam negara dan kualiti hidup kaum wanita mereka. Walau bagaimanapun, terdapat kaitan yang pasti antara tahun-tahun yang telah berlaku semenjak hilangnya negara Khilafah dan skala penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh kaum wanita di tanah-tanah umat Islam dan kaum Muslimah di peringkat global. Bulan Rejab ini menandakan 99 tahun menurut kalendar Hijrah sejak kemusnahan sebuah negara yang gemilang, iaitu Sistem Allah SWT. Malapetaka ini menunjukkan permulaan babak-babak kegelapan dalam sejarah umat Islam, yang mana kaum wanita dan kanak-kanak adalah mangsa utama, kerana kita telah kehilangan sebuah negara yang ujud sebagai penjaga dan perisai maruah, hak-hak dan kesejahteraan kita sebagai kaum wanita. Rasulullah SAW bersabda, “Imam adalah penjaga dan dia bertanggungjaab ke atas rakyatnya”. Kita kehilangan sebuah negara yang mengujudkan kemakmuran di tanah-tanah kita, memastikan segala keperluan kita dipenuhi dan kita menikmati kualiti hidup yang baik; sebuah negara yang mengujudkan Pendidikan sistem penjagaan kesihatan kelas pertama yang mana kaum wanita dan lelaki akan mendapat manfaat yang besar darinya; dan sebuah sistem yang tidak akan bertolak ansur walau sekecil mana pun kepada keganasan dan bahaya kepada wanita, dan menggerakkan angkatan tentera untuk mempertahankan maruah mereka. Oleh itu, fokus kita, masa dan usaha sebagai Muslimah hendaklah ditujukan kepada urgensi untuk mendirikan semula Khilafah di atas jalan kenabian, kerana ia adalah kewajiban dari Allah SWT iaitu Tuhan kita kerana perubahan sebenar hanya akan dapat direalisasikan demi tanah-tanah kita, dunia ini dan kehidupan kita sebagai kaum wanita apabila ia dapat dikembalikan atau didirikan semula.

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh Dr Nazreen Nawaz

Pengarah Bahagian Wanita Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

#GenderEqualityUnmasked
‎سقط_قناع_المساواة#
#CinsiyetEşitliğiMaskesiDüştü
‎#أقيموا_الخلافة
#ReturnTheKhilafah
#YenidenHilafet
#KembalikanKhilafah
#BongkarTopengKesetaraanGender