Pemimpin UMNO Membuat Kenyataan Pelik
Bagi umat Islam yang ikhlas, faham dan sedar, mereka dapat menilai sama ada adakah benar dasar dan perjuangan UMNO itu menepati ajaran al-Quran dan Sunnah? Selama lebih separuh abad, UMNO menjadi parti pemerintah yang memerintah Malaysia yang secara jelas telah mencampakkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah daripada sistem pemerintahan negara. UMNOlah parti utama pemerintah yang masih terus mengekalkan sistem demokrasi, sistem ekonomi kapitalisme, sistem sosial liberal dan meletakkan Perlembagaan Persekutuan ciptaan penjajah kafir Lord Reid lebih tinggi mengatasi al-Quran dan As-Sunnah. Siapakah yang dapat menafikan semua perkara tersebut? Hanya mereka yang sengaja membutakan, membisukan dan memekakkan diri sahaja yang tidak akan memahaminya. Kenyataan Ku Nan adalah sangat bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh dirinya sendiri dan juga partinya. Kata-katanya sudah pasti membuatkan musuh-musuh Islam bergembira kerana umat Islam dilihat masih jahil terhadap ajaran Islam serta tidak dapat membezakan antara sistem kufur dan sistem Islam. Firman Allah SWT:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka, ‘Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi.’ Mereka menjawab, ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan’. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. Dan apabila dikatakan kepada mereka, ‘Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman.’ Mereka menjawab, ‘Patutkah kami beriman sebagaimana berimannya orang-orang yang bodoh itu?.’ Ketahuilah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahuinya.” [TMQ al-Baqarah (2) : 11-13]
Sumber: www.malaysiakini.com