“Penjilat” British

KUALA KUBU BHARU, 21 Jun – Dalam beratus-ratus kenderaan yang melalui Jalan Kuala Kubu Bharu untuk ke pusat peranginan Bukit Fraser setiap hari, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa salah satu selekoh di jalan itu pernah menjadi saksi kepada satu peristiwa berdarah yang menggegarkan negara. Bagi mengajak orang ramai dan pelancong luar mengimbau semula peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor mengambil inisiatif meletakkan sebuah papan tanda di lokasi berlaku tragedi berdarah di selekoh itu. Pegawai Daerahnya, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, perletakan papan tanda itu dibuat supaya orang ramai yang melalui jalan itu dapat memperingati dan mengimbau semula peristiwa hitam itu.

Inilah hasil kejayaan British menanamkan racun berbisa dalam pemikiran umat Islam. British yang telah (dan masih lagi)menjajah dan mengorbankan nyawa umat Islam sentiasa dianggap suci dan mulia berbanding komunis yang dianggap ganas, brutal, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Memang benar, komunis bukan sahaja ganas, brutal dan kejam, bahkan idelogi kufur ini juga merupakan cara hidup kebinatangan di mana manusia diatur berdasarkan peraturan dialetika materialisme. Metod penerapan dan pengembangan ideologinya adalah melalui kekerasan, intimidasi dan mencetus huru-hara dan kehancuran.

Persoalannya, apakah bezanya ideologi jijik ini dengan ideologi kapitalisme yang dibawa dan diterapkan oleh British yang tak pernah kering dari darah kaum Muslimin, merompak kekayaan umat Islam dan menjajahnya? Sehingga hari ini, sebahagian besar umat Islam masih tidak sedar diri tentang hakikat ini kerana sejak lahir, mereka telah terperangkap dengan dakyah kufur British penjajah! Kata-kata hikmah kerapkali muncul dari mereka, sentiasa memuji dan meninggikan British penjajah sedangkan ini jauh bertentangan dari kalimah suci yang sepatutnya terpahat di hati mereka. Sampai bilakah mereka ini akan sedar? Ataukah mereka ini secara sedar bertugas mengekalkan dan mempertahankan ideologi hina tinggalan British ini agar ia terus kekal mendominasi umat hari ini?