Seruan Hizbut Tahrir Malaysia Di Masjid Negara Sempena Musim Haji 1431H
Seruan tersebut menekankan tentang pengajaran-pengajaran yang harus difahami oleh umat Islam di seluruh dunia tentang ibadah haji. Empat pengajaran yang disebutkan di dalam seruan itu ialah;
Kedua, ibadah haji mengajarkan erti kepatuhan dan ketaatan sepenuhnya kepada Allah.
Ketiga, ibadah haji mengajarkan persamaan dan persaudaraan.
Keempat, ibadah haji juga mengajarkan penyatuan kaum Muslimin di seluruh dunia.
Daripada keempat-empat pengajaran tersebut, Hizbut Tahrir menyeru kepada umat Islam cintakan Islam, khususnya kepada parti-parti politik Islam agar bersatu meninggikan syiar Islam dengan menegakkan syariat Islam secara kaffah di muka bumi Allah ini. Inilah inti dan maksud yang sama tentang makna ibadah haji, iaitu segala amal yang kita lakukan hanyalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT, dan bukan kerana kepentingan dan maksud yang lain. Seruan tersebut akhirnya diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Umar yang kemudian diaminkan oleh para jemaah dan para pemuda Hizbut Tahrir
Seruan Sempena Haji 1431, Masjid Negara KL, Malaysia