Najib Ada Kuasa Superman? Hanya Khilafah Yang Mampu Untuk Melindungi Umat Islam Di Thailand
Sumber: Utusan Malaysia 07/12/09
Najib Ada Kuasa Superman? Hanya Khilafah Yang Mampu Untuk Melindungi Umat Islam Di Thailand
Sudah terlalu lama umat Islam di Selatan Thailand hidup dalam keadaan tertekan dan senantiasa dihimpit dengan suasana ketakutan di sana-sini. Sudah ribuan umat Islam di sana dibunuh dan nyawa mereka amat rendah harganya di sisi musuh-musuh Islam. Umat Islam yang paling hampir dengan mereka iaitu di Malaysia, terutama para pemimpinnya juga telah terbukti gagal untuk membantu menyelesaikan masalah yang dialami oleh umat Islam di Selatan Thailand. Antara puncanya adalah kerana halangan sempadan negara asabiyyah yang memisahkan kesatuan umat Islam sedunia. Jika adapun bantuan yang diberikan ia bukanlah merupakan suatu yang akan menyelesaikan masalah sebenar yang berlaku di sana. Itulah kelemahan dan kesilapan yang diulang oleh umat Islam saat ini, terutamanya para pemimpin sekular mereka yang hanya menyelesaikan simpton dan bukannya menyelesaikan masalah sebenar.
Kini kedatangan Najib ditunggu-tunggu oleh umat Islam di Selatan Thailand. Namun persoalannya, apakah Najib akan benar-benar dapat menyelesaikan masalah umat Islam di sana? Hakikatnya ini adalah umpama mimpi di siang hari. Ibarat mengejar bayang-bayang fatomargana di tengah-tengah panas padang pasir. Ketika Najib memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan, beliau tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu menyelamatkan nyawa umat Islam di Selatan Thailand dari dizalimi oleh musuh-musuh mereka yang bertindak ganas tanpa rasa perikemanusian. Hakikatnya, selama mana kita masih mendasarkan permasalahan ini atas asas assabiyyah, penyelesaian tidak akan muncul.
Wahai umat Islam! Khususnya di Selatan Thailand . Yakinlah hanya Khilafah sahajalah yang akan mampu melindungi dan mempertahankan nyawa dan darah umat Islam di sana. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya imam adalah laksana perisai, yang (umat) akan beperang dan berlindung di belakangnya”. [HR Muslim, Abu Dawud, An Nasa’i, Ahmad dari Abu Hurairah].
Lihat SN034 – RINTIHAN UMAT ISLAM DI SELATAN THAILAND