SN297 – 88 TAHUN UMAT ISLAM HIDUP TANPA KHILAFAH

SN keluaran 9 Mac 2012

  alt

 

88 TAHUN UMAT ISLAM HIDUP TANPA KHILAFAH
 

 

[SN297] Lebih kurang 88 tahun yang lalu iaitu pada 3 Mac 1924 (28 Rajab 1342H), sebuah bencana besar menimpa kaum Muslimin di mana suatu kejahatan yang mengerikan telahterjadi dan meninggalkan impak yang besar kepada generasi-generasi setelahnya. Pengkhianat Islam yang juga merupakan tali barut British, Mustafa Kamal Attaturk laknatullah, telah mengisytiharkan pembubaran Daulah Khilafah (Khilafah Utsmaniyyah) dan menggantikannya dengan sebuah negara rebulik sekular Turki. Kejahatan yang dilakukan oleh ejen British ini layak disebut sebagai penghulu kepada segala bentuk kejahatan di mana hancurnya Khilafah telah membawa kepada natijah penyingkiran Kitab Allah SWT dan Sunnah RasulNya SAW dari aspek pemerintahan sekali gus sebagai sumber rujukan bagi umat Islam.
Hukum-hukum kufur yang datangnya dari Barat telah dijadikan sumber rujukan menggantikan Al-Quran dan Al-Hadis. Akibatnya, kaum Muslimin hidup dalam kemurkaan Allah, dari segala penjuru langit dan bumi, kerana mereka telah menggantikan syariat Allah SWT di dunia ini dengan hukum yang lain. Kaum Muslimin pun terjerat dalam pelbagai perpecahan, permusuhan dan perselisihan, lembut terhadap orang-orang kafir dan keras terhadap sesama Muslim. Lebih suka mempertahankan undang-undang kufur dari undang-undang Islam, bangga dan menebal dengan sikap assabiyyah dan wathaniyyah, matlamat hidup pun telah bertukar dari mencari keredhaan Allah kepada mencari sebanyak mungkin habuan dunia. Masalah-masalah yangdihadapi oleh kaum Muslimin semakin membesar dari hari ke hari.

Kesemua masalah tersebut melanda kaum Muslimin setelah lenyapnya Daulah Khilafah yang menaungi mereka selama lebih 1300 tahun. Setelah 13 abad keemasan, Daulah Khilafah, yang merupakan kesinambungan dari Daulah Islam (Negara Islam) yang didirikan oleh Rasulullah SAW di Madinah, telah dihancurkan melalui tangan manusia terkutuk Mustafa Kamal, dengan bantuan dari British. Segalanya bermula secara rasmi pada tanggal 3 Mac 1924 yang merupakan titik akhir kepada Daulah Khilafah yang selama ini telah membawa rahmat ke seluruh penjuru alam, lenyap dari muka bumi. Bermula dari tarikh itu juga, lenyaplah sudah sebuah Daulah Islam yang menjadi punca kekuatan dan kemuliaan umat Islam, yang membawa rahmat dan ketamadunan kepada dunia amnya dan umat Islam khasnya. Sebagai Muslim, kita harus faham bahawa kehancuran Khilafah itu bukanlah berlaku secara tiba-tiba atau tidak disengaja. Sesungguhnya lenyapnya Daulah Khilafah yang sebelumnya merupakan super power dunia, terjadi hasil sebuah perancangan dan usaha berabad-abad lamanya dari kaum kuffar untuk melawan Islam dan kaum Muslimin. Sejak zaman awal Islam lagi, permusuhan golongan Kristian, Yahudi dan musyrik terhadap Islam dan kaum Msulimin tidak pernah berhenti. Mereka langsung tidak mahu melihat Islam berada di atas agama mereka.Contoh yang nyata kepada hal ini adalah bagaimana mereka menggerakkan Perang Salib pada abad ke-12 serta invasi tentera Tartar ke atas Baghdad dan Damaskus pada tahun 1258. Meskipun serangan kaum kuffar ini pada awalnya berhasil melemahkan kekuatan kaum Muslimin, namun tak berapa lama selepas itu, kaum Muslimin, dengan izin Allah, mampu bangkit dan mengalahkan mereka semula. Bahkan kaum Muslimin berhasil membawa Islam sampai ke benteng-benteng negara kuffar hingga hampir menembusi jantung Eropah.

Dari kekalahan demi kekalahan yang mereka alami, maka segeralah kaum kuffar ini mengkaji dan terus mengkaji serta cuba memahami mengapa kaum Muslimin selalu mampu merebut kembali setiap tanah yang mereka (kuffar) taklukkan. Mereka akhirnya menemui faktornya di mana mereka tahu bahawa di samping kekuatan ketenteraan negara Khilafah yang ada, kaum Muslimin mempunyai satu kekuatan lain yang tidak akan dapat digoyahkan iaitu kekuatan akidah (keimanan) yang dimiliki oleh setiap dari kaum Muslimin. Meraka akhirnya telah mendapat formula bahawa sekiranya mereka berjaya melemahkan kekuatan akidah kaum Muslimin, maka mereka pasti dapat mengalahkan musuh mereka ini. Oleh karena itu, kaum kuffar ini mulai mengganti taktik konvensional, yang berupa peperangan militer, kepada taktik lain yang jauh lebih berbahaya dan dahsyat iaitu peperangan pemikiran. Mereka lalu melakukan invasi ideologi dengan memulainya dengan serangan missionaris.Kemudian disususli dengan menanamkan fahaman nasionalisme dan patriotisme. Dalam masa yang sama mereka mula melantik, melatih dan mengukuhkan ejen-ejen mereka dari kalangan Muslim sendiri. Metode baru ini terbukti sangat efektif, sehingga melalui ejen-ejennya, kuffar Barat ini berjaya menghancurkan Daulah Khilafah dengan serangan dari dalam.

Erti Penghancuran Khilafah

Hancurnya Daulah Khilafah memiliki konsekuensi yang amat besar ke atas kaum Muslimin secara amnya dan ke atas kaum kuffar amnya. Dengan lenyapnya Daulah Islam dan diganti dengan negara-bangsa yang sekular, maka terhapuslah sudah penerapan hukum Allah dalam negara dan diganti dengan hukum-hukum kufur buatan manusia. Hal ini sesungguhnya hanya mengundang murka Allah. Negara Khilafah adalah negara Islam yang selama ini membawa risalah Allah ke seluruh bangsa-bangsa di dunia dengan jalan dakwah dan jihad. Hancurnya Negara Khilafah telah mengakibatkan terhentinya penyebaran Islam dan futuhat (pembukaan negeri-negeri baru). Hancurnya negara Khilafah bererti semakin mudahnya jalan kaum kuffar untuk menyebarkan ajaran dan pemikiran sesat mereka ke atas anak-anak kaum Muslimin di seluruh dunia Islam.

Daulah Khilafah adalah Negara Islam, yang menyatukan seluruh kaum Muslimin di bawah satu payung pemerintahan. Hancurnya Daulah Khilafah bererti hancurnya penyatuan kaum Muslimin. Negeri-negeri kaum Muslimin telah tercerai berai kepada negeri-negeri yang kecil yang lemah dan tidak berdaya. Kaum Muslimin diberikan sempadan-sempadan palsu oleh Barat dengan dipecah belah kepada lebih 50 buah negara. Hal tersebut mengakibatkan semakin kuatnya nasionalisme, rasisme, dan patriotisme di kalangan kaum Muslimin, serta hilangnya ikatan ukhuwwah yang di dasarkan atas satu kesatuan akidah.

Daulah Khilafah adalah Negara Islam yang menjaga tanah-tanah kaum Muslimin dan kesatuan umat Islam. Hancurnya Daulah Khilafah juga telah mengakibatkan kolonisasi kaum kafir terhadap negeri-negeri umat Islam dan mereka campurtangan baik secaralangsung mahupun tidak langsung ke atas setiap negeri umat Islam. Malah di sesetengah negeri kaum Muslimin, berdirinya pangkalan-pangkalan militer negara kuffar dengan segala kelengkapannya seolah-olah itu adalah negeri mereka.Hancurnya Daulah Khilafah menyebabkan tanah suci umat Islam sekalipun telah jatuh ke tangan puak Yahudi yang terkutuk. Palestin yang di dalamnya terdapat tanah suci Baitul Maqdis telah berada di bawah kawalan Zionis secara nyata.Kesemua ini adalah natijah dari lenyapnya Daulah Khilafah yang menjadi perisai umat Islam selama ini. Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu laksana perisai, orang-orang berperang dan berlindung dibelakangnya” [HR Muslim]

Negara Khilafah adalah Negara Islam yang menjaga kemuliaan, harrta, darah dan nyawa kaum Muslimin serta menjaga kekayaan negara dengan mengagihkannya untuk urusan Islam dan kaum Muslimin. Hancurnya Negara Khilafah telah mengakibatkan adanya perompakan harta-harta negara oleh penguasa-penguasa Muslim yang zalim dan khianat, berleluasanya kemiskinan, banyaknya huru-hara dan kemaksiatan dalam negara, berleluasanya rompakan, pencurian, perzinaan, diskriminasi, eksploitasi dan melayangnya segala kekayaan umat Islam ke tangan orang-orang kafir kerana pengkhianatan penguasa-penguasa tadi. Perang saudara dan tertumpahnya darah sesama Muslim silih berganti. Jumlah korban mencecah jutaan nyawa hasil perbalahan sesama sendiri. Sifat persaudaraan sudah hilang, ketakutan kepada Allah sudah musnah, kaum Muslimin hidup hanya untuk mengejar kekayaan dan benar-benar takut untuk mati. Perjuangan untuk menegakkan agama Allah telah ditinggalkan, kecuali oleh segelintir yang masih mempunyai ketakwaan.

Sesungguhnya Daulah Khilafah adalah Daulah Islam yang wajib ke atas setiap Muslim. Setiap individu warganegara yang pernah hidup di dalamnya merasa aman dan tenteram, baik Muslim mahupun bukan. Keluarga, kekayaan, harga diri, martabat dan kehormatan mereka dijamin oleh Negara. Hancurnya Negara Khilafah telah membawa kepada segala kehancuran umat Islam seperti mana yang kita sedang saksi dan rasakan sekarang. Tidak ada lagi keamanan dan keselamatan, yang ada malah ketakutan dan kesengsaraan. Semua ini hasil ditinggalkannya aturan-aturan Islam yang melindungi seluruh individu dan diganti dengan sistem Kapitalisme ciptaan manusia yang hanya mementingkan sekumpuluan elit pemerintahan dan para pemilik modal. Pasca hancurnya negara Khilafah, orang-orang kafir menancapkan ideologinya ke seluruh negara umat Islam dan mengendalikan semua urusannya, baik aspek pemerintahan, politik, media, institusi pendidikan, ekonomi, bahkan kehidupan publik dan rumah tangga sekalipun telah berjaya dipengaruhi oleh ideologi Kapitalis kuffar ini.

Tidak dapat dimungkiri bahawa hancurnya Daulah Khilafah sejak 88 tahun yang lalu telah menjadi punca atau ibu kepada segala kejahatan. Kejahatan yang terjadi bukan sahaja oleh puak kuffar yang sememangnya memusuhi Islam, bahkan kejahatan yang lebih buruk dilakukan oleh para pemimpin umat Islam itu sendiri: Antara kejahatan mereka yang dapat kita saksikan sejak kejatuhan Khilafah hinggalah ssaat ini adalah:-

– Melabelkan kaum Muslimin yang ikhlas, yang berusaha untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan menegakkan kembali negara Khilafah sebagai sebuah kelompok radikal, ekstremis teroris dan sebagainya, yang berhak mendapatkan hukuman paling berat dari negara.
– Eksploitasi pasukan polis yang dilibatkan dan diarahkan bekerja dalam bidang perisikan siang dan malam, demi melindungi rejim penguasa di negeri-negeri kaum Muslimin, memelihara sistem kufur yang diterapkan ke atas umat serta untuk memata-matai (mengintip) setiap tidak-tanduk kaum Muslimin dalam urusan sehari-hari, khususnya ke atas gerakan Islam yang ingin mengembalikan semula Khilafah.
– Menenggelamkan kaum Muslimin dengan beraktiviti di dalam permasalahan-permasalahan hidup yang remeh-temeh; menyibukkan mereka dengan usaha-usaha yang bersifat tambal-sulam (islahi) ke atas Islam mengikut selera penguasa, serta menghabiskan masa, tenaga dan wang umat Islam untuk aktiviti ibadah semata-mata.
– Mengikat urusan politik umat Islam dengan peraturan antarabangsa, menundukkan umat Islam pada kekuasaan kafir serta keputusan-keputusan PBB dan Dewan Keamanan dan mencurahkan taat setia sepenuhnya kepada organisasi kufur ini, berbanding syariat Allah SWT.
– Menerapkan dan mempertahankan habis-habisan sistem ekonomi Kapitalis ke atas kaum Muslimin yang jelas lagi nyata bertunjangkan pada sistem ribawi.
– Menjalankan sistem pendidikan sesuai dengan sistem pendidikan sekular yang menghancurkan mentaliti dan aqidah anak-anak kaum Muslimin, yang pada akhirnya akan mengarah pada kehancuran keperibadian (syakhsiyyah) Islam mereka.
– Memastikan mimbar-mimbar masjid dan pusat-pusat pendidikan berada di bawah kawalan mereka demi mencegah kalimah yang hak dari dikumandangkan di masjid-masjid dan pusat-pusat pengajian.
– Menempatkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain dalam rangka persamaan antara agama-agama dan dialog antar agamadijalankan untuk tujuan tersebut, walhal perbezaan di antara Islam dan agama-agama lain teramat jelas, kerana Islamlah satu-satunya agama yang benar dan wajib ke atas semua manusia, manakala agama selainnya adalah sesat lagi kufur.
– Mempertahankan sempadan negara-bangsa danmencegah apa sahaja bentuk penyatuan negara, apatah lagi sekiranya penyatuan yang diserukan itu di bawah naungan Khilafah.

Apa Respons Anda?

Di atas semua kejahatan yang berlaku itu, sungguh malang apabila masih terdapat sebahagian besar kaum Muslimin yang hanya berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa. Sebahagian yang lain masih tegar mencari harta benda dunia tanpa mahu bertindak sedikitpun untuk menegakkan agama Allah. Sebahagian lagi pula berjuang di jalan yang keliru dengan memperjuangkan perkara-perkara furu’ yang tidak membangkitkan umat. Di atas semua itu, ada segolongan yang lain sedang berjuang di atas platform yang dikehendaki oleh Barat iaitu yang menyeru kepada ‘Islam moderat’ atau wasatiyyah. Mereka ini, sama ada secara sedar atau tidak, mahu meletakkan diri mereka sebagai golongan moderat kerana tidak mahu dituduh (oleh Barat) sebagai ekstremis. Mereka adalah golongan yang memperjuangkan demokrasi dan tidak mahu keluar dari kerangka sistem yang dicipta oleh Barat itu. Malah tanpa segan silu dan rasa bersalah, mereka terus-menerus menyeru dan memperjuangkan negara sivil demokratik dengan mengatasnamakan Islam.

Bagi kaum Muslimin yang sedar dan ikhlas, yang hidup dan matinya hanya untuk Allah, mereka melihat dan memahami bahawa segala penderitaan yang dialami oleh umat Islam setelah hancurnya Khilafah, ini adalah permulaan kepada sebuah perjalanan dan perjuangan yang akan mengantarkan mereka kepada syurga Allah. Mereka memahami bahawa untuk mengembalikan semula kemuliaan dan kegemilangan Islam, Daulah Khilafah wajib ditegakkan kembali, kerana punca kepada segala kerosakan adalah kerana tiadanya sebuah Negara Islam yang menerapkan hukum Allah dan RasulNya. Justeru, mereka tidak berdiam diri dengan ketiadaan Khilafah, malah terus-menerus berusaha untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan menegakkan kembali Daulah Khilafah yang akan mengatur semula dunia ini dengan hukum Allah dan RasulNya. Ya, inilah perjuangan yang sedang dilakukan oleh pemuda-pemuda Muslim yang ikhlas, yang tidak takut kecuali hanya kepada Allah dan tidak mengharap apa-apa di dalam perjuangan ini kecuali redha Allah dan syurgaNya. Mereka berjuang siang dan malam bagi menyedarkan dan membangkitkan saudara-saudara mereka yang terleka dan terlena dengan keindahan dunia yang fana ini.

Pemuda-pemuda Muslimyang ikhlas ini berjuang dengan mengikuti semula langkah yang telah ditempuh oleh Rasulullah SAW dan para sahabat semasa di Mekah dahulu di dalam menegakkan Daulah Islam di Madinah. Para pemuda Muslim ini yakin dengan janji dan kemenangan dari Allah dalam perjuangan mereka. Mereka berusaha untuk menegakkan semula Daulah Khilafah tanpa mengira berapa pun harga dan pengorbanan yang perlu mereka bayar untuk itu. Mereka mengajak anda dan seluruh kaum Muslimin untuk sama-sama bahu-membahu, bersungguh-sungguh mengerahkan seluruh tenagadalam rangka untuk mengembalikan semula Daulah Khilafah dan meraih kembali kemuliaan yang telah hilang dari umat Islam. Anda boleh memilih sama ada untuk terus berdiam diri dan kekal dalam kehinaan atau menyahut seruan ini dan meraih kemuliaan dunia dan akhirat.