SN056 – Karikatur Menghina Rasulullah Adalah Bukti Kebencian Kaum Kuffar Terhadap Islam
SN Keluaran 2006
[SN056] Ketika ini perasaan dan sensitiviti umat Islam sekali lagi dicabar dengan kebiadaban yang telah dilakukan oleh akhbar terbesar Denmark Morgenavisen Jyllands-Posten menyiarkan sebanyak 12 karikatur imej Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam pada September 2005 yang lepas dan diulang cetak oleh sebuah majalah di Norway pada bulan ini. Selepas akhbar Denmark, beberapa penerbitan yang berfahaman kanan di Eropah turut menerbitkan semula karikatur ini termasuklah El Pais (Sepanyol), France Soir (Perancis), Libero dan La Padania (Itali) [Utusan Malaysia 05/02/2006]. Secara umumnya kesemua imej yang memaparkan gambar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam itu memberikan gambaran yang negatif terhadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan Islam itu sendiri dimana seolah-olah Islam itu adalah deen/cara hidup yang ganas. Kesan dari karikatur ini kita dapat melihat seluruh dunia umat Islam mula bangkit meluahkan kemarahan mereka.
Beberapa Reaksi Umat Islam di Dunia
Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh umat Islam akibat dari kejadian ini. Sebagai contoh, dua kumpulan bersenjata Palestin mengancam akan menjadikan warga Denmark, Perancis dan Norway sebagai sasaran selepas penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam. “Semua negara dan sesiapa yang mempunyai hubungan kerjasama diplomatik dengan negara ini dianggap sebagai sasaran Jawatankuasa Penentangan Popular dan Briged Jihad Al-Aqsa”, menurut kenyataan yang ditandatangani dua kumpulan terbabit [Utusan Malaysia 03/02/2006]. Di Qatar pula, pasaraya Carrefour di Qatar misalnya telah menghentikan penjualan produk dari Denmark [Utusan Malaysia 04/02/2006].
Di Jakarta kira-kira 100 orang telah menyerbu sebuah bangunan yang menempatkan Kedutaan Denmark sambil melaungkan “Kami sedia berjihad!” . Beberapa orang penunjuk perasaan yang turut membaling pejabat kedutaan dengan telur dan sebuah poster ditulis dengan perkataan “Mari sembelih Duta Denmark!” [Utusan Malaysia 04/02/2006]. Di Pakistan parti-parti politik Islam turut melancarkan bantahan untuk hari kedua sementara para pelajar mengadakan tunjuk perasaan dengan melaungkan kata-kata “Mati untuk Denmark” di Lahore dan Multan selain membakar bendera Perancis dan Denmark [Utusan Malaysia 04/02/2006]. Kerajaan Maghribi pula telah bertindak dengan mengharamkan penjualan akhbar France Soir di negara itu. “Edisi hari Rabu France Soir telah diharamkan di semua wilayah Maghribi kerana penyiaran kartun Nabi Muhammad merupakan taakulan yang salah terhadap kebebasan akhbar”, menurut Kementerian Komunikasi Maghribi [Utusan Malaysia 03/02/2006]. Di Syria pula, ribuan penunjuk perasaan bertindak menyerbu masuk ke dalam kedutaan Denmark dan Norway lalu membakar kedua-dua bangunan tersebut [Buletin Online 05/02/2006].
Sejarah Penghinaan Terhadap Rasulullah
Sebenarnya, penghinaan terhadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah berlaku semenjak zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup lagi sehinggalah ke hari ini. Di antaranya adalah seperti apa yang dikatakan oleh Abdullah bin Ubay bin Salul ketika dia bersumpah “Mereka (Abdullah bin Ubay dan kaum munafik) berkata :
“Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah, benar-benar orang-orang yang paling mulia akan mengusir orang yang paling hina” [TMQ al-Munaafiquun : 8].
Maksud Abdullah bin Ubay adalah bahawa dirinya yang ketika itu termasuk pemimpin di kalangan munafiqun adalah lebih mulia daripada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam itu adalah orang yang paling rendah martabatnya di antara mereka.
Kita juga mungkin masih tidak lupa dengan penulis The Satanic Verses, Salman Rushdi yang menggambarkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai seorang yang rosak moralnya dan kejam terhadap wanita dan hidupnya adalah dari hasil harta rompakan. Kita mungkin masih mengingati Farish A Noor yang menonjolkan kejahilannya dengan menghina Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam tulisannya yang pernah dikeluarkan oleh NST “…The fact that the Prophet had several wives and was known to have had sexual relations with 15 women, which included the concubine Rayhana who remained non-Muslim all her life is proof of the humanity of the Prophet.” (“Fakta bahawa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti mengenai sifat kemanusiaan Nabi” [“Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On Sexuality” oleh Farish A. Noor, NST, 4 November 2000].
Pada Julai 1997, seorang wanita Yahudi Israel, Tatyana Suskin membuat dan menyebarkan 20 poster yang menghina Islam dan Nabi Muhammad. Pada tahun 2004, filem ‘dokumentari’ arahan produser filem yang berasal dari Belanda, Theo van Gogh, menghina Islam dan Nabi Muhammad. Kini pada tahun 2006 ini sekali lagi perasaan umat Islam dicabar dengan tersiarnya karikatur imej Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam oleh akhbar Denmark tersebut.
Hukum Menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam
Mencela, mengolok-olok, mencaci-maki ataupun merendahkan martabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam terminologi fiqih Islam dikenali dengan istilah sabba ar-Rasul atau syatama ar-Rasul. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kata-kata atau kalimat-kalimat seperti apa yang dikategorikan sabba ar-Rasul maka perlulah kita meneliti deskripsi berkenaan sabba ar-Rasul. Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya ash-Sharim al-Maslul ‘ala Syatimi ar-Rasul menerangkan tentang batasan orang-orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu kata-kata (lafaz) yang bertujuan untuk menyalahkan, merendahkan martabatnya, melaknat, menjelek-jelekkan, menuduh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak adil, meremehkan serta mengolok-olok Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam [Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya ash-Sharim al-Maslul ‘ala Syatimi ar-Rasul hlm 528]. Di dalam kitab tersebut juga beliau menukilkan pendapat Qadhi Iyadh tentang berbagai bentuk penghinaan terhadap Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Di jelaskan demikian: Orang-orang yang menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah mereka yang mencela, mencari-cari kesalahan, menganggap pada diri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam ada kekurangan, mencela nasab (keturunan) dan perlaksanaan agamanya, menjelek-jelekkan salah satu sifatnya yang mulia, menentang atau menyamakan beliau dengan orang lain dengan niat untuk mencela, menghina, mengecilkan, menjelek-jelek dan mencari-cari kesalahannya. Pelaku tersebut adalah orang yang telah menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Apakah hukum Islam ke atas orang-orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam? Di dalam kitab Nayl al-Authar terdapat bab yang berjudul, “Membunuh orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dengan kata-kata yang nyata.” [Lihat asy-Syaukani, Nayl al-Authar jilid VII hlm 213-215]. Di dalamnya terdapat dua hadith sebagai berikut:
1. ‘Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menghalalkan darahnya. (Hadith ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud).
2. (Abdullah bin Abbas berkata) bahawa ada seorang lelaki buta yang isterinya selalu mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Lelaki itu berusaha memperingatkan dan melarang isterinya agar tidak melakukan hal itu. Namun ia tetap melakukannya. Pada suatu malam isterinya mulai mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh kerana tidak tahan dengan isterinya, lelaki itu menikam isterinya sehingga mati. Keesokan harinya turunlah wahyu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan kejadian itu. Lalu Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam mengumpulkan kaum Muslimin seraya bersabda: “Dengan menyebut asma Allah, aku berharap orang yang melakukannya, yang tindakannya itu haq (benar), berdiri”. Kemudian (aku melihat) lelaki buta itu berdiri dan berjalan meraba-raba hingga tiba di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam lalu ia duduk dan berkata , “Wahai Rasulullah, akulah suami yang melakukannya. Kulakukannya kerana dia selalu mencela dan menjelek-jelekkan dirimu. Aku telah berusaha melarang dan selalu mengingatkannya, namum ia tetap melakukanya. Dari wanita itu aku dikurniakan dua orang anak (yang cantik) bagai mutiara. Isteriku amat sayang kepadaku. Akan tetapi semalam dia kembali mencela dan menjelek-jelek dirimu. Sebab itu aku membunuhnya“. Mendengar penjelasan ini, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Saksikanlah bahawa darah wanita itu halal” [HR Abu Dawud dan an-Nasa’i].
Nash-nash hadith tersebut menegaskan bahawa darah orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah halal. Dengan kata lain hukuman ke atas orang-orang yang mencela, merendahkan, memperolok-olok dan menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah hukuman mati. Hukuman tersebut diucapkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam secara langsung dan bukannya pendapat (ijtihad) para fuqaha mahupun ulama. Dengan kata lain hukumannya adalah pasti (qath’i) dan tidak berubah.
Islam menggolongkan para pencela, penggolok-olok dan penghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai kafir. Bahkan lebih dari itu Islam secara nyata menolak taubat (permintaan maaf) mereka seandainya mereka bertaubat di atas penghinaannya terhadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Tidak usah kamu meminta maaf kerana kamu kafir sesudah beriman” [TMQ at-Taubah:66].
Hal ini menunjukkan kekhususan hukum orang yang mencela atau menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam – meskipun orang-orang yang menghinakan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam itu bertaubat dan meminta maaf, namun hukuman mati tetap akan dikenakan ke atasnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan penolakan taubat mereka di dalam firmanNya:
“ Sama sahaja bagi mereka kamu memintakan ampunan atau tidak bagi mereka. Allah tidak akan mengampumi mereka” [TMQ al- Munafiqun:6].
Namun begitu, suatu perkara yang perlu diperhatikan adalah siapakah pihak yang berhak melaksanakan hukuman bunuh itu? Hukuman ini, hakikatnya, hanya berhak dijalankan oleh seorang Khalifah atau Ketua Negara Islam. Salah satu dalil kepada perkara ini adalah kes pembunuhan Asma’ binti Marwan, seorang wanita Yahudi yang amat membenci Islam dan kerap menghina Rasulullah. ‘Umair bin ‘Auf, salah seorang sahabat Nabi mendatangi rumah Asma lalu membunuhnya. Dalam kejadian tersebut Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mendiamkannya. Dari kes ini dapat disimpulkan bahawa perlaksanaan hukuman bunuh itu dilakukan dengan izin dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam kapisiti baginda sebagai Ketua Negara Islam ketika itu.
Hipokrasi Kufur Barat
Kebebasan, bagi masyarakat kufur Barat, merupakan suatu idea yang cukup disanjung tinggi. Mereka meyakini bahawa kebebasan adalah prinsip yang perlu diperjuangkan dan dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Dengan alasan inilah pihak kufur mempertahankan tindakan akhbar Morgenavisen Jyllands-Posten menyiarkan imej penghinaan terhadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Sewajarnya ‘pejuang-pejuang’ kebebasan media ini membayar harga daripada kebiadaban mereka kerana kerosakan yang diakibatkan oleh perbuatan mereka ini bukanlah persoalan kecil. Barat yang hipokrit ini nampaknya lebih ‘memperjuangkan’ hak individu, membelakangkan kepentingan dan perasaan 1.4 bilion penduduk Islam. Akhbar-akhbar di Perancis, Jerman, Sepanyol, Switzerland dan Hungary menerbitkan semula karikatur ini dengan alasan, kebebasan akhbar lebih penting daripada protes dan boikot yang tercetus daripada provokasi. “Ini bukan mencabar, provokasi, tetapi mempertahankan kebebasan”, menurut akhbar La Padania dalam editorial muka depannya. Akhbar Jyllands-Posten pula menganggap karikatur Nabi Muhammad sebagai satu satira daripada haknya untuk bersuara secara bebas [Utusan Malaysia 04/02/2006]. Kerajaan Perancis menyatakan, keputusan mencetak semula kartun terbabit merupakan ‘tanggungjawab sendiri’ France Soir tetapi menegaskan juga komitmennya terhadap kebebasan akhbar [Utusan Malaysia 03/02/2006]. Namun, pada masa yang sama kita dapat melihat betapa pihak Barat tidak berpegang kepada prinsip kebebasan ini jika ianya tidak berpihak kepada mereka . Kita dapat melihat bagaimana gentarnya pihak kerajaan Perancis dengan sehelai kain tudung yang dipakai oleh golongan Muslimat di Perancis sehinggakan mereka terpaksa melaksanakan undang-undang melarang pemakaian hijab. Apakah tindakan ini selari dengan idea kebebasan yang mereka perjuangkan ? Jawapannya sudah pasti tidak. Inilah bukti hipokrasi Barat terhadap umat Islam.
Wahai Kaum Muslimin!!!
Sejak kaum kuffar kolonial berjaya menghancurkan Daulah Khilafah pada tahun 1924, kehinaan dan kezaliman telah menimpa kaum Muslimin secara bertubi-tubi. Negara kaum Muslimin dikoyak-koyakkan dan kaum kafir menentukan nasib kaum Muslimin. Kaum Muslimin telah kehilangan Khalifah yang akan melindunginya, yang dibelakangnya kita berjuang, yang mempertahankan Islam. Ikatan Islam mula terputus, bermula dari ikatan pemerintahan (seperti yang dikatakan oleh Rasulullah) dan setelah itu, orang-orang kafir mula menerkam dan melapah kaum Muslimin – meskipun bilangan umat Islam itu banyak, namun ia tidak ubah seperti buih-buih di lautan. Hakikatnya, sudah berkali-kali umat Islam di hina dan dicerca. Apabila Yahudi mula mencemarkan tanah yang diberkati, umat Islam berjuang menentangnya namun selepas itu keadaan senyap sunyi dan Israel terus berdiri. Apabila Yahudi mencemar Al-Aqsa, kaum Muslimin berang namun kemudian suara-suara bersemangat ini tenggelam. Apabila seorang kafir menghina Rasul dengan kisah syaitannya, umat berdiri marah, namun kemarahan ini tiba-tiba reda tanpa sebarang perubahan. Umat Islam marah apabila Perancis mengharamkan tudung di sekolah-sekolahnya, namun isu tersebut kini berlalu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Al-Quran dipijak-pijak oleh orang-orang Amerika dan kaum Muslimin mengamuk, namun kini tiada lagi suara yang berbunyi – dan Al-Quran terus dihina. Kini, sekali lagi Barat menghina Islam dengan terang dan berani.
Wahai kaum Muslimin,
Bagi yang mempunyai persepsi yang jelas, mereka pasti dapat melihat sebab keberanian kaum kuffar dalam menghina Rasulullah ini. Mereka dapat melihat bagaimana pemimpin-pemimpin umat Islam sendiri berusaha menghapuskan kaum Muslimin yang ikhlas berjuang untuk menegakkan Khilafah, lebih dari kaum kafir itu sendiri. Mereka juga dapat melihat bagaimana pemimpin-pemimpin kaum Muslimin hari ini mempertahankan Israel lebih dari kaum kafir penciptanya. Apabila Al-Aqsa dibakar, mereka melihat pemimpin kaum Muslimin berlumba-lumba menandatangani perjanjian dan berunding dengan Yahudi kafir. Mereka juga memerhatikan bagaimana negara kaum Muslimin seperti Turki mengharamkan tudung sebelum Perancis mengharamkannya!!! Meskipun Al-Quran dipijak-pijak, pemimpin-pemimpin kaum Muslimin hari ini masih lagi menganggap Amerika sebagai ibubapa mereka.
Sekiranya penghinaan demi penghinaan ke atas Islam dilakukan sendiri oleh pemimpin-pemimpin kaum Muslimin, apatah lagi kaum kafir yang sememangnya membenci Islam dengan kebencian yang sangat keras!!!
Wahai Muslimin,
Adalah tidak mencukupi – sebagai jawapan kepada semua ini – hanya dengan mengusir diplomat, memboikot barangan, memprotes atau menggesa pihak Barat untuk meminta maaf. Tidak dapat dinafikan, semua tindakan tersebut baik kerana mungkin inilah sahaja yang dapat dilakukan buat masa ini, namun, untuk menyelesaikan masalah-masalah ini secara pasti dan menghentikan penghinaan-penghinaan sebegini, umat Islam perlulah berjuang untuk menegakkan Al-Khilafah yang akan menerapkan hukum Allah secara kaffah dan melindungi kaum Muslimin secara universal. Khilafahlah yang akan mengerahkan jihad untuk kaum Muslimin. Pedang Khilafah akan bertutur di hadapan kaum kuffar dan membalas penghinaan ini dengan tindakan yang sewajarnya. Negara Yahudi akan tumbang sebelum syaitan sempat membisikkan kejahatan ke telinga-telinga kafir. Jantung Perancis akan tersentap sekiranya mereka berani mengharamkan tudung di sekolah-sekolah mereka. Kaum kuffar akan tidur dan bangun dengan mimpi yang ngeri yang tidak akan terlepas dari mereka.
Balasan Rasulullah ke atas Banu Qainuqa’ hanya kerana kebiadaban mereka menarik tudung seorang Muslimah, pembukaan Amuriyah hanya kerana golongan Rom menghina seorang wanita Muslim dan nasib Nikfur anjing Rom kerana keberaniannya menggempur pelabuhan-pelabuhan Islam, memutuskan perjanjian yang telah dibuatnya; semuanya merupakan manifestasi keagungan Islam mengenepikan penghinaan dan ancaman kafir. Barat masih ingat kedudukan mereka, terutamanya Perancis ketika Khalifah Sulaiman Al- Qanuni memerintah – mereka sedar kedudukan mereka berbanding Islam. Denmark dan Norway pada ketika itu pula hanya boleh bermimpi untuk mencapai prestij dan kemuliaan yang dirasai oleh kaum Muslimin ketika Islam diterapkan 100%.
Wahai kaum Muslimin,
Kaum kuffar tidak akan pernah berhenti melukakan agama kalian, Rasul kalian dan kemuliaan kalian kecuali kalian berusaha menegakkan Daulah Khilafah di atas jalan kenabian. Bagi mereka yang bersemangat, mulakanlah tugas mulia ini dengan pejuang-pejuang yang ikhlas berusaha untuk mengembalikan kehidupan Islam yang mulia dengan menegakkan Khilafah Rashidah. Hanya dengannyalah kehidupan dan kemuliaan kaum Muslimin seluruh dunia akan terjaga. Dan akan tenanglah hati-hati kaum Muslimin yang selama ini gundah gulana, insyaAllah!
“Sesungguhnya di dalam (risalah ini) adalah seruan bagi kaum yang menyembah Allah” [TMQ Al-Anbiya’:106]