Soal Jawab : India dan Pakistan dan Gencatan Senjata

بسم الله الرحمن الرحيم

Soal Jawab

India dan Pakistan dan Gencatan Senjata

[Terjemahan]

Soalan:

Pada hari Sabtu (semalam) Trump secara mengejutkan mengumumkan dalam satu posting di akaunnya di platform Truth Social, “Setelah melalui perbincangan di malam yang panjang, yang mana Amerika Syarikat menjadi perantara (mediator), saya dengan sukacita mengumumkan bahawa India dan Pakistan telah bersetuju untuk melakukan gencatan senjata segera dan menyeluruh” dengan Trump memuji kedua-dua negara kerana “menggunakan akal yang sihat dan keintelektualan yang tinggi…” [Al-Jazeera, 11/5/2025].

Ketegangan antara India dan Pakistan meningkat rentetan serangan ke atas para pelancong di Lembah Baisaran dalam daerah Pahalgam, Jammu dan Kashmir yang berada di bawah pentadbiran India, pada 22 April 2025. Serangan tersebut mengorbankan 25 warga India dan seorang warga Nepal.

Pada 23 April 2025, India mengumumkan penggantungan Perjanjian Perairan Indus 1960, sebagai sebahagian daripada langkah hukuman terhadap Pakistan. Sebagai balasan, Pakistan mengumumkan penggantungan Perjanjian Simla 1972 yang mengatur hubungan bilateral kedua-dua negara tersebut.

Pada 7 Mei, India mengumumkan operasi militer yang dinamakan “Operasi Sindhur”, kemudian Pakistan bertindak balas, dan sekarang, sebagaimana yang diumumkan oleh Trump bahawa peranannya sebagai perantara telah berhasil mencapai gencatan senjata.

Apakah yang sebenarnya berlaku di sebalik ketegangan dan konflik ini? Apakah sebenarnya Perjanjian Perairan Indus yang digantung sementara oleh India tersebut? Adakah Amerika terlibat dalam memulai dan menghentikan serangan?

Jawapan:

Supaya jawapan kepada soalan-soalan tersebut jelas, adalah perlu untuk meninjau kembali fakta-fakta berikut:

  1. Parti Bharatiya Janata, yang berkuasa di India di bawah kepemimpinan Atal Bihari Vajpayee dari tahun 1998 hingga 2004, dan kemudian kembali berkuasa di bawah kepemimpinan Narendra Modi pada tahun 2014 (setelah 10 tahun pemerintahan Parti Kongres yang pro-British) merupakan sebuah parti yang pro-Amerika. Parti ini menjadi sebahagian daripada strategi Amerika di Eurasia bagi menghadapi dan menyekat kemaraan China.

Sangat jelas bahawa kepentingan mendesak Amerika di Timur Jauh berada di belakang kemenangan Modi 2014, seorang Hindu yang fanatik, dan Amerika terus mendukungnya hingga kini. Narendra Modi sentiasa merealisasi kepentingan Amerika, sama ada dalam isu penggabungan paksa (annexation) Kashmir pada tahun 2019, atau pertembungan sempadan India dengan China pada tahun 2014, 2017 dan 2020, atau di Afghanistan, atau dalam usaha menggagalkan Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC).

  1. Setelah Modi berkuasa di India pada tahun 2014, Amerika secara efektif menggunakan India untuk meningkatkan tekanan terhadap China, menyekat kemaraannya, menghalang China daripada mengendalikan wilayah sekitarnya, dan cuba mengurung China di dalam wilayahnya sendiri. Hal ini terlihat jelas sejak Amerika mengumumkan perang ekonomi terhadap China. Trump telah mengenakan tarif yang tinggi terhadap barang-barang dari China. Trump bertujuan melemahkan ekonomi China melalui tarif tambahan ini.

Berita tersebar bahawa perusahaan teknologi besar seperti Apple merancang untuk memindahkan kilang mereka ke India susulan kenaikan tarif yang tinggi. “Apple mendedahkan yang pihaknya merancang untuk memindahkan pemasangan semua iPhone yang dijual di Amerika, ke India, menurut laporan Financial Times” [Euronews, 26/4/2025]. Demikianlah, sebagai sebahagian daripada strateginya untuk menghadapi China, Amerika berusaha mengukuhkan kedudukan India sebagai sebuah kekuatan ekonomi dan militer di rantau tersebut.

  1. Perancangan ini memerlukan Amerika, dari satu sisi, mendukung India dengan pelbagai sarana kekuatan militer dan ekonomi, dan dari sisi lain, menyelesaikan masalah-masalah India dengan Pakistan, yang mana kedua-dua rejim (India dan Pakistan) adalah pro-Amerika dan agen Amerika., yang dengan cara itu, India boleh fokus kepada China:

Mengenai aspek pertama, Amerika mendukung India dan militernya dalam segala hal seperti memindahkan teknologi nuklearnya ke India. Berkenaan isu menghadapi China, hal ini amat ketara ketika pertemuan Trump dengan Perdana Menteri India di Washington: “Kedua-dua pemimpin membincangkan pengukuhan pakatan keselamatan Quad (Quadrilateral Security Dialogue) di kawasan Asia-Pasifik, yang turut mencakupi Jepun dan Australia. India dijadualkan menjadi tuan rumah kepada pertemuan para pemimpin kumpulan tersebut akhir tahun ini, yang dipandang sebagai pengimbang kepada aktiviti militer China yang semakin meningkat” [Reuters, 14/2/2025].

Aspek kedua adalah lebih menonjol berhubung masalah-masalah ini:

  • Kewujudan pasukan tentera Pakistan di sempadan yang menyebabkan terhalangnya pergerakan pasukan India ke perbatasan China. Oleh itu, Amerika telah mendorong Pakistan untuk memindahkan pasukannya dari perbatasan India ke (i) wilayah persukuan di Waziristan untuk memerangi Taliban-Pakistan, (ii) Baluchistan untuk memerangi Tentera Pembebasan Baluchistan, dan (iii) perbatasan Afghanistan. Ini bagi membolehkan India bergerak bebas untuk menghadapi China dan memindahkan pasukannya ke sempadan China, bukannya menempatkan pasukannya di sempadan Pakistan.

Kemudian, Amerika mulai meminta Pakistan memberikan konsesi demi konsesi kepada India dalam memudahkan penarikan pasukan India dari menghadapi Pakistan dan menempatkannya untuk menghadapi China. Untuk tujuan itu, sebagaimana yang telah kami katakan, Pakistan telah memindahkan banyak pasukan militernya dari sempadan India dan mengerahkan mereka kepada peperangan dalaman di Pakistan untuk melawan kelompok-kelompok jihad, sekali gus melawan kumpulan Taliban di Afghanistan.

  • Konflik sekitar Kashmir, yang mana India telah memasukkannya ke dalam pentadbirannya secara paksa (annexation) melalui keputusannya pada 5/8/2019. Kami telah menyebut hal ini dalam Soal Jawab pada 18/8/2019 seperti berikut:

[Tidak lama setelah peristiwa 11 September 2001, pentadbiran Bush telah memfokuskan kepada India. Sebahagian besar tindakan Amerika diarahkan kepada merapatkan jurang kekuatan militer antara India dan China, selaras dengan program Amerika. Antaranya ialah melalui perjanjian nuklear Amerika dengan India.

Amerika melihat bahawa ketegangan tentang isu Kashmir antara India dan Pakistan melemahkan konfrontasi India terhadap China. Untuk mengatasi ketegangan ini, Amerika memulai proses normalisasi antara India dan Pakistan. Tujuan normalisasi tersebut ialah untuk meneutralkan pasukan India dan Pakistan agar tidak berperang antara satu sama lain disebabkan isu Kashmir, lalu lama-kelamaan mengarahkan usaha menuju kerjasama dengan Amerika dalam menyekat kebangkitan China.

Amerika mengira bahawa penggabungan paksa (annexation) Kashmir ke dalam India dan tekanan Amerika terhadap rejim di Pakistan dalam mencegah Pakistan daripada bertindak secara militer serta merubah pendekatan kepada dialog, akan menamatkan isu Kashmir dan dapat mencegah konflik militer di antara India dan Pakistan. Hal ini sebagaimana perkiraan Amerika terhadap autoriti Abbas di Palestin dan negara-negara Arab di sekitarnya, yang tidak berlaku konflik militer dengan entiti Yahudi tatkala Yahudi menduduki dan merampas apa sahaja yang mereka ingini dari Palestin!

Demikianlah, perancangan tersebut berjalan melalui Modi yang memulainya dengan usaha menggabungkan secara paksa Jammu dan Kashmir dan berusaha merubah demografinya. Ini diikuti dengan keputusannya pada 5/8/2019 untuk menghapuskan Fasal 370 dari perlembagaan India mengenai Kashmir…”] Tamat.

Amerika mengira bahawa annexation tersebut akan membuatkan kaum Muslimin melupakan Kashmir, sekali gus masalah India dan Pakistan dapat diselesaikan, memandangkan kedua-dua rejim tersebut ketika ini berjalan di atas garisan Amerika. Amerika dan India lupa, atau pura-pura lupa, bahawa Kashmir sentiasa ada di hati kaum Muslimin dan akan kembali ke tangan kaum Muslimin dengan izin Allah.

  • Masalah pembahagian air dengan Pakistan. India ingin menyemak semula Perjanjian Perairan Indus yang sedia ada. India telah lama berusaha untuk menyemak perjanjian ini, yang ditandatangani pada tahun 1960 dengan Bank Dunia sebagai perantara pada waktu itu. Selama sembilan tahun India berusaha menyemaknya atas alasan pertumbuhan populasi yang pesat.

Pakistan bagaimana pun menolak sebarang rundingan semula mengenainya. India Today melaporkan, dengan mengutip sumber informasi yang tidak disebutkan namanya, bahawa “India telah menghentikan aliran air dari Empangan Baglihar di Sungai Chenab (yang mengalir) ke Pakistan. Akhbar itu turut memberi isyarat bahawa India juga merancang untuk menghentikan aliran air dari Empangan Kishanganga di Sungai Jhelum” [Anadolu Agency, 5/5/2025].

Dengan melihat kepada penggantungan perjanjian secara sepihak oleh India dan tuntutannya yang berterusan selama bertahun-tahun agar perjanjian tersebut disemak semula, keputusan kerajaan Modi untuk menggantung perjanjian tersebut setelah serangan Pahalgam dapat ditafsir sebagai usaha untuk menekan Pakistan agar menerima tuntutan semakan semula tersebut. “Dalam beberapa tahun terakhir, pemerintahan Perdana Menteri India Narendra Modi telah berusaha untuk merunding kembali perjanjian tersebut, dan kedua-dua negara telah berusaha menyelesaikan sebahagian perselisihan mereka di Permanent Court of Arbitration di The Hague, mengenai saiz kawasan simpanan air di loji kuasa hidro Kishinganga dan Ratle…” [Arabi21, 27/04/2025].

Perlu diperhatikan bahawa Perjanjian Perairan Indus merupakan sebuah perjanjian pembahagian air antara India dan Pakistan. Perjanjian tersebut disediakan dan dirunding di bawah tajaan Bank Dunia. Upacara penandatanganan perjanjian penting ini terjadi di Karachi pada 19 September 1960. Melalui perjanjian ini, Pakistan diberikan hak untuk menggunakan air dari tiga sungai di bahagian barat Lembah Indus (Sungai Jhelum, Sungai Chenab, dan Sungai Indus itu sendiri). Manakala India memiliki kawalan penuh ke atas air dari tiga sungai di bagian timur (Sungai Sutlej, Sungai Beas, dan Sungai Ravi).

  • Gerakan-gerakan jihad di Kashmir menimbulkan kekhuatiran kepada India. Jadi, Amerika ingin memprovokasi perang di Kashmir sebagai alasan bagi membolehkan India melakukan serangan ke atas gerakan-gerakan tersebut, dan dalam masa yang sama berusaha melibatkan rejim Pakistan untuk melakukan serangan yang sama ke atas gerakan-gerakan tersebut di Pakistan. Hal itu terjadi dalam dua fasa:

Fasa pertama: mencipta (fabricate) serangan di Kashmir, lalu menisbahkannya kepada gerakan-gerakan jihad tersebut, dan menggunakannya sebagai justifikasi untuk melakukan operasi militer besar-besaran terhadap pusat-pusat gerakan tersebut di Pakistan, sebagaimana tuduhan mereka…dan menggunakannya sebagai justifikasi untuk melakukan operasi militer terhadap akar-akar gerakan tersebut di Kashmir, dan juga terhadap kaum Muslim di Kashmir, dalam rangka membunuh atau mengusir kaum Muslimin atas alasan dukungan kaum Muslimin terhadap gerakan-gerakan jihad tersebut. Hal ini sama sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Yahudi di Gaza melalui pembantaian yang mereka lakukan terhadap warga Gaza atas alasan kaum Muslimin Gaza mendukung penentangan oleh gerakan jihad tersebut. Seterusnya mempermalukan (baca: menyalahkan) rejim di Pakistan kerana tidak menolong Kashmir sedangkan serangan itu dimulai oleh gerakan-gerakan jihad itu!

Demikianlah, dengan perintah Amerika, India memulai serangan yang dicipta ini di Kashmir. Bukti atas hal ini ialah:

  • Serangan terhadap para pelancong pada 22/4/2025 di Lembah Baisaran, daerah Pahalgam, Kashmir (di bawah pentadbiran India) ini, didakwa oleh India sebagai dilakukan oleh kelompok militan yang didukung Pakistan. Sedangkan Pakistan menafikannya. Serangan itu terjadi ketika Naib Presiden Amerika, J D. Vance berada di New Delhi. “Naib Presiden Amerika, J.D. Vance tiba di India pada hari Isnin, memulai kunjungan empat hari yang mana selama kunjungannya itu dia akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Narendra Modi” [Bahrain News Agency, 21/4/2025]. India telah mengambil semua langkah awal untuk melawan Pakistan, termasuk menggantung Perjanjian Pengairan Indus, selama keberadaan Naib Presiden Amerika di New Delhi. Hal ini menunjukkan koordinasi Amerika dengan India, yang mana sama sekali tidak boleh dianggap bahawa semua ini berlaku secara kebetulan sahaja.
  • Ketergesaan pemerintah India menuding Pakistan sejurus terjadinya serangan pada 22 April tersebut, iaitu hanya beberapa minit sahaja selepas serangan, tanpa apa-apa siasatan atau penelitian terlebih dahulu. Tudingan itu dilakukan meskipun Pakistan menuntut siasatan antarabangsa atas insiden tersebut. Lebih-lebih lagi, media India dengan cepat menuding TRF (The Resistance Front ), sayap kepada LeT (Lashkar-e-Taiba), meskipun kelompok tersebut menafi bertanggungjawab atas serangan itu. Semua itu menunjukkan adanya “peringkat-peringkat” operasi yang telah diatur lebih awal. “TRF mengaku bertanggung jawab atas serangan tersebut melalui media sosial, tetapi kemudian menafikannya atas alasan penggodaman (hacking)” [24.net, 30/04/2025].

Kemudian bermulalah fasa kedua, di mana India melancarkan serangan terhadap Pakistan menggunakan peluru berpandu pada 6/5/2025. Serangan dilancarkan tidak hanya ke atas Kashmir (bahagian Pakistan) sebagaimana biasanya, tetapi India turut menyasarkan daerah Punjab. Pakistan tidak melakukan serangan balas ke dalam wilayah India, tetapi mencukupkan diri dengan pertembungan di sempadan sahaja dan menembak jatuh pesawat-pesawat India yang melewati sempadan.

India berusaha meringankan impak serangan terhadap Pakistan dengan mengatakan bahawa ia tidak menyerang sasaran-sasaran militer Pakistan tetapi hanya menyerang “teroris” sahaja [Al-Araby TV, 7/5/2025]. Pertembungan terus meningkat antara kedua-dua belah pihak. “Pertembungan hebat terjadi antara pasukan India dan Pakistan di sepanjang Garis Kawalan (Line of Control) di Kashmir. Letupan-letupan kedengaran di sepanjang Garis Kawalan di Kashmir, di tengah-tengah berita mengenai kematian, menurut media India” (Al-Arabiya, 9/5/2025).

India mengakui yang tiga pesawatnya telah ditembak jatuh dan mengumumkan kematian tujuh orang awam di Kashmir (bahagian India) akibat serangan Pakistan. Sementara Pakistan menyatakan telah menembak jatuh lima pesawat India, termasuk tiga jet tempur Rafale buatan Perancis, serta 25 drone buatan entiti Yahudi.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mengatakan, “Kami boleh sahaja menembak jatuh 10 jet tempur India sebagai membalas serangan India yang menyasarkan kedudukan-kedudukan di Pakistan, tetapi para komandan militer melaksanakan kaedah kawalan (restraint) dan hanya menembak jatuh 5 pesawat” [Ash-Sharq News, 7/5/2025]. Jurucakap militer Pakistan Ahmad Sharif Chaudhry mengumumkan bahawa tentera Pakistan telah berjaya mengebom 26 instalasi militer India, dan menerbangkan puluhan drone di atas kota-kota besar India, termasuk ibu negara, New Delhi” [Sky News, 10/5/2025].

Tampak bahawa Pakistan mampu melancarkan serangan berskala besar dan berkonfrontasi dengan India serta mengalahkannya. Akan tetapi, Pakistan terikat dengan Amerika yang tidak mengizinkannya melakukan konfrontasi seperti itu dan menghancurkan India sehingga boleh menyebabkan jatuhnya agen Amerika, Modi.

Meskipun Amerika mampu menekan rejim agennya di Pakistan agar melakukan serangan balas terhad terhadap pencerobohan India, namun apa yang tampak dari serangan balas ini ialah kepahlawanan tentera Muslim Pakistan dan kekuatan motivasi mereka untuk berperang. Di sebalik kesepakatan rejim Pakistan dengan Amerika, dan terhadnya serangan balas, namun tetap sahaja tentera Muslim ini berjaya menyebabkan kerugian yang signifikan terhadap musuh yang musyrik, sebagaimana yang telah kami sebut sebelum ini.

Semua ini telah memaksa Amerika untuk menghentikan rancangan perangnya meski pun dialah yang memulakannya, dan seterusnya menghentikan pencerobohan India meski pun dialah juga yang memulakannya. Amerika terpaksa mengubah rancangan perang kepada kelicikan politik dan rundingan antara dua rejim yang setia kepadanya, dengan harapan India akan memperoleh apa yang gagal diperolehinya melalui jalan perang.

  1. Atas dasar itulah, setelah empat hari dimulainya pencerobohan India, maka pada 10/5/2025 diumumkan gencatan senjata melalui perintah Amerika. Presiden Amerika, Trump menulis di akaunnya di platform Truth Social pada 10/5/2025, “Setelah melalui perbincangan di malam yang panjang, yang mana Amerika Syarikat menjadi perantara (mediator), saya dengan sukacita mengumumkan bahawa India dan Pakistan telah bersetuju untuk melakukan gencatan senjata segera dan menyeluruh. Saya ucap tahniah kepada kedua-dua negara yang telah menggunakan akal yang sihat dan keintelektualan yang tinggi. Saya ucap terima kasih atas pertimbangan anda berdua dalam perkara ini.”

Setiausaha Negara Amerika, Marco Rubio mengatakan di platform X pada 10/5/2025, “Kedua-dua pemerintah India dan Pakistan sepakat melakukan gencatan senjata segera, dan untuk memulakan perbincangan banyak isu yang lebih luas di pentas yang neutral”. Marco menambah bahawa dia dan Naib Presiden J.D Vance bekerja sama dengan Perdana Menteri India Narendra Modi, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri India Subrahmaniam Jaishankar, Ketua Staf Angkatan Darat Pakistan Asim Munir, serta Penasihat Keamanan Nasional India Ajit Doval dan Penasihat Keamanan Nasional Pakistan Asim Malik, sejak dua hari lepas dalam rangka mencapai kesepakatan”.

Dengan kata lain, Amerika sebenarnya telah gagal menjangka kepahlawanan tentera Pakistan, meskipun pemimpinnya setia kepada Amerika, dan Amerika juga khuatir yang Modi akan meneruskan perang, yang boleh menyebabkan Modi hilang kuasa, sedangkan Amerika memerlukan Modi untuk menghadapi China! Oleh yang demikian, Amerika memerintahkan supaya perang dihentikan, dan beralih menggunakan kebusukan politik untuk mencapai tujuannya melalui rundingan antara dua rejim yang setia kepadanya!

  1. Sebagai penutup, Hizbut Tahrir mengingatkan kaum Muslimin umumnya dan warga Pakistan khususnya bahawa kebusukan politik dan rundingan yang berlangsung antara musuh-musuh Islam dan kaum Muslimin, khususnya orang-orang musyrik Hindu di India, begitu juga dengan Yahudi di Palestin, semua rundingan ini tidak menghasilkan apa-apa kebaikan, apatah lagi jika Amerika si kafir penjajah yang mengaturnya sebagaimana yang terjadi sekarang. Ini kerana, kaum kafir ini sedang memerangi Allah dan Rasul-Nya, di setiap tempat dan masa. Rasulullah (saw) telah memberitahu kita berkenaan perang terhadap mereka dan kemenangan kita atas mereka, dan pada yang demikian itu ada pahala yang besar. Imam Muslim telah mengeluarkan di Sahih-nya dari Ibnu Umar (ra) dari Nabi (saw) yang bersabda:

«لَتُقَاتِلُنَّ الْيَهُودَ فَلَتَقْتُلُنَّهُمْ…»

“Sungguh kalian akan pasti memerangi Yahudi dan sungguh kalian akan pasti membunuh mereka…”

Imam Ahmad dan an-Nasa’i telah mengeluarkan dari Tsauban, hamba Rasulullah (saw) yang telah dibebaskan, dia berkata: “Rasulullah (saw) bersabda:

«عِصَابَتَانِ مِنْ أُمَّتِي أَحْرَزَهُمَا اللهُ مِنَ النَّارِ؛ عِصَابَةٌ تَغْزُو الْهِنْدَ، وَعِصَابَةٌ تَكُونُ مَعَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ عَلَيْهِمَا السَّلَام»

“Ada dua kelompok dari umatku yang Allah selamatkan dari neraka, kelompok yang memerangi India dan kelompok yang bersama Isa bin Maryam (as)”.

Jadi memerangi Yahudi di Palestin dan membunuh mereka; juga memerangi India dan kemenangan atasnya, akan pasti terjadi dengan izin Allah. Ini adalah ucapan Rasul (saw), insan yang benar lagi terpercaya.

Cumanya, Allah (swt) telah menetapkan bahawa kemenangan tidak akan turun begitu sahaja dari langit dengan dibawa oleh malaikat-malaikat-Nya kepada kita, sementara kita berpeluk tubuh. Sebaliknya, kita mesti berusaha, mencurahkan segala tenaga dan berjuang bersungguh-sungguh, dengan benar dan penuh keikhlasan dalam apa yang kita lakukan. Inilah yang wajib kita lakukan. Kemudian dengan izin-Nya, barulah pertolongan-Nya datang tanpa diragukan lagi.

Kita benar-benar menaruh harapan terhadap saudara-saudara kita di Pakistan. Pakistan adalah negeri Islam yang kuat, akar Islam menancap kuat padanya, perasaan Islam bergejolak kuat di sana, tenteranya mencintai jihad di jalan Allah, dan aspirasi kaum Muslimin di sana untuk mendirikan Khilafah sedang melonjak. Dan masanya sudah tidak lama lagi, dengan izin Allah, sebelum tibanya kemenangan ke atas pemimpin yang tidak membohongi kaumnya…dan sabda Rasulullah (saw) akan terealisasi dengan tegaknya al-Khilafah ar-Rasyidah, setelah pemerintahan diktator yang sedang kita tempuhi sekarang ini. Imam Ahmad telah mengeluarkan di Musnad-nya dari Huzaifah yang berkata: “Rasulullah (saw) bersabda:

«..ثُمَّ تَكُونُ مُلْكاً جَبْرِيَّةً فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ. ثُمَّ سَكَتَ»

“…kemudian ada kekuasaan diktator dan ia akan ada selagi Allah menghendakinya. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian, kemudian baginda diam.”

Dan pada hari itu (tegaknya Khilafah) bergembiralah orang-orang yang beriman:

﴿وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ * بِنَصْرِ اللهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ﴾

“Pada hari kemenangan itu, bergembiralah orang-orang yang beriman dengan pertolongan Allah, Dia menolong siapa yang Dia kehendaki dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” [Ar-Rum (30): 4-5].

17 Dzul Qi’dah 1446 H

15 Mei 2025 M

https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer/political-questions/102613.html

https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/qestions/political-questions/27714.html