Si kafir pembunuh dijemput bercakap tentang kedaulatan undang-undang

Tidak lama dahulu perasaan sedih, sakit hati, geram dan marah bercampur-baur apabila menyaksikan pembunuhan dan penganiayaan tentera-tentera British ke atas rakyat Iraq. Pedihnya masih hingga kini terasa. Baik di kalangan pemimpin mahupun rakyat, menyumpah dan memaki kerajaan negara penjajah tersebut yang pada ketika itu dipimpin oleh Tony Blair. Persekongkolan Tony Blair dengan George Bush dalam pembunuhan yang mereka lakukan ke atas umat Islam masih segar dalam ingatan kita semua.

Namun, hari ini (Jumaat 1 Ogos 2008), pembunuh kejam, Tony Blair ini dijemput untuk membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Rule of Law and Good Governance” (Kedaulatan Undang-undang dan urus tadbir yang baik) di Kuliah Undang-undang Sultan Azlan Shah, Universiti Malaya. Sungguh mengejutkan! Tatkala Perdana Menteri Malaysia sendiri dahulu pernah mengutuk pencerobohan yang dilakukan oleh Blair di bumi Iraq, kini, kedatangan syaithan manusia ini disambut baik, malah diberi bercakap tentang kedaulatan undang-undang.!

Wajarkah kerajaan memberi penghormatan kepada seorang penjenayah perang seperti Blair? Wajarkah pembunuh umat Islam ini disambut dengan penuh hormat? Tony Blair – seorang pemimpin kafir yang telah membunuh dan menghina ribuan umat Islam iaitu saudara kita sesama Muslim dan seorang pembohong antarabangsa tatkala mengheret tenteranya untuk masuk ke Iraq dengan alasan WMD, kini disambut dengan penuh kehormatan di sebuah negara yang bergelar Negara Islam Hadhari! Sungguh hebat pemimpin Islam Hadhari!

Mungkin alasannya adalah, dia hadir sebagai seorang pembentang kertas kerja, apa salahnya? Butakah kerajaan bahawa fakta ini sama sekali tidak menghapus status Blair sebagai seorang pembunuh umat Islam? Butakah kerajaan terhadap tangan Blair yang masih dilumuri darah kaum Muslimin Iraq dan Afganistan? Butakah kerajaan bahawa berapa ramai lagi umat Islam yang masih mengerang kesakitan di katil-katil hospital yang serba dhaif dan kekurangan dari segi peralatan dan ubat-ubatan, hasil kerja tangan si Tony Blair laknatullah ini? Bagaimana mungkin seorang pembunuh saudara kita sesama Muslim disambut sebagai seorang tetamu istimewa?

Hebat sungguh pemimpin Islam Hadhari. Mungkin jika si syaithan besar Bush laknatullah datang ke Malaysia pun akan diberi sambutan yang lebih meriah lagi, penuh gilang-gemilang cemerlang dan terbilang.