Recep Tayyip Erdogan Kembali Lagi Untuk Memperbodohkan Umat Islam

Sikap membisu menyedihkan

ISTANBU
L 18 Jan. – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan (gambar) menyifatkan respons para pemimpin Islam terhadap penderitaan penduduk Palestin di Genting Gaza sebagai ‘menyedihkan’.  Beliau membuat kenyataan itu semalam apabila diminta membandingkan sikap negara Islam lain dengan kutukan lantang Turki terhadap Israel kerana kempen keganasannya ke atas Genting Gaza pada tahun lepas serta sekatan berterusan rejim Zionis itu terhadap wilayah miskin tersebut.  “Kerajaan- kerajaan terlibat gagal menunjukkan reaksi yang diharapkan oleh umat Islam di seluruh dunia dan inilah aspek yang menyedihkan berhubung isu tersebut,” kata Erdogan kepada wartawan.  Beliau berkata demikian sejurus sebelum terbang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan kemudian ke Arab Saudi.   Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menemui para pegawai Turki di Ankara semalam, dalam usaha untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara.  Hubungan Turki-Israel yang dahulunya erat merosot tahun lepas apabila kerajaan Erdogan yang berhaluan Islam menghamburkan kecaman hebat ke atas Israel kerana melancarkan perang ke atas Gaza.  Dalam satu insiden yang sukar dilupakan, Erdogan bertindak meninggalkan satu sesi perdebatan pada Forum Ekonomi Sedunia (WEF), setelah menuduh rejim Yahudi itu melakukan perbuatan ‘tidak bertamadun’ dan memberitahu Presiden Israel, Shimon Peres yang duduk di sebelah beliau bahawa ‘awak memang pandai membunuh orang’. – AFP

Sumber : Utusan Malaysia, 190110

Recep Tayyip Erdogan Kembali Lagi Untuk Memperbodohkan Umat Islam.

Tin Kosong, itulah perumpamaan yang layak diberi buat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dan yang seangkatan dengannya. Di kala ia mengutuk dan mengecam Israel, tetapi pada masa yang sama masih lagi mempunyai hubungan dengan Israel. Ibarat seorang wanita yang mengutuk seorang lelaki di khalayak ramai pada siang harinya tetapi pada malam harinya wanita tersebut menjalin hubungan sulit dan songsang dengan lelaki itu. Kata-kata “pedas bercili” yang dilafazkan oleh Erdogan itu tidak sedikitpun menakutkan Israel laknatullah untuk terus membunuh umat Islam. Ia adalah ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan sahaja bagi Israel yang sombong dan bebal itu. Betapa hinanya sandiwara Erdogan itu sebenarnya. Inilah realiti dan fakta yang dimiliki oleh para pemimpin sekular seluruh dunia Islam hari ini. Rata-ratanya hanya pandai menghamburkan kata-kata “manis” seolah-olah dialah pemimpin yang hebat dan berani melawan Israel dan AS, tetapi mereka sebenarnya adalah para pemimpin yang kecut, penakut dan kosong dalam tindakan. Para pemimpin inilah sebenarnya yang mengkhianati umat Islam. Hakikatnya umat Islam tidak memerlukan pemimpin seperti ini yang hanya pandai bermadah dan berlakon tetapi kosong dalam tindakan. Umat Islam sebenarnya telah ditipu bulat-bulat dan diperdayakan dengan hamburan kata-kata dan janji-janji kosong oleh para pemimpin sekular ini. Yang pastinya kita memerlukan seorang Khalifah yang akan bertindak untuk melindungi umat Islam sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh para Khalifah terdahulu yang pernah mengungguli sejarah kehebatan Islam selama 1400 tahun melalui berdirinya sistem pemerintahan Khilafah dan bukannya badut-badut lawak seperti Mubarak, Raja Abdullah, Gaddafi, Erdogan dan yang seangkatan dengannya. Para badut ini hanya pandai bercakap tetapi tidak ada bukti dalam tindakan mereka. Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu apa yang tidak kamu lakukan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”
. [TMQ Ash- Shaff (61) : 2-3].