“Seruan Ribuan Pemuda Hizbut Tahrir Kepada Penduduk Syria dan Para Tenteranya”.
Ribuan penduduk yang berkumpul di halaman Masjid Al-Aqsa menyampaikan seruan mereka terhadap rakyat Syria serta terhadap para tentera Syria dengan menegaskan bahawa Khilafah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW sudah semakin dekat.
Dapat dilihat di sebelah atas dinding depan Masjid Al-Aqsa tersebut terdapat kain rentang besar yang bertulis, “Al-ummah turiidu Khilafah Islamiyyah”. Bendera-bendera dan panji-panji Rasulullah SAW berkibar di sekitar masjid yang menjadi tempat suci ketiga umat Islam selepas Masjidil Haram di Mekkah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Seorang pemuda dilihat membimbing ribuan jemaah dalam melaungkan seruan mereka di Masjid Al-Aqsa tersebut. Penyampai seruan menyampaikan seruannya berlatabelakangkan bendera putih (al-liwa’) yang bertulis “laa ilaaha illallah muhammad rasulullah“. Dia menyampaikan firman Allah SWT:
“Dan tidaklah dia (Muhammad) berkata-kata berdasarkan hawa nafsunya, melainkan itu (apa yang disampaikan Muhammad) merupakan wahyu yang disampaikan kepadanya” (TMQ An-Najm : 3-4).
Rasulullah SAW juga pernah bersabda di dalam hadis dengan menyebut tentang kelebihan Baitul Maqdis (فإذا كانت الخلافة ببيت المقدس فثم عقر دارها) dan juga penduduk Syam Pembicara seruan tersebut turut mengatakan, “Dari Masjid Al-Aqsa yang diberkati ini, kami menyeru saudara-saudara kami yang menentang penguasa zalim Syria, Bashar:
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya)” [TMQ Ali-Imran (3) : 139].
Akan ada hasil bagi kalian dengan izin Allah, dan Allah akan menghancurkan Bashar sebagaimana Bin Ali dan Mubarak sebelum ini.”
Al-Aqsa juga menyeru para tentera di Syria dan mendesak mereka agar menolong para penduduknya dan membebaskan Palestin. “Dari Masjd Al-Aqsa al-Mubarak, kami menyeru kepada para tentera Syam yang berani. Sesungguhnya Bashar telah mencegah kalian daripada memulihkan negeri yang didudukinya selama empat dekad, dan Yahudi masih menjajah, dan mencegah kalian daripada membantu saudara-saudaramu di negera Iraq, dan Amerika masih melakukan kerosakan-kerosakan di sana.” Para jemaah dengan serta merta menyahut sambil meneriakkan takbir “Allahu Akbar” dan “Umat ini menginginkan Khilafah Islamiyyah”.
Masjid Al-Aqsa telah menjadi pusat kajian-kajian dan seruan para pemuda Hizbut Tahrir untuk menegakkan Khilafah. Gerakan Islam yang menyeru kepada Khilafah tersebut bermula buat kali pertama di Al-Aqsa, Baitul Maqdis di mana Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani telah mengasaskan Hizbut Tahrir. Keberadaan Hizbut Tahrir kini telah menjangkau dalam lebih daripada 45 buah negara.
Dari timur sehinggalah ke barat, kaum Muslimin kini telah sedar dan menyeru kepada Khilafah sebagai satu-satunya institusi yang dapat menyatukan umat, melaksanakan syariah dan yang akan mengembangkan dakwah ke seluruh pelusuk alam. Seruan Masjid Al-Aqsa ini merupakan khabar gembira bahawa Khilafah akan segera tiba dengan izin Allah, insya Allah.
Sumber : syabab.com