SN347 – TEMPOH WAKTU KEPIMPINAN DALAM ISLAM

SN keluaran 19 April 2013


 
TEMPOH WAKTU KEPIMPINAN DALAM ISLAM

 

[SN347] Sistem demokrasi mengajar penganutnya bahawa tempoh pemerintahan sesuatu kerajaan itu bersifat terbatas dengan waktu tertentu. Di Amerika Syarikat contohnya, seseorang presiden itu hanya boleh dilantik untuk satu penggal (4 tahun) sahaja dan tidak dibenarkan memerintah lebih dari dua penggal. Di United Kingdom, waktu pemerintahan dibataskan kepada 5 tahun di mana satu pilihan raya mesti diadakan setiap 5 tahun. Begitulah juga keadaannya di Malaysia selaku bekas tanah jajahan British yang menetapkan tempoh maksimum pemerintahan kepada 5 tahun. Para penganut demokrasi tidak pernah mempersoalkan sama ada tempoh waktu yang ditetapkan oleh si kafir Lord Reid ini bertepatan dengan Islam atau tidak. Selama puluhan tahun, berapa banyak daripada gerakan Islam yang bergelumang dengan sistem kufur demokrasi tidak pernah mempedulikan hal ini. Lebih buruk, ada yang berhujah bahawa tempoh ini tidak menyalahi Islam kerana Islam tidak pernah menetapkan tempoh tertentu untuk pemerintahan. Benarkah hujah ini?

Tempoh Kepemimpinan Dalam Islam

Sesungguhnya pemerintah dalam Islam itu ialah Khalifah, bukan raja, presiden atau perdana menteri dan kepemimpinan (jawatan) Khalifah tidak mempunyai tempohtertentu yang dibatasi dengan waktu empat atau lima tahun atau sebagainya. Seseorang Khalifah itu sah menjadi Khalifah apabila ia dibai’at oleh umat Islam dan pembai’atannya itu dilakukan atas dasar untuk beliau menerapkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Justeru, selamaKhalifah masih tetap menjaga syariat, menerapkan hukum-hukum Allahserta mampu untuk melaksanakan pelbagai urusannegara dan tanggung jawab kekhilafahan, maka ia tetap sahmenjadi Khalifah. Teks bai’at yang terdapat di dalam hadis-hadissemuanya bersifat mutlak dan tidak terikat denganjangka waktu tertentu. Antaranya hadis riwayat Imam al-Bukhari dari Anas bin Malik, dari Nabi SAW yang bersabda, “Dengar dan taatilah pemimpin kalian sekalipun yangmemimpin adalah seorang hamba yang kepalanyaseperti zabib”. Dalam riwayat lain, yakni oleh Imam Muslim dari jalanUmmu al-Husain, dinyatakan, “(selama) ia masih memimpin kalian sesuai dengan Kitabullah.”

Di samping itu, Khulafa’ Rasyidin masing-masing telahdibai’at dengan bai’at yang bersifat mutlak, sebagaimana yang tercantum di dalam sejumlah nas. KeKhalifahan mereka tidakpernah dibatasi dengan tempohwaktu tertentu. Masing-masing dariKhulafa’ Rasyidin itu memimpin sejak dibai’at sehinggalah mereka meninggaldunia. Dengan demikian, hal itu telah menjadi Ijmak Sahabat yang menunjukkan bahawajawatan keKhalifahan tidak mempunyai masa tertentu, tetapibersifat mutlak. Kerana itu, jika seorang Khalifahdibai’at, ia kekalmenjadi Khalifahsehinggalah ia meninggal dunia atau ada sebab-sebab lain yang menyebabkan jawatannya gugur secara syar’ie.

Apabila terjadi sesuatu yangmengakibatkan Khalifah dilucutkan jawatan atau yang mewajibkan dirinyadigugurkan, maka ia akan dipecat dan tempoh jawatannya berakhir dengan serta-merta. Namundemikian, pemecatan dirinya bukanlah pembatasan masakekhilafahan, tetapi hanya merupakan kejadian berupa rosaknya syarat-syarat kekhilafahan yang menyebabkan tempohnya berakhir. Ini adalah kerana bentukbai’at yang telahditetapkan berdasarkan nas dan Ijmak Sahabat dengan jelas tidak membataskan tempoh seseorang menjadi Khilafah. Jika ingin dikatakan terbatas sekalipun, jawatanKhalifah itu boleh dikatakan “dibataskan” oleh sesuatu yang menjadi dasar pembai’atannya, iaitu penerapan Kitabullah danSunnah Rasulullah, yakni jika Khalifah tidak lagi menerapkan hukum Allah, maka ia wajib dipecat dan berakhirlah tempohnya.

Umat Tidak Berhak Memberhentikan Khalifah

Sekalipun umat yang mengangkat Khalifah dan membai’atnya, namun umat tidak memiliki hak atau bidang kuasa untuk memberhentikan Khalifah, selama akad bai’at kepadanya dilaksanakan secara sempurna berdasarkan ketentuan syarak. Ini kerana banyaknya hadis sahih yang mewajibkan ketaatan kepada Khalifah, sekalipun Khalifah ada melakukan kemungkaran, bertindak zalim dan memakan hak-hak rakyat. Khalifah itu wajib ditaati selama mana dia tidak memerintah kepada maksiat dan tidak jelas-jelas kufur. Dari Auf Bin Malik yang berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘sebaik-baik pemimpin adalah mereka yang kalian cintai dan mereka pun mencintai kalian; mereka mendoakan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Seburuk-buruk pemimpin ialah mereka yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian; kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.’ Ditanyakan kepada Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah, tidakkah kita perangi saja mereka itu?’ Baginda menjawab, ‘Jangan, selama mereka masih menegakkan solat (menegakkan hukum Islam) di tengah-tengah kalian. Ingatlah, siapa saja yang diperintah oleh seorang penguasa, lalu ia (penguasa itu) melaksanakan suatu kemaksiatan kepada Allah, maka hendaknya dia membencinya, yang merupakan kemaksiatannya kepada Allah saja dan janganlah sekali-kali melepaskan tangannya dari ketaatan kepadanya.”

Hadisini dan banyak lagi hadis-hadis lainnya yang menjelaskan kedudukan seseorang Khalifah melakukan sesuatu yang menampakkan seolah-olah dia mesti diberhentikan, namun sebaliknya Rasulullah SAW memerintahkan kaum Muslimin untuk taat kepadanya serta bersabar terhadap kezalimannya. Semuanya ini menunjukkan bahawa umat tidak berhak untuk memberhentikan Khalifah. Selain itu, terdapat hadis di mana Rasulullah SAW pernah menolak permintaan untuk melepaskan bai’atdaripada seorang Arab Badwi. Dari Jabir bin Abdullah ra berkata,“Bahawa ada seorang Arab Badwi yang telah membai’at Rasulullah SAW, suatu ketika ia menderita sakit, kemudian ia berkata, ‘Kembalikanlah bai’atkukepadaku.’ Ternyata baginda SAW menolaknya. Lalu dia datang (lagi) dan berkata, ‘Kembalikanlah bai’atkukepadaku.’ Baginda tetap menolaknya. Kemudian orang itu pergi. Lantas baginda bersabda, “Madinah ini seperi tungku besi, ia menghilangkan debu-debu yang kotor dan membuatkan cemerlang orang-orang yang baik.”

Semuanya nas ini menunjukkan bahawa kalau bai’at telah terjadi (antara penguasa dan umat), maka bai’at tersebut mengikat kedua-duapihak yang melakukannya. Ini berertitidak ada hak bagi umat untuk memberhentikan Khalifah, kerana mereka tidak berhak untuk melepaskan bai’atnya. Oleh kerana kaum Muslimin tidak boleh untuk menarik kembalibai’at mereka, maka mereka tidak berhak untuk memberhentikan Khalifah. Walaupun umat tidak berhak memberhentikan Khalifah, namun syarak telah menjelaskan bilakahseseorang Khalifah itudianggap berhenti dengan sendirinya dan bilakah ia mesti diberhentikan.

Pemberhentian/Pemecatan Khalifah

Jika Khalifahtelah kehilangan satu dari tujuh syurutin‘iqad(syarat-syarat sah pelantikan) makasecara syar’ienya ia tidak boleh lagi terus menduduki jawatan kekhalifahan.Dalam keadaan ini ia mesti dipecat.Keadaan-keadaan tersebut adalah:-

Pertama: Kalau Khalifah murtad (keluar) dari Islam. Ini kerana“Islam” merupakan salah satu syarat pengangkatan Khalifah. Bahkan ini merupakan syarat utama dan syarat untuknya terus boleh menjadi Khalifah. Siapa sahaja yang murtad dari Islam (menjadi kafir) maka ia wajib dibunuh sekiranya tidak bertaubat dan kembali kepada Islam. Orang kafir tidak boleh menjadi penguasa atas kaum Muslimin. Demikian juga tidak diperbolehkan bagi orang kafir itu memiliki jalan untuk menguasai orang-orang Mukmin berdasarkan firman Allah SWT, “Dan Allah sekali-kali tidak menjadikan jalan bagi orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang Mukmin” [TMQ an-Nisa’ (4):141]. Firman Allah yang lain, “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan ulilamri dari kalangan kamu” [TMQ an Nisa’ (4):59]. Lafaz minkum (dari kalangan kamu – orang Islam) bersamaan dengan kata ulilamri tersebut merupakan pernyataan yang tegas tentang adanya syarat “Islam” bagi seorang waliyulamri(penguasa). Kalau dia telah menjadi kafir, maka dia tidak lagi menjadi sebahagian minkum. Dengan kata lain, sifat yang disyaratkan oleh al-Quran bagi seorang waliyulamri iaitu wajib“Islam” telah hilang darinya. Kerana itu, Khalifah akan dipecat dari jawatannya jika ia murtad.

Kedua: Kalau Khalifahmenjadi gilayang tidak dapat disembuhkan. Ini kerana akal merupakan salah satu syarat pengangkatan Khalifah, disamping hal itu juga merupakan syurutulistimrar (syarat keberlangsungan)untuk akad tersebut. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW,“Diangkat pena (tidak dibebankan hukum) atas tiga golongan (antaranya) orang gila sampai ia sembuh…” Di dalam riwayat lain, “…orang gila hingga iapulih.”Siapa sahaja yang diangkat pena atasnya, maka dia tidak sah untuk mengurusi urusannya sendiri, apatah lagi menjadi Khalifahuntuk mengurusi urusan orang lain.

Ketiga:Khalifah telah kehilangan sifat’adalah (adil)nya, iaitu telah melakukan kefasikan secara terang-terangan. Inikerana’adalah merupakan salah satu syarat pengangkatan Khalifah, bahkan hal itu merupakan syarat keberlangsungan (syurutulistimrar) akadnya.

Keempat:Khalifah berubah kelaminnya menjadi perempuan. Hal ini kerana salah satu syarat akad pengangkatan Khalifah bahkan menjadi syurutulistimrarakad tersebut adalah mesti seorang lelaki. Rasulullah SAW bersabda, “Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan) mereka kepada seorang wanita.”

Kelima:Khalifah tidak lagi mampu melaksanakan tugas-tugas kekhilafahankerana suatu sebab, baik kerana cacat anggota tubuhnya atau kerana sakit kuat yang tidak dapat diharapkan kesembuhannya. Inikerana akad kekhalifahan merupakan akad untuk melaksanakan tugas-tugas kekhilafahan, sehingga kalau tidak mampu melaksanakan apa yang menjadi konsekuensi dari akadnya, maka wajib diberhentikan. Keadaan ini hampir sama dengan orang yang tidak wujud. Selain itu, ketidakmampuannya melaksanakan tugas yang dipikul akan mengakibatkan terabainyaurusan-urusan agama dan kemaslahatan kaum Muslimin.

Keenam: Adanya tekanan suasana yang menyebabkan Khalifah tidak mampu lagi menangani urusan kaum Muslimin menurut pendapatnya sesuai dengan hukum syarak. Jika ada orang yang menekan atau menguasai Khalifah sehingga ia tidak mampu lagi mengurusi kemaslahatan kaum Muslimin dengan kekuatannya sendiri sesuai dengan hukum-hukum syarak, maka secara de jureKhalifah dianggap tidak mampu melaksanakan tugas-tugas kekhilafahan dan mesti diberhentikan. Hal ini boleh berlaku dalam dua keadaan, jika syaratnya dipenuhi seperti di bawah:-

(i)    Jika ada seseorang atau sekelompok orang di antara para pendamping Khalifah menguasai beliau lalu memberikan arahan-arahan tertentu, menekan beliau bahkan dapat menundukkan beliau agar menurut perintah mereka, sehingga Khalifah tidak dapat melawan dan terpaksa melaksanakan kehendak-kehendak mereka, maka dalam keadaan semacam ini ia harus dinilai – kalau sekiranya masih ada harapan melepaskannya dari tekanan mereka dalam waktu yang singkat, maka pemberhentian Khalifah boleh ditunda. Lalubeliau dijauhkan dari orang tersebut dan dihindarkan dari kongkongan kekuasaan mereka. Jika usaha ini berjaya, maka jawatannya diteruskan. Akan tetapijika gagal, maka Khalifah wajib diberhentikan.

(ii)    Jika Khalifah dikuasai atau ditawan iaitu jatuh di bawah kekuasaan dan cengkaman musuh dan digerakkan oleh musuh sesuka mereka sehingga Khalifah tidak lagi dapat mengatur urusan kaum Muslimin sebagaimana yang ia kehendaki, maka dalam keadaan ini ia harus dinilai – kalau masih ada harapan untuk melepaskannya dari tawanan atau kekuasaan musuh dalam jangka waktu yang singkat, maka pemberhentiannya ditunda. Jika tidak, maka Khalifahmesti diberhentikan.

Ini kerana, dalam kedua-dua keadaan di atas, secara de jure Khalifah sudah tidak mampu melaksanakan tugas-tugas kekhilafahan dengan sendirinya berdasarkan hukum-hukum syarak sehingga dia dinilai seperti orang yang tidak wujud. Walaupun dia sebenarnya wujud, tetapi hakikatnya dia sudah tidak mampu melaksanakan apa yang menjadi konsekuensi akad kekhilafahan yang diberikan kepadanya.

Demikianlah keadaan dalam sistem Islam berkenaan pemberhentian seseorang pemimpin (Khalifah) atau dengan kata lain, keadaan di mana pemerintahan mengalami ‘kekosongan’. Jika keadaan tersebut tidak wujud, maka seseorang Khalifah itu hendaklah kekal memerintah dan wajib ditaati oleh kaum Muslimin. Hal ini sama sekali tidak sama dengan sistem demokrasi yang menetapkan “kosongnya” pemerintahan setelah tamat tempoh tertentu. Sesungguhnya Islam tidak mengenal “pembubaran Parlimen” dan sungguh batillah hujah orang yang mengambil demokrasi dan mengatakan bahawa Islam tidak merincikan hukum tentang tempoh pemerintahan. Bagaimana mungkin mereka menerima ketetapan (tempoh pemerintahan) lima tahun yang jelas-jelas diajar oleh Lord Reid dengan alasan bahawa Islam tidak menetapkan/mengajar tentang jangka waktu sesebuah pemerintahan? Sedangkan betapa banyak nas yang membincangkan tentang hal ini. Alangkah jauhnya mereka dari kebenaran!

Satu lagi persoalan penting yang perlu difahami adalah, jika umat tidak berhak memberhentikan Khalifah, siapakah yang berhak melakukannya? Jawapannya, satu-satunya pihak yang memiliki hak atau kuasa untuk menetapkan pemberhentian Khalifah adalah Mahkamah Madzalim. Mahkamah Madzalimlah yang berkuasa menentukan apakah seseorang Khalifahitu telah hilang syarat kelayakan (in’iqad) atautidak. Ini kerana, terjadinya suatu perkara yang menyebabkan Khalifah diberhentikan atau yang mewajibkan pemecatannya merupakan suatumadzlimah (kezaliman) di antara pelbagai kezaliman yang mesti dihilangkan. Apatah lagi dalam keadaan di mana umat melihat bahawa Khalifah itu wajib dipecat tetapi Khalifah sendiri memandang sebaliknya. Perkara ini merupakan perkara yang memerlukan penetapan(kata putus) dan penetapan ini mestilah dilakukan di hadapanqadhi/hakim. Dalam sistem pemerintahan Islam, Mahkamah/QadhiMadzalim adalah pihak yang berhak memutuskan/menyelesaikan persengketaan atau kezaliman ini.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya demokrasi itu adalah sistem kufur yang jelas lagi nyata bertentangan dengan Islam dari akar hinggalah ke pucuknya. Justeru, tinggalkanlah sistem kufur yang rosak lagi merosakkan ini. Sistem ini diajar oleh penjajah kuffar kepada kita agar kita tidak kembali ke sistem Islam yang sebenar yakni sistem Khilafah. Penjajah mengajar kita bahawa jawatan kepimpinan itu berakhir setelah lima tahun dan satu pilihan raya hendaklah diadakan bagi melantik pemimpin yang baru, dengan sistem yang sama. Islam mengajar kita bahawa kita tidak boleh mencabut atau memberhentikan seseorang pemimpin selama mana ia menerapkan hukum Allah. Jika ia tidak menerapkan hukum Allah, maka kita wajib memuhasabahnya untuk kembali ke landasan yang benar. Namun jika pemerintah mengambil sistem kufur (demokrasi) dan tidak mengambil sistem Islam (Khilafah), maka pemerintahan ini wajib diganti dengan thariqah (jalan) yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, bukannya dengan jalan pilihan raya yang ditunjukkan oleh Lord Reid. Wallahua’lam.