SN504 – Al-Aqsa: Bumi Sucimu Hanya Akan Terbebas Dengan Jihad Dan Khilafah

PDF

SN Keluaran 5 Zulkaedah 1438H/28 Julai 2017

SN504 - Al-Aqsa: Bumi Sucimu Hanya Akan Terbebas Dengan Jihad Dan Khilafah?

[SN504] Untuk ke sekian kalinya, kaum Yahudi laknatullah, musuh Islam yang nyata, telah melakukan kejahatan ke atas al-Aqsa, tempat mi’rajnya Rasulullah SAW. Dalam insiden yang bermula pada pagi Jumaat 14/07/2017 itu, tiga orang pemuda yang berasal dari kota Umm al-Fahm telah syahid semasa pertembungan dengan polis Yahudi setelah mereka berjaya membunuh dua orang daripadanya. Ekoran daripada peristiwa tersebut, entiti Yahudi telah menutup Masjid al-Aqsa dan menghalang umat Islam bersolat Jumaat di situ, halangan pertama seumpamanya setelah 48 tahun. Tidak cukup dengan itu, mereka telah memasang peranti elektronik di pintu masuk al-Aqsa dan melakukan kawalan ketat yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Warga Palestin melakukan solat Jumaat di kawasan luar pagar sebagai tanda tidak mengiktiraf apa yang dilakukan oleh entiti haram Yahudi itu ke atas Masjid al-Aqsa. Umat Islam di pelbagai belahan dunia, termasuk Malaysia, turut melakukan demonstrasi dan mengecam kebiadaban Yahudi itu. Dalam masa yang sama, seperti biasa, beberapa pemimpin negara umat Islam hanya beretorik dan berlagak hero dengan mengutuk tindakan Yahudi tersebut.

Ya Allah! Betapa besarnya jenayah orang-orang Yahudi itu dan betapa besarnya dosa para penguasa yang tidak menggerakkan tentera untuk membebaskan Masjid al-Aqsa yang Engkau berkati. Sudah silih berganti penutupan, penodaan, pencerobohan dan sekatan demi sekatan dilakukan oleh kaum terkutuk itu di perkarangan Masjid al-Aqsa, di samping pembunuhan, penangkapan dan penyeksaan ke atas kaum Muslimin di tanah suci itu, namun para penguasa umat Islam tetap berdiam diri, malah tetap menjalin dan meneruskan hubungan intim dengan kaum terlaknat yang mencemari tempat suciMu.

Wahai Masjid al-Aqsa, tempat mi’rajnya Rasulullah SAW! Betapa dahsyatnya orang-orang Yahudi memperlakukanmu, namun lebih dahsyat lagi para penguasa umat Islam yang mengecewakanmu. Sesungguhnya Yahudi itu adalah makhluk Allah yang paling buruk, kerana itu mereka sanggup menodai kesucianmu dan menumpahkan darah di tanah sucimu. Mereka ingin membahagi-bahagikanmu kepada ruang waktu dan tempat agar mereka dapat menyembah syaitan di dataranmu sambil merendah-rendahkan penyembah-penyembah Allah di bumimu yang diberkati.

Wahai kaum Muslimin! Kaum Yahudi tidak akan berpeluang melakukan kerosakan dan kekacauan sedikit pun di Palestin dan Masjid al-Aqsa yang diberkati, jika para penguasa kalian tidak tunduk dan bersekongkol dengan mereka. Kaum Yahudi tidak akan berani melakukan apa-apa ke atas Palestin dan penduduknya dan masjid yang diberkati itu, jika tiada jaminan bahawa mereka tidak akan diapa-apakan oleh para penguasa kalian yang sudah tidak punyai malu dan maruah. Sungguh terang lagi jelas bahawa Yahudi merupakan makhluk Allah yang paling penakut, sebagaimana digambarkan oleh Allah SWT, “Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok” [TMQ al-Hashr (59):14].

Justeru, mereka tidak akan berani melakukan apa-apa ke atas tanah yang diberkati itu jika mereka tahu bahawa terdapat tentera Muslim di belakang Masjid al-Aqsa yang akan bertindak memusnahkan benteng-benteng sekali gus menghancurkan mereka. Sesungguhnya kaum Yahudi yang mencintai hidup (sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 96) itu tidak akan sanggup menghadapi satu kaum yang cintakan mati (syahid) yang sangat berharap untuk bertemu dengan Tuhannya, melainkan jika mereka (Yahudi) itu telah diberi jaminan oleh para penguasa khianat yang telah merantai para tentera kaum Muslimin daripada berjihad di jalan Allah untuk membebaskan tempat mi’raj Rasulullah SAW itu.

Betapa hina dan khianatnya para penguasa umat Islam yang telah membiarkan orang-orang Yahudi menyerang Palestin dan penduduknya yang tidak bersenjata. Merekalah para penguasa yang telah menjaga Yahudi dengan perisai-perisai keselamatan dari segenap penjuru, untuk melindungi Yahudi daripada kemarahan umat Islam. Manakala Pihak Berkuasa Palestin pula, masih tetap bekerjasama dan menyelaraskan pendudukan Yahudi di Palestin. Slogan-slogan mereka kononnya mengutuk jenayah yang dilakukan oleh kaum Yahudi itu, tetapi pada masa yang sama, merekalah yang menjadi penyelaras dan pemudah atur pendudukan Yahudi di bumi yang diberkati oleh Allah itu. Mereka telah menunjukkan ketundukan mereka kepada Yahudi dengan sentiasa memperbaharui seruan mereka untuk proses keamanan dengan kaum Yahudi yang telah mencelakakan mereka.

Sesungguhnya seluruh penguasa umat Islam telah mengkhianati al-Aqsa, tetapi mereka menonjolkan bahawa mereka adalah pembela al-Aqsa. Mereka telah memenjarakan para tentera, bukannya menggerakkan tentera untuk membebaskan bumi suci itu dan memberi kemenangan kepada Islam. Lebih buruk, mereka hanya menggerakkan para tentera untuk memerangi sesama Muslim, dalam rangka berkhidmat kepada tuan mereka, Amerika Syarikat.

Wahai Erdogan! Di manakah tentera Turki untuk membebaskan al-Aqsa? Bukankah al-Aqsa lebih dekat dengan anda berbanding Qatar yang anda ingin bantu itu?

Wahai al-Sisi! Di manakah tentera Mesir untuk membebaskan al-Aqsa? Anda telah menghantar mereka untuk mengebom Sinai dan Libya, tetapi anda terus diam, malah berbaik dengan Yahudi yang menjajah Palestin dan mencemari al-Aqsa.

Wahai Raja Salman! Di manakah tentera Arab Saudi yang anda gerakkan untuk menyerang Yemen dan mengugut Iran selama ini?

Wahai Rouhani! Di manakah tentera Iran yang anda persiapkan atas nama Tentera al-Quds yang penuh pembohongan? Kita melihatnya berada di Syria membunuh wanita dan anak-anak dan mempertahankan takhta si Basyar penjenayah.

Wahai Raja Abdullah! Di manakah tentera Jordan untuk membebaskan al-Aqsa yang anda dakwa (al-Aqsa) berada di bawah mandat anda?

Wahai Nawaz Sharif! Di manakah tentera Pakistan yang kekuatannya antara yang terbaik di dunia, yang anda pergunakan selama ini untuk berkhidmat kepada Amerika?

Wahai Najib Razak! Di manakah tentera Malaysia, yang selama ini cukup gah dipertontonkan semasa sambutan hari kemerdekaan?

Wahai seluruh penguasa umat Islam! Di manakah tentera anda untuk membebaskan al-Aqsa yang kini sedang dikepung dan dikawal oleh pasukan Yahudi yang kecil, lemah lagi pengecut?

Wahai para tentera, wahai umat yang mulia! Lenyapnya Palestin ialah setelah lenyapnya Daulah Khilafah yang menjadi penjaganya. Jika tidak kerana pengkhianatan para penguasa umat Islam, kaum Yahudi sudah pasti tidak akan dapat menduduki Palestin walaupun sehari, malah sejam pun tidak. Kalian telah dan sedang melihat bagaimana para penguasa ini tidak mahu, bukan tidak mampu, untuk mempertahankan al-Aqsa, kerana mereka hanya memilih untuk mempertahankan takhta masing-masing dengan berlumba-lumba untuk mendapatkan keredhaan dan berkhidmat kepada Amerika Syarikat. Justeru, kalian mengetahui bahawa kewujudan Yahudi sebenarnya adalah bergantung kepada kewujudan para penguasa ini, dan lenyapnya Yahudi adalah bergantung kepada lenyapnya para penguasa ini, dan pembebasan Masjid al-Aqsa hanya akan terjadi apabila umat Islam telah terbebas daripada para penguasa yang khianat ini.

Wahai para tentera! Berapa lama lagi kalian ingin terus menutup mata terhadap kejahatan Yahudi menodai tempat mi’rajnya Rasulullah SAW ini? Berapa lama lagi kalian akan terus memberi alasan bahawa para penguasa zalim telah merantai kalian, walhal kalian mampu memecahkan rantai tersebut dengan mudah? Berapa lama lagi kalian ingin menyaksikan kanak-kanak dan wanita Palestin menghadapi Yahudi dengan tubuh dan tangan yang kosong? Siapakah yang sepatutnya menghadapi tentera bacul Yahudi yang lengkap bersenjata ini, adakah kanak-kanak dan wanita yang tidak berdaya tersebut, atau kalian yang lengkap dengan senjata? Tidak malukah kalian kepada kanak-kanak dan wanita tersebut, yang sudah pasti akan mengadu kepada Allah SWT darihal kalian?

Wahai para tentera! Kami sudah lama hilang kepercayaan dan harapan kepada para penguasa yang khianat. Kenapakah kalian masih mentaati mereka, walhal kalian wajib mengingkari mereka kerana mereka telah mengkhianati Allah, RasulNya dan kaum Mukminin. Demi Allah! Amanah dan tanggungjawab pembebasan al-Aqsa kini berada di bahu kalian. Al-Aqsa telah lama memanggil kalian dan kalian mendengarnya, namun kalian tidak menyahut seruannya. Apakah jawapan kalian kepada Allah nanti? Untuk apa kalian menjadi tentera jika darah Salahuddin al-Ayubi tidak mengalir dalam tubuh-tubuh kalian? Untuk apa kalian menjadi tentera jika darah Muhammad al-Fatih tidak mengalir dalam diri-diri kalian? Untuk apa kalian menjadi tentera jika masuk syurga tanpa hisab bukan menjadi tujuan akhir kalian?

Wahai para tentera! Kalianlah satu-satunya yang tinggal yang menjadi harapan kepada umat ini. Umat ini merintih dan merayu kepada kalian siang dan malam dan tidak pernah berputus asa terhadap kalian walaupun mereka telah menanti hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun demi tahun, generasi demi generasi. Umat ini terus menunggu hingga munculnya Salahuddin al-Ayubi kedua yang akan membebaskan al-Aqsa. Maka, apakah tiada seorang pun daripada kalian yang ingin meraih kemuliaan tersebut, yang namanya akan diingat oleh penduduk bumi dan langit dan keharuman kekal sampai Kiamat?

Justeru, bangkitlah wahai para tentera untuk membuka semula al-Aqsa yang akan menggentar dan menggoncangkan Yahudi sehingga mereka merasakan kubur lebih selamat untuk mereka berbanding rumah-rumah mereka. Tidakkah kalian mahu menjadi orang yang disebut dan diabadikan kemuliaannya oleh Allah SWT di dalam al-Quran? “Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu (Yahudi) dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa sahaja yang mereka kuasai” [TMQ al-Isra (17):7]. Oleh itu, bersegeralah wahai para tentera kepada apa yang akan memberi kemuliaan dan keredhaan Allah terhadap kalian. Dengan ini, kalian akan meraih dua kemenangan, di dunia dan akhirat.

Wahai warga Palestin yang dikasihi, wahai para perwira Baitul Maqdis! Bersabarlah, bersabarlah, bersabarlah. Ketahuilah bahawa kami sedang memerhatikan kalian dan mengikuti perkembangan kalian. Kami sedang melihat kalian dan sungguh kagum dengan keimanan serta keteguhan kalian. Kami yakin bahawa suatu hari, kesabaran dan keteguhan kalian itu akan memberi inspirasi dan motivasi kepada satu pasukan yang akan muncul dan datang membebaskan kalian dan masjid yang kalian bersolat di dalamnya. Pada waktu itu, tidak ada lagi orang yang dapat mengalahkan kalian, “Jika Allah menolong kalian, maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kalian. Jika Allah membiarkan kalian (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kalian (selain) daripada Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang Mukmin bertawakal” [TMQ Ali Imran (3):160].

Sesungguhnya kekuatan dan kemenangan itu adalah milik Allah dan Dia akan memberikannya kepada siapa yang Dia mahu. Sekuat mana sekalipun Yahudi, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu mereka, malah jika seluruh dunia bergabung bersama mereka untuk memerangi kaum Muslimin, semuanya itu tidak akan mampu untuk melawan kehendak dan kekuatan Allah SWT, “Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya” [TMQ Yusuf (12):21]. Allah SWT telah berjanji untuk memberikan kemenangan itu kepada siapa yang berjihad di jalanNya. Maka, apa yang perlu dilakukan oleh tentera kaum Muslimin ialah usaha (jihad), kerana Allah SWT tidak akan bertanya tentang kemenangan, tetapi akan bertanya tentang usaha yang dilakukan untuk meraih kemenangan tersebut. FirmanNya, “Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka serta melegakan hati orang-orang yang beriman” [TMQ al-Taubah (9):14]. Maka yakinlah dengan janji Allah wahai para tentera dan bergeraklah untuk meninggikan syiar Allah kerana sesungguhnya kemenangan sedang menanti kalian.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya tidak ada jalan lain untuk membebaskan al-Aqsa kecuali dengan jihad fi sabilillah. Khalifah Umar al-Khattab telah membukanya dengan jalan jihad. Begitu juga dengan Salahuddin al-Ayubi yang telah menawan kembali kota suci itu dengan jalan jihad. Maka teruskanlah seruan jihad kalian kepada para tentera umat ini agar suatu hari nanti, yang Insya Allah hari itu tidak jauh, seruan ini akan disahut oleh panglima yang mencintai Allah dan RasulNya, dan Allah dan RasulNya mencintai panglima ini. Hadapilah semua kesulitan hari ini dengan penuh kesabaran dan harapan kerana ingatlah bahawa sesudah kesulitan itu akan ada kemudahan (kemenangan). Itulah janji Allah dan Allah sekali-kali tidak akan memungkiri janjiNya. Hizbut Tahrir berjuang siang dan malam dengan seluruh kemampuan dan kekuatan yang ada, untuk mendirikan kembali Daulah Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah, yang dengan tegaknya kembali entiti agung umat Islam ini sedikit masa lagi, Insya Allah Khalifah tidak akan menangguh walau sesaat pun untuk menghantar bala tentera yang tidak takut kecuali kepada Allah, untuk membebaskan al-Aqsa dan mencapai kemenangan dengan izin Allah. Hasbunallah wa Ni’mal Wakil, Ni’mal Maula wa Ni’mal Nasir.