Sejarah Kemunculan Dan Intipati Demokrasi Serta Pertentangannya Dengan Islam (Siri 2)

Sambungan Siri 1…

Dari penjelasan yang telah diberikan, tampak jelas poin-poin berikut ini:

  1. Demokrasi berasal daripada akal manusia, bukan berasal daripada Allah SWT. Demokrasi tidak bersandar kepada wahyu dari langit dan tidak memiliki hubungan dengan agama mana pun dari agama-agama yang diturunkan oleh Allah kepada para rasul-Nya.
  2. Demokrasi lahir dari akidah pemisahan agama dari kehidupan (sekularisme), yang selanjutnya melahirkan pemisahan agama dari negara.
  3. Demokrasi berlandaskan dua idea:
    • Kedaulatan di tangan rakyat.
    • Rakyat sebagai sumber kekuasaan.
  1. Demokrasi adalah sistem pemerintahan majoriti. Pemilihan penguasa dan anggota dewan perwakilan dilakukan berdasarkan suara majoriti para pemilih (pengundi). Semua keputusan dalam dewan-dewan tersebut diambil berdasarkan pendapat majoriti.
  2. Demokrasi menyatakan adanya empat jenis kebebasan, iaitu:
    • Kebebasan beragama (freedom of religion)
    • Kebebasan berpendapat (freedom of speech)
    • Kebebasan berkepemilikan (freedom of ownership)
    • Kebebasan bertingkah Laku (personal freedom)

Demokrasi mesti mewujudkan kebebasan-kebebasan tersebut bagi setiap individu rakyat, agar rakyat dapat melaksanakan kedaulatannya dan menjalankannya sendiri. Juga, agar dapat melaksanakan haknya untuk terlibat dalam pemilihan (pengundian) para penguasa dan anggota dewan-dewan perwakilan dengan sebebasnya tanpa ada tekanan atau paksaan.

Dengan memperhatikan poin 1 di atas, sebenarnya sudah jelas bahawa demokrasi adalah sistem kufur, tidak berasal dari Islam dan tidak memiliki hubungan apa pun dengan Islam.

Sekarang kami akan menjelaskan pertentangan antara demokrasi dengan Islam secara menyeluruh dari segi sumber kemunculannya, akidah yang melahirkannya, asas yang mendasarinya serta ide dan peraturan yang dibawanya:-

  1. Sumber Kemunculan

Sumber kemunculan demokrasi adalah (daripada) manusia. Dalam demokrasi, yang menjadi pemutus (al-hakim) untuk memberikan penilaian terpuji atau tercelanya sesuatu benda yang digunakan manusia dan perbuatan-perbuatannya, adalah akal. Para pencetus demokrasi adalah ahli-ahli falsafah dan cendekiawan di Eropah, yang muncul tatkala berlangsung pertarungan sengit antara para kaisar dan raja di Eropah dengan rakyat mereka. Dengan demikian, jelas bahawa demokrasi adalah buatan manusia, dan bahawa pemutus segala sesuatu adalah akal manusia.

Sedangkan Islam bertentangan sama sekali dengan demokrasi dalam hal ini. Islam berasal dari Allah SWT, yang telah diwahyukan-Nya kepada Rasul-Nya, Muhammad bin Abdullah SAW. Dalam hal ini Allah SWT berfirman:

وَ مَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوْحَى

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut hawa nafsunya, ucapannya itu tiada lain hanya berupa wahyu yang diwahyukan” [An-Najm (53):3-4]

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِيْ لَيْلَةِ القَدْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Qadar” [Al-Qadr (97):1]

Yang menjadi pemutus dalam Islam, iaitu Yang memberikan penilaian terpuji dan tercelanya sesuatu benda dan perbuatan manusia, adalah Allah SWT, atau syarak, bukannya akal. Aktiviti akal terbatas hanya untuk memahami nas-nas yang berkaitan dengan hukum yang diturunkan Allah SWT. Allah SWT berfirman:

إِنِ الحُكْمُ إلاَّ للهِ

“Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah” [Al-An’am (6):57]

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ اَلى اللهِ وَ الرَّسُولِ

“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (as-Sunah)” [An-Nisa’ (4):59]

وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِن شَىْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ

“Tentang apa pun kamu berselisih, maka keputusannya (terserah) kepada Allah” [Asy-Syura (42):10]

  1. Akidah Yang Melahirkan Demokrasi

Adapun akidah yang melahirkan idea demokrasi, adalah akidah pemisahan agama dari kehidupan dan negara (sekularisme). Akidah ini dibangun di atas prinsip jalan tengah (kompromi)  antara  para  agamawan Kristian – yang diperalat oleh para raja dan kaisar dan dijadikan tunggangan untuk mengeksploit dan menzalimi rakyat, menghisap darah mereka atas nama agama, serta menghendaki agar segala urusan tunduk di bawah peraturan agama – dengan para ahli falsafah dan cendekiawan yang mengingkari kewujudan agama dan menolak autoriti para agamawan.

Akidah ini tidak mengingkari kewujudan agama, tetapi hanya menghapuskan peranannya untuk mengatur kehidupan bernegara. Dengan sendirinya konsekuensi akidah ini ialah memberikan autoriti kepada manusia untuk membuat peraturan hidupnya sendiri.

Akidah inilah yang menjadi landasan pemikiran (qa’idah fikriyah) idea-idea Barat. Dari akidah ini lahirlah peraturan hidup mereka dan atas asas dasar akidah inilah Barat menentukan orientasi pemikirannya dan pandangan hidupnya. Dari akidah ini pula lahir idea demokrasi.

Sedangkan Islam, sangatlah berbeza dengan Barat dalam hal akidahnya. Islam dibangun di atas landasan akidah Islamiyah, yang mewajibkan pelaksanaan perintah dan larangan Allah – yakni hukum-hukum syarak yang lahir dari akidah Islamiyah – dalam seluruh urusan kehidupan dan kenegaraan. Akidah ini menerangkan bahawa manusia tidak berhak membuat peraturan hidupnya sendiri. Manusia hanya berkewajipan menjalani kehidupan menurut peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT untuk manusia.

Akidah Islamiyah inilah yang menjadi asas peradaban/tsaqafah dan pandangan hidup Islam.

 

Bersambung..