Separuh Daripada Askar Wanita Jerman Mengalami Gangguan Seksual
Penganiayaan dan penindasan yang dialami oleh wanita di Barat bukanlah suatu perkara baru dan asing lagi. Telah banyak kajian dan fakta yang telah diungkapkan oleh media massa dan kajian-kajian yang dijalankan. Jika kita lihat dengan lebih teliti, sesungguhnya masalah utama yang menimpa mereka adalah tertumpu pada tiga hal:-
Pertama: memisahkan urusan kehidupan dengan agama.
Kedua: menjadikan manfaat sebagai tolok ukur perilaku dan segala sesuatu.
Ketiga: mengukur kebahagiaan berdasarkan pemenuhan kemanfaatan yang bersifat kebendaan saja.
Ketiga hal inilah yang melahirkan peradaban Barat dengan Kapitalisme sebagai ideologinya. Sehingga tidak hairanlah jika wanita terus menjadi mangsa di atas penerapan sistem yang rosak ini.
Amerika Syarikat misalnya sebagai sebuah negara Kapitalisme yang mengagungkan sistem Demokrasi dan menjajanya ke negeri-negeri umat Islam, telah mencatatkan kes penganiayaan seksual di militer AS berjumlah 3374 pada tahun 2012, ianya naik 6 peratus dari tahun sebelumnya. AS sememangnya tidak layak untuk berbangga dengan peradaban busuk yang telah dibinanya.
Sesungguhnya Islam sebagai sebuah sistem kehidupan telah memberi cerminan yang baik kepada dunia daripada penerapan sistemnya selama 1300 tahun sebelum ini. Islam sebagai sebuah agama yang bersumberkan wahyu daripada Allah SWT telah memuliakan wanita dengan menjamin hak-haknya sebagai manusia. Islam menjamin hak wanita untuk dilindungi kehormatan, akal, harta, jiwa, agama dan keamanannya. Islam juga menjamin hak wanita untuk mendapatkan pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan. Wanita juga dijamin haknya untuk berpolitik oleh syariah Islam.
Di samping itu, Islam juga memiliki mekanisme untuk menjaga umat dari serangan musuh, baik dari segi fizikal mahupun pemikiran. Khilafah sebagai sebuah negara akan senantiasa berusaha agar setiap individu memiliki ketakwaan yang tinggi. Ketakwaan individu inilah yang menjadi benteng awal dari pelbagai serangan musuh. Sistem pendidikan dan sosial dalam Negara Khilafah akan mampu menumbuhkan ketakwaan tersebut. Khilafah juga harus membina masyarakat yang prihatin sehingga dapat memantau semua bentuk serangan terhadap wanita dan pelanggaran terhadap hukum syariah. Khilafah juga wajib melakukan pengawasan ke atas media massa yang dapat merosakkan gaya hidup wanita. Keberhasilan negara dalam menegakkan hukum secara menyeluruh ini akan sangat efektif untuk membina sebuah masyarakat dan menghindari daripada penganiayaan terhadap wanita.