Seruan Ramadhan bergema di Perlis
KUALA PERLIS, Perlis: Jumaat 25 Ramadhan 1434H bersamaan dengan 2 Ogos 2013, Hizbut Tahrir Malaysia menyeru kaum muslimin untuk bersama-sama berjuang menegakkan Khilafah untuk menyelamatkan dunia, sempena kedatangan bulan yang mulia iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Laungan bergema setelah selesai sholat Jumaat bertempat di Masjid Saidina Abu Bakar, Kg Seberang Ramai, Kuala Perlis.
