Perisikan Jordan Bekerjasama Dengan CIA Untuk Membunuh Kaum Muslimin
Akhbar itu melaporkan bahawa Ali Bin Zaid bekerja di stesen rakaman (tapper) paling penting milik wakil CIA di wilayah timur Afghanistan. Salah satu tugas di stesen ini adalah untuk memberikan maklumat yang diperlukan sebelum menyerang daerah-daerah sesuatu suku di Pakistan melalui pesawat terbang AS tanpa pemandu , yang mana jumlah penerbangannya mencecah 50 kali sehari.
Di pihak yang lain, menurut agensi berita Jordan (Petra), Syarif Ali bin Zaid dianggap mati sebagai syahid kerana ia mati dalam melaksanakan misi kemanusiaan di Afghanistan.
Washington Post melalui Jamie Smith (yang bertahun-tahun menjawat jawatan sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas CIA selepas Afghanistan diceroboh Amerika Syarikat) mengatakan bahwa , “Orang-orang Jordan memiliki kepakaran dalam menyoal siasat para tahanan dan melatih para pemberi maklumat. Mereka mengetahui yang mana orang-orang jahat, budaya, rakan-rakan dan lain-lain tentang jaringan milik mereka.”
Akhbar itu melaporkan bahwa sejarah kerjasama antara badan risikan Amerika Syarikat dan Jordan telah kembali sejak tiga dekad yang lalu. Akhbar itu juga mengatakan bahwa Amerika memberikan Jordan USD500 juta setahun dalam bentuk bantuan sejak perjanjian damai dengan zionis Israel ditandatangani.
Rejim Jordan termasuk para perisikannya bukan sahaja memerangi Islam, kaum Muslimin, dan para pengembang dakwah Islam yang berada di Jordan dan di sekitarnya, malah mereka telah memperluaskan serangan untuk membunuh kaum Muslimin yang tidak berdosa yang memegang teguh kehormatan keluarganya, negerinya, dan agamanya dalam menghadapi serangan kaum Salib di Afghanistan dan Pakistan.
Selain itu, rejim ini juga menganggap bahawa anggota risikannya yang mati dengan tubuhnya hancur bercerai-berai dalam mengabdikan diri kepada kaum Salib sebagai syahid. Sungguh memalukan! Padahal selama ini mereka memberikan informasi, keahlian, dan perekrutan untuk kaum Salib sang pembunuh. Semua ini mereka lakukan demi segenggam wang dolar yang sedikit pun tidak akan mampu menyelamatkan mereka daripada kerasnya seksaan neraka, dan juga demi mempertahankan rejim mereka yang sudah usang, di mana kehancurannya hanya menunggu waktu sahaja.
Sumber: www.syabab.com