Seminar Kebangkitan Islam
Pada 3 Mac 2007 telah diadakan Seminar Kebangkitan Islam di Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia. Seminar tersebut diadakan agar umat mengetahui situasi realiti yang sebenarnya mengenai kehancuran sistem pemerintahan Islam (Daulah Khilafah) pada 3 Mac 1924. Umat yang menghadiri seminar ini, seharusnya telah mengetahui sebab punca utama masalah-masalah yang melanda umat Islam ketika ini.
Hizbut Tahrir menyeru kepada umat bahawa kebangkitan Islam yang sebenarnya dengan mengembalikan semula Khilafah yang akan melindungi dan mempertahankan umat dengan Islam serta akan menyelesaikan masalah-masalah. Kerana hadirnya Daulah Khilafah maka kehidupan Islam dapat diterapkan secara kaffah (keseluruhan).