Sumbangan 100 Juta Dolar Kerajaan Saudi Untuk PBB Untuk Memerangi Umat Islam

Dalam satu kenyataan akhbar, Raja Saudi telah menyumbang sejumlah 100 juta dolar Amerika kepada PBB di bawah rancangan untuk memerangi keganasan. Ini merupakan salah satu bentuk pengkhianatan terbaru ke atas agama dan umat Islam yang dilakukan oleh kerajaan Saudi. Dana ini bukan sahaja haram untuk disumbangkan kerana ia diberikan kepada sebuah lembaga kuffar yang memperjuangkan ideologi kufur, bahkan dana ini jugalah yang akan digunakan oleh PBB untuk membunuh dan menindas umat Islam dalam senyap. Siapa yang tidak kenal dengan PBB yang hanya pandai bersandiwara dan bermanis mulut? Ia merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang dijadikan sebagai alat untuk menghalalkan segala tindakan kejam yang dilakukan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya ke atas negeri-negeri umat Islam.

Agenda “war on terrorism” yang dilancarkan oleh Amerika selama ini adalah bermaksud “perang terhadap umat Islam”. Itulah definisi sebenar pengganas yang dimaksudkan oleh kaum kafir. Adakah kita telah lupa dengan kata-kata ancaman daripada bekas Presiden Amerika Syarikat, Bush yang menyatakan, “Either you are with us, or you are with the terrorists” (Sama ada kalian bersama kami, atau kalian bersama teroris). Kata-kata ini yang sememangnya memberi petanda yang jelas bahawa sesiapa yang tidak sejajar dengan Amerika, maka mereka itulah yang digelar sebagai pengganas. Sehingga kini, Kerajaan Saudi masih terus memberikan taat dan setianya kepada musuh Allah dan RasulNya untuk memerangi umat Islam. Padahal, seluruh tanah Arab termasuklah Arab Saudi adalah sebahagian daripada negeri umat Islam yang seharusnya memihak kepada Islam dan bukan kepada kaum kuffar.

“Ya Allah, bantulah umat Islam dan bebaskanlah negeri-negeri umat Islam ini dengan bantuan para Ahlun Nusrah yang ikhlas yang semata-mata mengharapkan keredhaanMu untuk menegakkan Daulah Khilafah Islamiyyah yang berdiri di atas jalan kenabian seperti yang dijanjikan.”

Sumber: islamtoday.net