Pujian Yang Hakikatnya Merupakan Suatu Penghinaan

 

Dr M puji usaha Najib

KULIM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau gembira dengan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana mempraktikkan ciri pentadbiran yang memenuhi kehendak serta kepentingan rakyat dan negara.

“Saya sudah beberapa kali menemui Najib sejak beliau mengambil alih kepemimpinan negara dan rasa senang dengan cara beliau mentadbir sehingga kini,” katanya ketika berucap pada program Mesra Rakyat anjuran bersama Umno Bahagian Padang Serai dan Yayasan Pembangunan Insan Pulau Pinang di sini, malam kelmarin.

Beliau berharap Najib meneruskan tradisi bekerja dan berjasa kepada rakyat. Dr Mahathir berkata, beliau yakin krisis dalaman membabitkan beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) akan selesai sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13. Katanya, pemimpin parti itu sedar penyelesaian segera pergeseran dalaman akan menjamin masa depan BN kembali cerah untuk menang pilihan raya akan datang dengan majoriti lebih baik.

Dr Mahathir berkata, pemimpin yang bertelagah sedar mereka tidak ada pilihan kecuali berbaik semula.
Katanya, rakyat Malaysia harus bersyukur kerana pembangunan dalam pelbagai bidang sejak Merdeka hampir 53 tahun lalu banyak mengatasi negara lain di dunia yang merdeka dalam tempoh sama. – Bernama

Sumber: Berita Harian, 10/02/2010


Pujjian Yang Hakikatnya Merupakan Suatu Penghinaan

Tokoh-tokoh sekular silih berganti, masing-masing dengan agenda tersendiri, namun hakikatnya, matlamat yang dikongsi adalah sama. Mereka akan tetap berpegang kepada assabiyah, wathaniyah, sekularisme, pluralisme, liberalisme dan bermacam lagi bentuk agenda kuffar Barat.  
 
Apalah gunanya pujian dan penghargaan sekiranya yang terus dipertahankan adalah hukum dan gaya hidup penjajah. Para pemimpin ini hakikatnya boleh merebut syurga Allah dengan menerapkan Islam namun saying sekali mereka masih terus memilih untuk mendapatg kemurkaan Allah!

“Siapa saja yang mengikuti petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Siapa saja yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.” [TMQ 20:123-126]

Wahai Mahathir! Wahai Najib !! Masih ada lagi ruang bagi kamu untuk bertaubat dan membetulkan keadaan umat selagi kekuasaan dan pengaruh masih ada di tangan kamu. Rebutlah peluang untuk menegakkanlah Khilafah dan terapkanlah Islam!

Wahai Najib! Pujian ke atas kamu hakikatnya merupakan satu penghinaan kerana pujian tersebut adalah atas ‘kejayaan’ kamu meneruskan warisan penjajah!!  Janganlah kamu leka dan gembira kerana itu pujian tersebut adalah di antara lubang-lubang neraka. Berubahlah dan rebutlah peluang yang ada pada kamu hari ini untuk menjadi pemimpin seperti Muhammad si Al-Fatah yang menakluk Kontsantinopel. Kamu berpeluang untuk menakluk Rom Barat dan menyinari alam ini dengan cahaya Islam. Ketika itu kamu akan menerima pujian dari yang Maha Kuasa!  
      
‘Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” [TMQ 24:55]