Sampai Ventilasi Pun Diatur Oleh Khalifah
Islam tidak hanya menjadikan manusia sebagai jiwa yang harus dilindungi, tetapi lebih dari itu, sebagai bentuk perlindungan terhadap manusia, Islam menjadikan rumah sebagai kehormatan yang wajib dijaga dan dilindungi. Para ulama di masa lalu telah meriwayatkan polisi Khilafah mengenai pembangunan rumah sebagai tempat tinggal rakyatnya, dengan memperhatikan prinsip tersebut. Antaranya dinukilkan dalam Kitab al-Qismah wa Ushul al-Aradhin, karya Abu Bakar al-Farfattha’i, ulama’ abad ke-5 H, juga Kitab al-I’lan bi Ahkam al-Bun-yan, karya Ibn Rumi, ulama’ abad ke-8 H.
Mulai daripada pemilihan lokasi, ketinggian rumah, jumlah bilik, teras, pagar hinggalah ventilasi, semuanya ternyata diatur. Polisi ini telah diterapkan oleh para Khalifah di masa lalu. Dari segi lokasi, sebaiknya agak jauh dari masjid. Pertama, kerana kawasan berdekatan masjid akan menghalangi perluasan masjid di masa mendatang. Kedua, kerana semakin jauh jaraknya, semakin besar pahalanya. Pilihan juga adalah termasuk kawasan yang bersih, dan persekitaran yang baik.
Ketinggian rumah pun turut diatur, sehingga tidak boleh melebihi 7 Dzira’. 1 Dzira’ = 46.2 cm, maka 7 Dzira’ = 323.4 cm atau 3.23 m. Ini batasan yang dinyatakan oleh para fuqaha’ di masa lalu. Batasan ini untuk menghindari dua hal: Pertama, kesombongan pemilik rumah. Kedua, agar tidak boleh melihat aurat tetangganya.
Demikian juga tentang jumlah bilik di dalam rumah. Minimum rumah yang dibina berjumlah empat bilik. Pertama, bilik untuk suami-isteri. Kedua, bilik untuk anak lelaki. Ketiga, bilik untuk anak perempuan. Keempat, bilik untuk tetamu, apabila tetamu datang; atau menjadi bilik pembantu, jika mempunyai pembantu. Ini jumlah minimum bilik yang selayaknya dimiliki setiap rumah.
Pagar sebagai pelindung rumah, semestinya tertutup, sehingga boleh menutupi penghuni yang ada di sebalik pagar. Ini kerana status ruang di dalam pagar merupakan hayatul khas (kehidupan khusus), di mana tetamu yang hendak memasukinya diperlukan izin kepada penghuninya. Oleh kerana statusnya sebagai ruang khusus, atau hayatul khas, maka hukum bagi wanita yang berada di dalamnya, dengan keadaan pagar tertutup, sama dengan di dalam rumah. Begitulah seharusnya, jika rumah tersebut mempunyai pagar.
Apa yang menarik, tidak sekadar itu, ventilasi (pengudaraan) rumah pun turut diatur. Umar bin al-Khatthab menetapkan orang yang membuat rumah untuk mengukur ketinggian posisi ventilasinya sehingga tidak boleh digunakan untuk mengintip tetangganya. Umar pernah menulis surat kepada seseorang yang membina bilik baru yang berdekatan dengan tetangganya. Di bilik tersebut dia membuat ventilasi. Umar memerintahkan agar dia meletakkan katil tidurnya berdekatan dinding, lalu dia berdiri di atasnya, jika dia masih boleh mengintip ke rumah tetangganya, maka pembuatan ventilasi itu dilarang. Namun jika tidak boleh mengintip tetangganya daripada ventilasi tersebut, maka diperbolehkan.
Ini bermakna pembuatan ventilasi tersebut diatur sedemikian rupa oleh Khalifah agar fungsi ventilasi sebagai lubang angin atau pengudaraan, benar-benar boleh dimanfaatkan sebagaimana fungsinya, dengan syarat tidak disalahgunakan untuk mengintip tetangganya. Agar itu tidak terjadi, maka ketinggian ventilasi itu pun diatur hingga tidak terjangkau oleh ketinggian penghuninya ketika berdiri di atas katilnya.
Begitulah polisi Khilafah dalam pembangunan rumah, hingga hal-hal kecil seperti soal ventilasi pun diatur sedemikian rupa, agar selaras dengan hukum syarak.
[Disunting dari: http://hizb-indonesia.info/2012/11/19/sampai-ventilasi-pun-diatur-oleh-khalifah/