Rejim Kufur Rusia Ketandusan Idea untuk menghadapi Para Pejuang Khilafah
Baru-baru ini diberitakan bahawa Mahkamah Agung Rusia pada hari Selasa yang lalu telah mendengar rayuan 12 orang Muslim dari Republik Tatarstan yang dipenjarakan atas tuduhan cubaan untuk menggulingkan pemerintah daerah [baca: Tatarstan: Ujian Keimanan, 12 Aktivis Hizbut Tahrir Dipenjara Hingga 8 Tahun & Tatarstan Siap Penjarakan Para Pemuda Pengembang Dakwah, Mengikuti Rejim Rusia]. Tetapi tidak ada satu pun bukti untuk pertuduhan-pertuduhan tersebut.
Aktivis hak asasi manusia Rusia mengatakan bahawa kes ini merupakan suatu serangan terhadap kebebasan beragama yang mempunyai pengaruh yang tidak diingini atas radikal Muslim di negeri bekas kesatuan Rusia itu.
Tuduhan-tuduhan palsu seperti terorisme yang direka-reka oleh penguasa itu kini telah menjadi alat untuk mengongkong para pengembang dakwah dan juga kaum Muslimin. Perkara itu bukan hanya berlaku di negara Barat yang menimbulkan kebencian dan ketakutan terhadap Islam, tetapi agenda mereka itu juga diteruskan pula oleh para penguasa di negeri-negeri kaum Muslimin. Kita dapat melihat agenda yang dijalankan oleh Amerika dan Rusia yang bertopengkan perang melawan teroris ini telah membuatkan para penguasa halal untuk membunuh dan memenjarakan kaum Muslimin.
Farkhat Faizulin adalah salah seorang daripada 12 orang Muslim Tatarstan yang dipenjarakan melalui pertuduhan cubaan untuk menggulingkan pemerintah republic itu dengan kekerasan. Dia juga dituduh bersalah kerana menganggotai Hizbut Tahrir, sebuah organisasi politik yang berjuang untuk menyatukan semula semua negeri-negeri kaum Muslimin.
Pendakwa tidak mempunyai malah tidak membawa sebarang bukti mahupun bahan letupan pada sidang pendakwaan yang dibuat pada tahun 2007. Sebaliknya, mereka hanya menujukkan penulisan-penulisan Islam termasuk kitab-kitab dan penulisan daripada Hizbut Tahrir. Aktivis hak asasi manusia mengatakan bahawa pendakwa telah mengeksploitasi pengertian kekerasan melalui penulisan-penulisan organisasi itu. Yang tertuduh telah menyangkal semua pertuduhan tersebut.
Isteri kepada Faizulin iaitu Gulnara Faizulina mengatakan bahawa rayuan Mahkamah Agung hanya berkisar di sekitar masalah prosedur. Beliau mengatakan bahawa tertuduh menolak juri mahkamah dan sebarang bentuk untuk mempertahankan diri. Saksi terhadapnya juga dirahsiakan dan tertuduh tidak dibenarkan untuk melihat mereka. Pengarah Institusi Hak Asasi Manusia Russia dalam sebuah sidang akhbar di Moscow, Valentin Gefter, berkata bahawa isu yang dipertaruhkan dalam rayuan tersebut bukan perang melawan keganasan, tetapi terhadap idea-idea kebebasan.
Elena Ryabinina dari Institutsi Hak Asasi Manusia berkata, operasi anti-keganasan negara telah menyebabkan ramai orang yang tidak berdosa menjadi korban di mana mereka tidak dapat membela diri mereka melalui saluran kehakiman. Gefter menyatakan bahawa badan keselamatan Rusia pada tahun lalu telah mendesak Parlimen dan Presiden Rusia, Dmitri Medvevev, supaya membanteras pencetus kepada kes-kes keganasan. Aktivis hak asasi manusia mengatakan kemungkinan besar ini bukan hanya sekadar untuk memanipulasi dan tekanan biasa, tetapi ia bertujuan supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang sesuai dengan keinginan penguasa.
Gulnara Faizulina mengatakan bahawa dia tidak mengharapkan Mahkamah Agung Rusia mengadili dengan baik dalam kes suaminya itu. Sesuatu keputusan yang dibuat memakan masa kira-kira tiga minggu. Dia meramalkan semua tertuduh akan mendapat hukuman kurang daripada 10 tahun berikutan pengakuan tidak langsung oleh pihak berkuasa bahawa mereka tidak dapat membuktikan kes mereka.
Ia menegaskan, jika perlu, para tertuduh merancang untuk mengajukan rayuan di Mahkamah Hak Asasi Manusia di Strasbourg. Pengarah Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir, Osman Bakhash, menyatakan bahawa sesuatu yang tidak difahami oleh pemerintah Rusia adalah “kami meyakini bahawa para aktivis Islam semakin bertambah-tambah kuat.”
“Penjara, tindakan kejam dan penyesatan sedikitpun tidak mampu untuk menyimpangkan mereka daripada dakwah mereka. Dakwah untuk menegakkan Khilafah Rasyidah yang akan segera tertegak atas izin Allah, telah tersebar secara global umpama badai yang melanda. Kegelapan dan kezaliman para penguasa tidak akan mampu menghalang atau menghadangnya. Dalam waktu yang terdekat juga bumi akan disinari dengan keadilan Islam dan cahaya Khilafah yang baru.”
Subhanallah. Semua ini mengingatkan kita kepada sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad, “Akan sentiasa ada sekumpulan orang daripada umatku yang sentiasa menegakkan kebenaran dan mampu mengalahkan musuh-musuh mereka. Tidak akan memudaratkan mereka orang-orang yang menentang mereka, kecuali sekadar kesulitan hidup yang akan menimpa mereka, sehingga datang kepada mereka keputusan Allah (Hari Kiamat), sementara mereka tetap dalam keadaan demikian.”
Di tengah-tengah puncak ujian, kemenangan akan segera tiba atas pertolonganNya dan cahaya Islam yang akan meliputi dunia. Insya-Allah, Khilafah Rasyidah kali kedua akan membuktikannnya. JanjiMu adalah pasti! [m/echo/syabab.com]
Sumber: syabab.com