SN028 – AYAH PIN : Kecelaruan Penyelesaian Kapitalisma

PDF

SN Keluaran 2005

alt



[SN028] Ayah Pin atau Ariffin Mohamad, 65, adalah nama yang cukup popular masa kini meniti di bibir umum hingga menjadi topik perbualan, bahkan pembahasan dan bahan seloroh yang dikaitkan dengan isu ‘AP’ didalam Perhimpunan Agong UMNO 2005. Ia merujuk kepada nama seorang ketua suatu ajaran ‘Kerajaan Langit’ berpusat di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu yang difatwakan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 4 Disember 1997. Dalam laporan lain pula, Ayah Pin pernah mengisytiharkan dirinya seorang murtad pada 27 Jun 2001 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Besut bersabit kesalahan melanggar Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986.

Pada 3hb Julai lalu, seramai 21 pengikut Ayah Pin ditahan dalam operasi khas Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAIT) di markas induk kumpulan terbabit. Bagaimanapun, Ayah Pin tidak termasuk dalam operasi tersebut dan dipercayai melarikan diri. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar berkata, ketua kumpulan ajaran sesat Ayah Pin boleh ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya ada justifikasi mengenainya. (Berita Harian, 19 Julai 2005). Wakil Badan Perhubungan UMNO Selangor, Dr. Amran Kasimin berkata, masalah ketidakseragaman undang-undang syariah ke atas golongan tersebut juga menyebabkan usaha membanteras kegiatan ajaran sesat tidak berkesan. Walaupun pelbagai pihak telah memberikan pandangan masing-masing, namun, apakah penyelesaian yang sebenarnya yang perlu kita lakukan terhadap kemurtadan, memandangkan murtad adalah masalah umat Islam dan perlu pula diselesaikan dengan kaedah Islam. Bertitik-tolak dari sinilah Sautun Nahdhah cuba merungkai persoalan ini dengan harapan memberi sedikit masukan kepada pembaca budiman agar merenung dan meneliti permasalahan hidup yang terus menimpa kita setiap hari dalam sedar atau tidak, secara langsung atau terselindung.

Bilakah Seseorang Dianggap Murtad/Kafir

Riddah dan irtidad menurut al-Raghib, adalah, “al-ruju’ fi al-thariq al-ladziy jaa minhu” (kembali ke jalan dari mana ia datang). Akan tetapi lafaz riddah adalah khusus untuk kekafiran, sedangkan kata irtidad mencakup kekafiran ataupun aspek yang lain [Imam asy-Syaukani, Nail al-Authar, Kitab al-Riddah]. Kedua lafaz itu disebutkan di dalam al-Qur’an. Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya orang-orang yang kembali ke belakang (kepada kekafiran) sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka, syaitan telah menjadikan mereka mudah (berbuat dosa) dan memanjangkan angan-angan mereka.” [TMQ Muhammad (47): 25].

Menurut Syeikh Dr.‘Abdurrahman al-Maliki, seorang muslim boleh jatuh kafir dengan empat petunjuk berikut:
(1) Dengan keyakinan (i’tiqad),
(2) Dengan keraguan (syak),
(3) Dengan perkataan (al-qaul),
(4) Dengan perbuatan (fi’il).

Pertama, dengan keyakinan. Ini boleh dilihat dari dua sisi;
a) Meyakini dengan pasti sesuatu yang berlawanan dengan apa yang diperintah, atau yang dilarang. Misalnya meyakini, bahawa Allah memiliki sekutu. Meyakini bahawa al-Qur’an bukanlah Kalamullah.
b) Mengingkari sesuatu yang sudah maklum (‘usul) dalam masalah agama. Contohnya, mengingkari jihad, mengingkari keharaman khamr (arak), mengingkari hukum hudud dan lain-lain.

Kedua, keraguan dalam beraqidah dan semua hal yang dalilnya qath’i (pasti). Misalnya, ragu bahawa Allah itu satu; ragu bahawa Muhammad SAW adalah Rasulullah; atau ragu tentang hukuman sebat bagi penzina yang belum berkahwin (ghairu muhsan).
Ketiga, dengan perkataan yang jelas, tidak perlu ditafsirkan atau dita’wilkan lagi. Misalnya, seseorang yang mengatakan bahawa ‘Isa adalah anak Allah, Muhammad bukan nabi, dan lain-lain. Sedangkan perkataan yang masih belum jelas, atau masih perlu dita’wilkan maka tidak memurtadkan pengucapnya.
Keempat, dengan perbuatan yang jelas tanpa perlu ta’wil lagi. Misalnya, menyembah berhala, melakukan sembahyang mengikut cara agama Kristian di gereja, sembahyang di kuil dengan ritual Hindu dan seumpamanya. Namun perbuatan yang belum jelas tidaklah mengkafirkan pelakunya seperti masuk ke dalam gereja, membaca Injil dan lain-lain.

Islam Pemelihara Aqidah Umat

Di dalam melakukan penelitian tentang perkara ini, kita harus membuka minda agar dapat mendalami dan mengkajinya sehingga kepuasan dan ketenangan dapat dicapai. Pemahaman bermula dengan pembentukkan Islam itu sendiri melalui aqidah dan syariat, atau boleh pula dilihat daripada aspek Fikrah (aqidah dan hukum syara’) dan Thariqah (tatacara penerapan fikrah). Islam bukanlah suatu falsafah atau sekadar ajaran-ajaran moral dan etika. Bahkan hakikatnya Islam adalah deenul ‘amaliy (ajaran-ajaran agama dan hukum-hukum yang bersifat praktikal). Ringkasnya, Islam itu adalah mabda’ (ideologi) yang mana setiap fikrahnya membentuk suatu peraturan kehidupan. Penyelesaian Islam boleh dilihat melalui :

• Fikrah (Aqidah dan Hukum Syara’)
(1) Aqidah Islam, iaitu keimanan kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Kiamat dan Qadha’-Qadar;
(2) Penyelesaian masalah kehidupan manusia, iaitu hukum-hukum syara’ yang berkenaan dengan semua masalah manusia, samada yang berkaitan dengan ;
a. masalah keterikatan hubungan manusia dengan Allah melalui ibadah khusus (mahdhah) seperti solat, puasa, haji, zikir dan sebagainya
b. masalah keterikatan hubungan manusia sesama manusia, iaitu perekonomian, sosial, politik, pendidikan, penghukuman dan sebagainya
c. masalah bersangkutan pengurusan manusia dengan dirinya sendiri seperti masalah pemakanan, pemakaian, akhlaq dan seumpamanya

• Tariqah (Metodologi)
(1) Tariqah (jalan) bagaimana supaya fikrah tersebut boleh diterapkan, dipertahankan dan dikembangkan
(2) Tariqah menerapkan fikrah (aqidah dan hukum syara’) hanya melalui legitimasi oleh daulah (negara);
(3) Tariqah mempertahankan fikrah (aqidah dan hukum syara’) iaitu dengan melaksanakan ‘uqubat kepada orang yang melanggar ketetapan fikrah Islam yang dinyatakan diatas.
(4) Tariqah menyebarkan aqidah dan hukum syara’, iaitu dengan dakwah dan jihad yang dilakukan oleh khilafah Islam.

Seluruh perkara tersebut telah ditetapkan secara qath’i di dalam nas syara’. Dan di dalam perkara hukum hudud tidak ada ijtihad. Sebab Allahlah yang telah menetapkan bentuk hukumannya, bukan manusia. Ini sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa’ayat 13 yang bermaksud;

Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.[TMQ an-Nisâ’ (4) :13]

Hukuman Murtad

Hukuman bagi orang yang murtad adalah hukuman bunuh, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Barangsiapa mengganti agamanya (murtad) maka bunuhlah dia.” [HR. Jama’ah, kecuali Imam Muslim, sedangkan menurut riwayat Imam Ibnu Majah tidak seperti lafaz di atas].

Diriwayatkan juga dari Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Tidaklah halal darah seorang muslim, kecuali ia menjalankan salah satu dari tiga hal ini, iaitu (1) kafir setelah beriman; (2) berbuat zina setelah menjadi orang muhshan, (3) membunuh orang yang terjada darahnya.”

Di dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan,

“Allah dan RasulNya telah menetapkan bahawa orang yang murtad dari agamanya maka ia harus dibunuh.”

Abu Dawud meriwayatkan,

“Abu Musa datang bersama seorang lelaki yang telah murtad. Kemudian Abu Musa menasihatinya selama 20 malam. Datanglah Mu’adz bin Jabal, kemudian menasihatinya, lelaki itu menolak. Kemudian dipenggallah leher lelaki itu.”

Di dalam sebuah riwayat lain dinyatakan bahawa ‘Ali bin Abi Thalib pernah membakar orang-orang yang zindiq. Dari ‘Ikrimah, ia berkata, “Amirul Mu’minin ‘Ali bin Abi Thalib mendapatkan orang-orang zindiq itu, lalu beliau r.a membakar orang itu. Hal ini sampai kepada Ibnu ‘Abbas, lalu Ibnu ‘Abbas berkata,

‘Seandainya aku, maka aku tidak akan membakar mereka, sebab, Rasulullah SAW telah melarang.

Rasulullah SAW bersabda,

Janganlah kalian menghukum (seseorang) dengan hukuman Allah (membakar)’.

Hadis ini menunjukkan dengan jelas bahawa hukuman bagi orang-orang yang murtad adalah dibunuh, bukan dibakar kerana ada larangan dari Rasulullah SAW untuk tidak mengazab seseorang dengan azab Allah, yakni dibakar. Selain itu, keumuman hadis, “Barangsiapa murtad maka bunuhlah ia”, menunjukkan bahawa hukum murtad adalah dibunuh. Sedangkan apa yang diperbuat oleh ‘Ali r.a. tidak boleh digunakan hujjah, sebab boleh jadi ia belum mengetahui ada riwayat yang melarang mengazab seseorang dengan azab Allah sebagaimana yang dikemukakan oleh Ibnu ‘Abbas.

Hukuman Mati Bertentangan Dengan Al-Qur’an?

Di zaman sekarang ramai orang Islam yang tidak menerima bahawa hukuman bagi orang murtad –yang tidak mahu bertaubat– adalah hukuman mati. Salah satu alasan yang diberikan adalah bahawa hukuman tersebut bertentangan dengan prinsip tidak ada paksaan di dalam hal agama (al-Deen), yang terdapat di dalam al-Qur’an, surah al-Baqarah [2] ayat 256:

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.” [TMQ al-Baqarah (2):256]

Kesalahan atas memahami fakta murtad dan ayat di atas berakibat dari kefahaman keliru yang lahir dari kesalahan mereka untuk memahami ayat di atas. Jika kita mengkaji ayat di atas dan hadis-hadis yang digunakan, kita akan berkesimpulan bahawa tidak wujud sebarang pertentangan dengan hukuman bunuh keatas orang-orang murtad. Oleh kerana itu ayat di atas tidak boleh digunakan sama sekali untuk menolak hukuman mati bagi orang murtad. Ayat di atas hanya terkait dengan pemaksaan terhadap orang kafir untuk masuk Islam. Oleh itu, meskipun adalah wajib bagi orang kafir untuk masuk Islam (lihat Qs. Ali-Imran [3]: 19, 85), mereka harus masuk Islam atas kesedaraan mereka sendiri, dan bukan kerana ada paksaan dari orang Islam (misalnya dengan ancaman terhadap jiwa mereka jika tidak mahu masuk Islam). Sedangkan hadis-hadis yang digunakan dalam masalah murtad hanya terkait dengan hukuman bagi orang Islam –baik dia sudah muslim sejak lahir, atau seorang muallaf– yang keluar dari Islam.

Khatimah

Kemurtadan merupakan suatu perbuatan yang mengaibkan kesucian Islam. Bahkan mengancam kredibiliti umat Islam itu sendiri. Aqidah dan syariat yang dipikul oleh manusia maksum Nabi SAW seolah-olah dicarik-carik oleh penganut yang sesat lagi terkutuk. Aqidah yang murni yang sepatutnya dipahat pada lubuk hati diperlecehkan dimata dunia. Ironisnya kini, Islam kelihatan setaraf dengan agama lain, yang menyediakan pintu keluar-masuk mudah untuk manusia pada bila-bila masa. Oleh yang demikian, balasan yang setimpal dan wajib dikenakan khas untuk mereka yang murtad, hanyalah nyawanya sebagai penebus dan bukan yang lain, dengan alasan kononnya mengambil kira faktor kepentingan mahupun situasi. Adalah menjadi kesalahan apabila kita tersasar dalam memahami hakikat Islam dan ajarannya yang suci kerana sesungguhnya pada Islam itu wujud jalan pemeliharaan aqidah dan peraturan hidup penganutnya. Akibat dari serangan sekularisme ke dalam pemikiran umat Islam setelah kehidupan Islam dilenyapkan dari alam realiti sejak runtuhnya daulah Khilafah Islamiyyah pada 3 Mac 1924, kaum muslimin hidup di dalam sebuah kehidupan yang kabur, sempit, terhimpit lagi terhina.

Wahai kaum muslimin yang mulia!

Islam tidak akan dapat dimanifestasikan hanya dengan susunan madah di dalam barisan tinta para pendakwah Deen Allah. Ianya haruslah merupakan usaha bersepadu seluruh umat Islam yang dilandasi dengan cita-cita dan kesungguhan untuk mencapai keredhaan Allah semata-mata. Tiada jalan lain bagi menggapai maksud yang mulia ini kecuali melepaskan diri kita dari terus bergelumang dengan sistem kehidupan selain sistem Islam. Pahatkanlah amaran Allah di dalam minda kita yang alpa pada kehidupan yang diredhai-Nya;

“Apakah (sistem) hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (sistem hukum) siapakah yang lebih baik dari pada (sistem hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ? [TMQ al-Maidah (5): 50]

“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan engkar terhadap sebahagian yang lain ? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari Qiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tiada lengah dari apa yang kamu perbuat.” [TMQ al-Baqarah(2): 85]

Kekhilafahan umat ini perlu ditegakkan semula bagi merealisasikan legitimasi seluruh syariat Allah. Dengan demikian sahaja kemuliaan umat ini akan dapat dikembalikan. Dirikanlah Khilafah mu wahai umat Islam! Allahu akbar!!…

Wallahu a’lam bissawaab

Bicara SN1
Di dalam kebingunan siri letupan di London, negara-negara G8 begitu cepat meletakkan ‘pengganas Islam’ sebagai suspek utama mereka. Dengan keyakinan atas tuduhan yang dilemparkan tanpa bukti yang jelas ini, pihak polis Britain telah mengambil tindakan yang tegas dengan menembak mati seorang lelaki yang dikatakan berasal dari ‘Asia Selatan’ di stesen keretapi Stockwell, Selatan London baru-baru ini. Lelaki yang ditembak tujuh kali di kepala dan sekali di bahu ini rupa-rupanya adalah seorang lelaki warga Brazil yang bernama Jean Charles de Menezes. Meskipun kesilapan telah dilakukan, pihak berkuasa masih menjustifikasi tindakan mereka. Ken Livingstone, Datuk Bandar London mengatakan bahawa Menezes merupakan ‘mangsa serangan keganasan’ . Tony Blair pula menyatakan sokongannya kepada pihak polis meskipun kesilapan yang cukup besar ini telah dilakukan. Kejadian seperti ini amatlah membimbangkan. Umat Islam di Britain bukan sahaja terpaksa mengharungi ombak propaganda yang cukup hebat malah kejadian seperti ini memberikan gambaran bahawa nyawa umat Islam di Britain juga terancam. ‘Dengan lesen membunuh hanya atas alasan syak yang diberikan kepada polis Britain ini, mereka boleh membunuh sesiapa sahaja dan ini adalah amat menakutkan’, kata Azzam Tamimi dari Persatuan Muslim Britain.

Pada hakikatnya, agenda mereka adalah untuk mengaburkan garisan antara Islam dan ‘keganasan’. Mereka ingin melarutkan keganasan di dalam Islam. Sedangkan realitinya, Islam menolak keganasan. Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap; mempunyai sistem politik yang menjalankan panggilan dakwah dan sentiasa mencabar mereka yang hidup di dalam sistem kufur. Kaum muslimin tidak pernah malu dari mencabar meskipun di dalam suasana politik hari ini. Ini adalah kerana cabaran di dalam Islam bukannya bermaksud menggunakan kekerasan tetapi menekankan pertembungan intelektual dalam bentuk pertentangan idea, nilai, prinsip dan amalan antara Islam dengan ideologi dominan dunia hari ini. Pertentangan inilah yang akhirnya akan memanifestasikan kemenangan bagi Islam.
 
Bicara SN2
Asia Tengah kini merupakan medan pertarungan kuasa-kuasa besar dan semuanya atas alasan yang sama – sumber tenaga. Mesyuarat Shanghai Co-operation Organization (SCO) di Kazakhstan baru-baru ini memperlihatkan keinginan China dan Rusia untuk mengaut kepentingan minyak di Asia Tengah dengan menggugat pengaruh Amerika di beberapa negara Asia Tengah. Menurut sebuah laporan dari The Economist, SCO telahpun meletakkan tarikh akhir bagi tentera Amerika untuk menutup pengkalan udara mereka di Uzbekistan dan Kazakhstan. Tambahan pula Rusia dan China mula mengeratkan hubungan mereka dengan negara-negara Asia Tengah melalui kerjasama ketenteraan dan ‘anti keganasan’. Laporan tersebut juga membincangkan bahawa selain dari ikatan manfaat, negara-negara SCO juga sama-sama berperanan membantu menekan kebangkitan kaum muslimin di kawasan tersebut. Kestabilan di Afghanistan juga dikatakan mewujudkan vakum politik yang ingin diisi oleh China dan Rusia di kawasan Asia Tengah.

Kawasan Asia Tengah memanglah sebuah kawasan yang kaya dengan sumber tenaga. Sejak zaman Soviet lagi, minyak di kawasan ini telah dieksploitasi. Selepas kejatuhan Soviet, perniagaan minyak di Asia Tengah meletup. Perkembangan di Asia Tengah ini membuka lembaran baru dalam pertarungan untuk menguasai kawasan tersebut. Apa yang perlu diingatkan adalah, kawasan Asia Tengah ini adalah kawasan Islam. Dan seperti juga di Timur Tengah, Allah swt telah menempatkan kaum muslimin di kawasan yang kaya dengan sumber tenaga. Seperti di kawasan Timur Tengah, yang akan mengaut keuntungan sumber ini adalah pemimpin-pemimpin yang korup sedangkan kaum muslimin terus terbiar. Kuasa-kuasa besar akan terus mengeksploitasi, memijak maruah dan kemuliaan kaum muslimin samada secara langsung atau melalui boneka-boneka korup ini selagi kaum muslimin masih tidak bersatu di bawah entiti politik Islam yang akan melindungi mereka. Kaum muslimin sudahpun mempunyai ramuan yang cukup untuk bangkit sebagai sebuah kuasa – kekayaan, sumber manusia dan keimanan – apa yang diperlukan adalah kesedaran umat mengenai situasi kaum muslimin, dimana dengan kesadaran ini, akan memotivasinya untuk berjuang menegakkan Daulah Khilafah. InsyaAllah dengan izinNya, sumber tenaga di Timur Tengah, Asia Tengah, Afrika dan Nusantara akan kembali ke tangan umat. Dan yang lebih penting lagi, Islam akan menjadi satu-satunya peneraju tamadun dunia, menjulang kalimah Allah setinggi-tingginya!!!