Tausiyah Ramadhan MHTM – “Ramadhan: Meraih Ketakwaan”
Kuala Lumpur, Ahad, 21 Jun 2015: Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia telah menjayakan Tausiyah Ramadhan yang bertajuk “Ramadhan: Meraih Ketakwaan” bertempat di Kelab Warga Emas Rejang.
Tausiyah telah disampaikan oleh Ustazah Zaharah Buhari iaitu Ketua Mubalighah MHTM dan dipengerusikan oleh Ustazah Aisyah Rahmat, Ketua MHTM Kuala Lumpur.
Tausiyah dimulai dengan bacaan ayat suci al Quran dari surah al Baqarah ayat 183-186 oleh Puan Ummi, qariah dari Desa Rejang.
Seterusnya Ustazah Zaharah memulakan tausiyah dengan mengingatkan hadirin tentang kemuliaan bulan ramadhan di mana awalnya rahmat dipertengahan keampunan dan diakhirnya penghapusan dosa. Beliau juga menjelaskan keutamaan beramal di bulan ramadhan di mana Allah SWT melipatgandakan pahala ibadah bagi umat Islam.
Seterusnya ustazah Zaharah menekankan bahawa puasa bukan hanya sekadar ibadah ruhiyah tetapi puasa merupakan perjuangan untuk meninggikan syiar Islam,beliau juga memberi contoh yang telah dilakukan oleh Baginda Nabi SAW dan para sahabat. Kemenangan demi kemenangan telah dicapai oleh umat Islam di bulan ramadhan.
Diakhirnya ustazah menyeru hadirin agar menjalani ibadah puasa bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi harus menyerahkan usaha untuk memperjuangkan Islam Kaffah dengan penegakkan Syariah dan Khilafah. Seterusnya sesi soal jawab dibuka kepada hadirin.
Sebelum tausiyah ditamatkan Pengerusi majlis telah memberi penerangan ringkas berkaitan dengan kempen Akhiri Krisis Muslim Rohingya. Hadirin menyatakan sokongan dengan bergambar memegang sepanduk.
Tausiyah ditutup dengan bacaan doa oleh Ustazah Hazilah.
MHTM merakamkan setinggi-tinggi ucapan terimakasih kepada Ahli Jawatan Kuasa Kelab Warga Emas Desa Rejang kerana telah memberi ruang untuk mengadakan tausiyah ini.