Rejim Mirziyoyev di Uzbekistan Mengikuti Jejak Langkah Karimov yang telah Binasa, dalam Menyeksa Syabab Hizbut Tahrir dan Menentang Islam

Kenyataan Akhbar

Rejim Mirziyoyev di Uzbekistan Mengikuti Jejak Langkah Karimov yang telah Binasa, dalam Menyeksa Syabab Hizbut Tahrir dan Menentang Islam

(Terjemahan)

Agensi-agensi keselamatan di Uzbekistan telah menahan semula 23 orang anggota Hizbut Tahrir. Agensi-agensi tersebut memulakan prosedur perbicaraan terhadap para Syabab (pemuda) ini pada 9 Mei 2024, dengan pertuduhan yang sama sebagaimana mereka dibicarakan di zaman si diktator Karimov. Para Syabab ini (sebelum ini) telah menghabiskan tempoh hampir 20 tahun di dalam penjara dan menghadapi penyeksaan, sejak tahun 1999-2000 M.

Semua ini berlaku di sebalik dakwaan yang dibuat oleh Mirziyoyev setahun lalu, di mana dia menegaskan bahawa dia menentang segala bentuk penyeksaan dan kekerasan terhadap tahanan. Dia mendakwa bahawa dia sedang menuju ke arah mempersatukan kebebasan berfikir (freedom of thought) dan kebebasan kepercayaan (freedom of belief), dan menentang penahanan yang bersifat sewenang-wenang (arbitrary detention).

Bagaimanapun, tindakan rejim Uzbekistan di bawah pimpinannya baru-baru ini, menunjukkan bahawa dia hanyalah mengikuti jejak langkah Karimov yang telah binasa, dalam memusuhi Islam dan semua orang yang menyeru kepada Islam. Rejim Mirziyoyev ternyata telah menyeksa Syabab Hizbut Tahrir dengan kaedah penyeksaan dan kekejaman yang sama seperti penjenayah pendahulunya iaitu Karimov.

Syabab Hizbut Tahrir telah ditangkap dengan sewenang-wenangnya, dan dengan cara yang biadab dan ganas. Mereka dikenakan seksaan yang dahsyat. Mereka dipaksa mengaku salah atas pertuduhan yang direka-reka. Kepala mereka ditindih dengan objek yang berat. Mereka ditekan habis-habisan.

Mereka dipaksa menandatangani surat pengakuan yang telah disediakan terhadap mereka. Salah seorang daripada mereka diancam (jika tidak mahu menandatanganinya), yang isterinya akan diheret ke pejabat agensi dan diperkosa. Seorang Syabab yang lain diancam (jika tidak mahu mengaku salah) yang anak lelakinya yang sedang belajar di luar negeri, akan dipanggil balik, melalui kedutaan, dan dibawa ke Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri. Seorang lagi diancam untuk dibawa anaknya ke Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dalam rangka menekannya untuk menandatangani pengakuan salah. Terdapat juga ancaman untuk menyeksa Syabab yang lain dengan renjatan elektrik.

Enam belas Shabab yang lain turut ditangkap di wilayah Tashkent, Andijan, Hawqan, Karshi dan Samarkand. Mereka dibawa ke Tashkent dan disoal-siasat, atas tuduhan berkaitan kekerasan dan keganasan!

Tuduhan melakukan keganasan dan kekerasan yang dilontarkan ke atas Syabab Hizbut Tahrir adalah fitnah dan pembohongan yang sangat nyata. Hizbut Tahrir dan Syababnya tidak pernah melakukan kekerasan mahupun keganasan. Sejak penubuhannya pada tahun 1953 M, Hizbut Tahrir tidak pernah berbuat demikian. Hizb tidak berbuat demikian bukanlah kerana ketakutannya terhadap rejim, atau kerana bersikap lunak terhadap rejim yang zalim, sebaliknya Hizb menolak kekerasan dan keganasan kerana Hizb taat kepada Allah (swt) dalam metodologinya mengembalikan kehidupan Islam. Hizb berpegang teguh pada metodologi intelektual-politik yang dilalui oleh Rasulullah (saw).

Atas dasar itu, semua negara kaum Muslimin yang bersifat kepolisian yang menindas, malah negara-negara Barat sekali pun, tidak pernah dapat membuktikan tuduhan keganasan dan kekerasan terhadap Hizbut Tahrir dan para Syababnya, walaupun mereka berulang kali berusaha. Perasaan benci yang meluap-luap yang ada dalam hati para penguasa penjenayah inilah, yang mendorong mereka untuk mengalihkan pandangan dan telinga mereka (daripada kebenaran). Semuanya kerana ingin membalas dendam terhadap pengusung projek Islam yang akan datang, projek Khilafah Rasyidah ala Minhaj Nubuwwah yang kedua.

Demikianlah para penguasa umat Islam yang sedang memerangi projek Islam di bawah telunjuk tuan-tuan mereka (iaitu) pemimpin segala kejahatan dan penjajahan yang berada di Amerika, Britain, Rusia, Perancis, dan Jerman. Tuan-tuan mereka memijak-mijak undang-undang dan ideologi mereka sendiri, yang kononnya mereka laungkan dan pasarkan ke seluruh dunia seperti idea kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia, apabila berhadapan dengan dakwah para Syabab Hizbut Tahrir.

Kembalinya Mirziyoyev kepada pendekatan penindasan, penangkapan, dan penyeksaan, dengan mengikuti jejak langkah Karimov yang telah binasa, menunjukkan bahawa ini adalah pelaksanaan kepada kehendak dan polisi pemimpin penjajah di Rusia dan Amerika. Ia juga menunjukkan bahawa penguasa kaum Muslimin, seperti biasa, tidak mempunyai hak pun untuk membuat keputusan (kerana hak itu pada tuan-tuan mereka), dan para penguasa ini tidak lain kecuali merupakan agen penjajah.

Kami di Hizbut Tahrir dengan ini memberi amaran kepada rejim Mirziyoyev agar tidak kembali kepada dasar penindasan dan kekejaman, yang sebelum ini digunakan oleh rejim Karimov terhadap Islam dan pendakwahnya. Dasar ini merupakan jalan para penjenayah dan tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada rejim. Sebaliknya, ia akan menguatkan rasa tidak puas hati umat Islam terhadap rejim, dan akan mempercepatkan kehancurannya. Umat ​​Islam kini sedang menanti hari di mana ia akan dibebaskan daripada penjajahan, dan hukum Tuhannya dikembalikan kepadanya baik dari segi perlembagaan, undang-undang mahu pun kehidupan.

Sesungguhnya umat Islam hari ini semakin dekat, berbanding sebelumnya, untuk mencapai matlamat dan aspirasinya. Mirziyoyev hendaklah membebaskan Shabab kami dengan segera, tanpa bertangguh lagi. Mirziyoyev hendaklah berhenti menganiaya mereka yang mengembangkan risalah Islam. Dia hendaklah menghentikan permusuhannya terhadap projek Islam. Dia seharusnya belajar daripada mereka yang telah mendahuluinya.

Sesungguhnya kesudahan yang baik akan pasti berpihak kepada orang-orang yang soleh, walaupun semua orang kafir berkumpul menentang mereka. Allah (swt) pasti akan memberi kemenangan kepada agama-Nya, walaupun selepas beberapa ketika. Dia (swt) berfirman,

﴿كَتَبَ اللهُ لَأَغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي إِنَّ اللهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ﴾

“Allah telah menetapkan: “Aku dan Rasul-rasul-Ku pasti menang”. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa” [Al-Mujadilah (58): 21].

Pejabat Media Pusat

Hizbut Tahrir

 

 

https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/pressreleases/uzbekistan/96406.html

https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/press-releases/central-media-office/26308.html

Ikuti pautan kempen di:

https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/hizbuttahrir/26306.html