Q&A: Bin Salman Dan Normalisasi Dengan Entiti Yahudi

Soalan:

Pada 21/09/2023, Laporan Akhbar BBC Arabic menyiarkan di laman web: (Putera Mahkota Arab Saudi mengumumkan dalam temu bual denga rangkaian American Fox News, petikan yang disiarkan pada hari Rabu, bahawa Kerajaan sedang “membuat kemajuan” ke arah normalisasi dengan Israel. Dia berkata: “Semakin hari kami semakin dekat dengan normalisasi hubungan dengan Israel.” Beliau menambah, “Terdapat sokongan daripada pentadbiran Presiden Biden untuk mencapai tahap itu…”). Delegasi Yahudi telah mengambil bahagian secara terbuka di Arab Saudi: (Pihak berkuasa Israel menyatakan kegembiraan mereka dengan kehadiran delegasi kerajaan di Arab Saudi untuk menghadiri mesyuarat Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Riyadh, menganggapnya sebagai langkah pertama ke arah normalisasi antara kedua-dua negara (France 24, 11/9/2023). Adakah Arab Saudi akan turut serta dalam perjanjian-perjanjian pengkhianatan Arab dan membina hubungan dengan entiti Yahudi?

Jawapan:

Untuk menjelaskan jawapannya, kami akan menyemak perkara berikut:

Pertama: Menurut berita yang beredar, pihak yang terlibat dalam proses normalisasi ialah entiti Yahudi, Arab Saudi, dan Amerika, dan terdapat fakta-fakta berkaitan dengan ketiga-tiga pihak berkenaan:

1- Entiti Yahudi menganggap bahawa sebarang normalisasi dengan mana-mana negara Islam dan di rantau Arab adalah pencapaian besar untuk mewujudkan kewujudan entiti Yahudi dan menjadikannya ‘kekal utuh’ mengikut kehendak mereka. Oleh itu, setiap kerajaan entiti Yahudi itu berlumba-lumba mencari sebarang kelemahan yang boleh dilalui mereka untuk mendapatkan akses ke negara-negara Islam, terutamanya negara-negara Arab.

2- Memandangkan kerajaan Arab Saudi adalah salah satu kerajaan di rantau ini yang dilihat tidak menentang orang Yahudi untuk menjajah seluruh Palestin, Arab Saudi telah mengekalkan beberapa hubungan dengan entiti Yahudi itu untuk beberapa waktu, tetapi secara rahsia. Oleh itu, Arab Saudi secara prinsipnya tidak kisah untuk menjalinkan hubungan dengan entiti Yahudi itu. Malah, mantan Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud adalah orang yang melancarkan Inisiatif ‘Pengkhianatan’ Arab pada tahun 2002, dan Arab Saudi secara berterusan mengisytiharkan kepatuhannya kepada perjanjian tersebut.

3- Di pihak Amerika, semua pentadbiran Amerika telah bekerja selama beberapa dekad untuk ‘keamanan’ antara orang Yahudi dan jiran pemerintah Arab mereka untuk menstabilkan entiti Yahudi, mengintegrasikannya ke rantau ini, dan menghapuskan keasingannya. Kedua-dua parti Amerika (Demokrat dan Republikan) tidak berselisih dalam hal ini.

Kedua: Walaupun terdapat alasan yang berpotensi untuk dinormalisasi oleh ketiga-tiga pihak tersebut (entiti Yahudi, Arab Saudi, dan Amerika), namun isu ini penuh dengan komplikasi (kekacauan) politik yang besar:

1- Melalui penentangan Netanyahu secara terang-terangan terhadap perjanjian nuklear dengan Iran pada tahun 2015 dan hasutannya dalam Kongres AS, Netanyahu menjadi penentang dasar Presiden AS, Obama pada ketika itu mengenai isu nuklear Iran, dan ini mencemarkan hubungan Entiti Yahudi dengan Parti Demokratik AS. Apabila Presiden Trump dan pentadbiran Republikannya berkuasa di Washington pada awal 2017, hubungan antara entiti Yahudi dan pentadbiran Republikan di Washington kembali dihidupkan. Trump telah menganugerahkan entiti tersebut  dengan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya, dan kedutaan Amerika telah dipindahkan ke Baitulmaqdis begitu juga ia menyetujui pencerobohan Golan.

Apabila pentadbiran baharu demokrasi  yang dipimpin oleh Biden kembali berkuasa pada awal tahun 2021, hubungan antara Tel Aviv dan Washington kembali dingin. Malah, pentadbiran Biden enggan menerima Netanyahu di Rumah Putih sehinggalah baru-baru ini mengatur hubungan semula. Antara janji pilihan raya Netanyahu ialah normalisasi dengan Arab Saudi. Pendedahan baru-baru ini terdapat hubungan sebenar antara Netanyahu dan Bin Salman [Akhbar Jerusalem Post Israel, Isnin, 22/5/2023, berkata bahawa Perdana Menteri Israel Netanyahu bercakap melalui telefon dengan Putera Mahkota Saudi dua kali dalam beberapa minggu lalu… dan Riyadh menyampaikan senarai tuntutan kepada Israel berkaitan isu Palestin. ( Arab Post, 23/5/2023)].

2- Semasa kerajaan Saudi yang dipimpin oleh Bin Salman, dianggap paling tunduk kepada Amerika, selepas pentadbiran Trump menyingkirkan ejen Amerika, Mohammed bin Nayef, daripada kuasa di Arab Saudi dan menyerahkan kuasa tersebut kepada ejen lain, Mohammed bin Salman (MBS). Ini berlaku pada pertengahan 2017, iaitu, enam bulan selepas pentadbiran Republikan, Trump mengambil alih Washington. Oleh yang demikiran, kerajaan Bin Salman sangat tunduk kepada Amerika, pada masa yang sama, ia berhutang budi kepada sekutu utamanya iaitu Republikan dan kumpulan Trump … Justeru itu, kerajaan Bin Salman telah membelakangi Biden dengan galakan tersembunyi daripada kumpulan Trump di Amerika, dan pentadbiran Biden telah melakukan perkara yang sama terhadapnya. Biden mengumumkan bahawa dia tidak akan berjabat tangan dengan Bin Salman atas dasar pembunuhan Khashoggi.

3- Pentadbiran Biden mula berkuasa di Amerika pada 2021 yang berhadapan perpecahan politik Amerika  yang teruk dan mengancam untuk terus mengembalikan semula kehidupan politik di Amerika secara keseluruhan. Kedua-dua parti yang berkonflik (Demokratik dan Republikan) telah mengheret ke arena konflik dalaman dan luaran yang sangat luas di antara mereka sehingga berlaku pembahagian pengikut dan ejen di persada antarabangsa. Mereka menggunakan pengikut-pengikut dan ejen-ejen ini untuk menentang parti lawan demi kepentingan partinya dalam konflik dalaman Amerika, misalnya seperti apa yang berlaku mengenai pengurangan pengeluaran minyak Arab Saudi dengan Rusia untuk menyerang Demokrat di Amerika semasa pilihan raya Kongres 2022, dan seperti kenyataan lantang yang dikeluarkan oleh Entiti Yahudi iaitu kembalinya Netanyahu ke tampuk kuasa bermakna ia menentang Amerika kembali kepada perjanjian nuklear dengan Iran. Hal ini memberikan manfaat kepada Parti Republikan dan kumpulan Trump untuk kembali berkuasa. Jadi pentadbiran Biden menyedari bahawa perjalanan normalisasi Saudi dengan entiti Yahudi itu berada di luar kawalannya selepas Netanyahu kembali berkuasa pada akhir 2022.

Ketiga: Amerika menilai semula hubungannya dengan Arab Saudi dan memulihkan kemesraan kepadanya. Ia juga mengukuhkan hubungannya dengan entiti Yahudi, tetapi dari satu posisi yang dominan, semuanya dengan tujuan merebut perjalanan normalisasi antara Arab Saudi dan entiti Yahudi dan melepaskan mereka daripada tangan Republikan:

1- Selepas kerajaan Mohammed bin Salman menolak permintaan pentadbiran Biden pada tahun 2022 untuk menangguhkan pengurangan dalam pengeluaran minyak selama sebulan, pentadbiran Biden menyedari hubungan antara kumpulan Trump dan Arab Saudi yang mendalam, jadi ia segera mengurangkan kritikan terhadap Arab Saudi. Republikan di Amerika mengejek Presiden Biden, yang desakannya menyebabkan tidak berjabat tangan dengan Bin Salman, tetapi dia menyambutnya dengan tumbukan pertama dengan menolak pertemuan peribadi dengan Bin Salman, sebaliknya bertemu dengannya dalam delegasi Saudi yang diketuai oleh Raja Salman. Republikan menganggap Biden bertanggungjawab terhadap dasar kenaikan harga bahan api.

2- Penasihat Keselamatan Negara AS Jake Sullivan melawat Arab Saudi dan mengadakan pertemuan hangat dengan Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman, merasmikan fasa baharu perhubungan Amerika dengan Arab Saudi yang tegang; yang diwakili dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memindahkan orang Amerika dari Sudan, berunding dengan Saudi mengenai perkembangan di Yaman, dan memberikan Saudi peranan yang lebih besar dalam politik Amerika dan peranannya dalam menghubungkan India dengan dunia.(Perancis 24, 8/5/2023).

3- Lawatan Blinken ke Arab Saudi [Setiausaha Negara AS Blinken menekankan penyelarasan dan perkongsian antara kedua-dua negara, dua sekutu strategik. Semasa persidangan itu, kedua-dua menteri menyentuh tentang kembalinya Syria ke Liga Arab, krisis Sudan, dan isu normalisasi dengan Israel. (France 24, 9/6/2023)].

4- Menghapuskan ketegangan Iran-Saudi. Ini telahpun diperincikan dalam artikel Jawapan kepada Soalan: Rekonsiliasi Saudi-Iran bertarikh 1/4/2023. Arab Saudi tahu bahawa perjanjian ini mempunyai nilai yang besar dalam kestabilan pemerintahannya, dan Amerika mengisytiharkan bahawa ia sedar apa yang dilakukan China dengan Arab Saudi dan Iran. Ia juga menaikkan status Arab Saudi dengan menyertainya dalam rundingan gencatan senjata di Jeddah antara tentera Sudan dan Rapid Support sejak 8/5/2023.

5- Pada Sidang Kemuncak G20, yang diadakan di India pada 9/9/2023, Arab Saudi muncul sebagai garis darat perantara antara garis laut timur dari India dan garis barat ke Eropah, kerana ia merupakan elemen utama dalam Koridor Ekonomi Biden, yang menghubungkan India ke Eropah melalui Arab Saudi dan entiti Yahudi. [Arab Saudi bersetuju dengan India pada permulaannya ia akan melaburkan pelaburan bernilai kira-kira $100 bilion (Al Jazeera Net, 11/9/2023)]. Semua ini menunjukkan peningkatan penglibatan Bin Salman dalam dasar pentadbiran Biden, walaupun ia adalah pentadbiran demokrat, namun dia tidak memutuskan hubungan dengan Republikan!

6- Pentadbiran Biden sedang berunding dengan kerajaan Bin Salman mengenai normalisasi dengan entiti Yahudi dan bercakap mengenai hal tersebut. Melaluinya,  Biden mahu membuat sebarang perjanjian damai dengan Bin Salman dan entiti Yahudi di tangannya sendiri, supaya dia akan mendapat manfaat daripadanya dalam pilihan raya Amerika manakala Parti Republikan dan kumpulan Trump tidak akan mendapat manfaat daripadanya, iaitu, dia akan mengubah suatu kemungkinan yang merugikan menjadi sebuah titik kekuatan di tangannya, untuk menggunakannya di hadapan pelobi Yahudi lalu menjauhkannya daripada Trump dan Republikan terutamanya dalam pilihan raya akan datang.

7- Pentadbiran Biden membuat kerajaan Netanyahu terliur untuk perjanjian damai dengan Arab Saudi: [Duta Amerika ke Israel, Thomas Nides, telah mendedahkan bahawa Amerika Syarikat sedang berusaha untuk menormalkan hubungan antara Israel dan Arab Saudi, dan dua pegawai Amerika memberitahu laman web Amerika Axios bahawa Rumah Putih mahu mendesak untuk mencapai persetujuan antara Riyadh dan Tel Aviv dalam tempoh enam hingga tujuh bulan akan datang, sebelum Presiden Joe Biden sibuk dengan kempen presidennya (Arabi Post, 23/5/2023)]. Media Yahudi juga memetik Menteri Luar entiti Yahudi itu sebagai berkata, “Israel lebih hampir daripada sebelumnya untuk mencapai perjanjian damai dengan Arab Saudi.” (BBC, 22/8/2023).

8- Walau bagaimanapun, Netanyahu mengetahui dari sudut kedua bahawa normalisasi dengan Arab Saudi telah dipatuhi oleh pentadbiran Biden, dan langkah ke arah ini hanya boleh diambil oleh pentadbiran Biden, jadi Netanyahu menghantar delegasi ke Washington pada 17/8/2023, diketuai oleh menterinya yang paling dipercayai, Menteri Hal Ehwal Strategik dalam entiti Yahudi, Ron Dermer, dan dia berbincang dengan pegawai Amerika yang berkaitan secara langsung dengan fail Saudi, iaitu: [White House National Security Advisor, Jake Sullivan, penasihat Timur Tengah pertama Presiden AS, Brett McGurk, dan penasihat tenaga kanan Presiden, Amos Hochstein, yang merupakan tiga rakyat Amerika yang menyelia usaha diplomatik yang bertujuan untuk menormalkan antara Israel dan Kerajaan Arab Saudi. (BBC, 22/8/2023)]. Oleh itu, Netanyahu beralih kepada Biden untuk normalisasi dengan Arab Saudi.

9- Kemudian akhirnya, terdapat kenyataan Bin Salman yang disebut dalam soalan pada hari Rabu 20/9/2023: (Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman mengumumkan dalam temu bual dengan rangkaian American Fox News, petikan yang disiarkan pada hari Rabu, bahawa kerajaan sedang “membuat kemajuan” ke arah normalisasi dengan Israel. Putera Mahkota Saudi berkata: “Setiap hari kami semakin hampir dan lebih dekat untuk menormalkan hubungan dengan Israel.” Putera Mohammed bin Salman menambah, berkata, “Terdapat sokongan daripada pentadbiran Presiden Biden untuk mencapai perkara itu. Bagi kami, isu Palestin adalah sangat penting. Kami perlu menyelesaikan bahagian itu dan kami meneruskan rundingan sehingga kini… Kami perlu melihat ke mana kami pergi. Kami berharap ia akan sampai ke suatu tempat, yang akan memudahkan kehidupan Palestin, jadikan Israel sebagai pemain di Timur Tengah.” Bagi pihaknya, Menteri Luar Israel Eli Cohen berkata pada Khamis bahawa perjanjian rangka kerja yang diuruskan oleh Amerika Syarikat untuk menjalin hubungan antara Israel dan Arab Saudi mungkin dimuktamadkan pada awal tahun depan).

Keempat: Jelas daripada semua ini bahawa pemerintah de facto Arab Saudi, Bin Salman, tidak mempunyai banyak kawalan ke atas urusannya. Dia hanyalah mainan antara Republikan yang membawanya tampuk kekuasaan di Riyadh dengan saingan Demokrat mereka. Dia menanggapi keinginan orang-orang ini dan orang-orang lain bukan kerana kepentingan Saudi, melainkan kerana pengkhianatan dan subordinasi yang tidak ada batasnya bagi para penguasa Arab dan Muslim, dalam melayani tuan mereka. Para penguasa di negara-negara umat Islam lupa bahawa Palestin adalah bumi yang diberkati termasuk di sekitarnya.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya…..” [Surah Al-Isra’: ayat 1]

Adalah menjadi kewajipan bagi tentera Islam untuk mengerahkan demi membebaskan dan menyucikannya daripada kekejian orang Yahudi, dan bukan untuk Palestin dipersembahkan kepada orang Yahudi di atas pinggan emas normalisasi, penyerahan, dan ketundukan!

Walau apa pun, kesucian bumi Palestin akan kembali dan diberkati, seperti dulunya dengan pedang tentera Muslim yang jujur di bawah pimpinan Khilafah Rasyidah (Khilafah minhaj nubuwwah), dan orang-orang Yahudi dan sekutu-sekutu mereka akan dikalahkan dan melarikan diri, serta ketakutan akan memenuhi hati mereka sekalipun salah seorang daripada mereka bersembunyi di sebalik batu yang akan mendedahkannya lebih daripada menyembunyikannya!! Benarlah sabda Rasulullah SAW:

فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ

“Kamu akan melawan orang Yahudi dan kamu akan membunuh mereka sehingga seketul batu pun berkata: Kemarilah wahai Muslim, di sini ada seorang Yahudi (bersembunyi di belakangku); bunuh dia.” Dan dalam riwayat yag lain menyatakan,  «هَذَا يَهُودِيٌّ وَرَائِي» “Ada seorang Yahudi dibelakangku.” Dengan sanad yang sama, Muslim meriwayatkan dari Ibnu Umar. Dan mungkin ia menjadi kenyataan tidak lama lagi. InsyaAllah,

“Mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek: Bila berlakunya? Katakanlah: Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!” [Al-Isra’:51]

Kemudian mereka yang telah melakukan kejahatan dengan menormalkan hubungan mereka dengan orang Yahudi tidak akan menerima apa-apa kecuali keaiban dan hukuman yang berat.

[سَيُصِيبُ الَّذِينَ أَجْرَمُوا صَغَارٌ عِنْدَ اللهِ وَعَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا كَانُوا يَمْكُرُونَ]

“Orang-orang yang melakukan perbuatan yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah, dan azab seksa yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya yang mereka lakukan.” [Al-An’am: 124]

10 Rabi ul Awwal 1445 AH – 25/9/2023

(Diterjemah)