Tercatat 1.323 Syuhada Gaza, Penderitaan Belum Berakhir
Termasuk yang syahid itu, telah dijumpai dua orang perempuan tua yang bernama Kamila Al-Atar berusia 90 tahun dan Halima Siyam berusia 62 tahun. Jasad mereka telah dijumpai di bawah runtuhan bangunan di Bandar Gaza pada lewat malam hari Selasa.
Tiga penduduk Palestin akhirnya meninggal setelah mengalami kecederaan serius dalam serangan oleh pengganas Israel itu. Ketiga-tiga mereka dikenalpasi sebagai Muhammad Abu Sweirih, yang meninggal dunia di sebuah hospital di Mesir, Imad Miqdad yang meninggal di Hospital Khan Younis, dan Muhammad Madi yang meniggal di Hospital Ash-Shifa di Bandar Gaza.
Pada hari Selasa lepas, sumber media memaparkan tentang kematian Nasr Salih Nasr, seorang petani berusia 20 tahun yang telah ditembak oleh tentera pengganas Israel.
Sebelum itu, dua orang kanak-kanak Palestine juga syahid setelah terbunuh oleh bom yang ditinggalkan oleh pasukan zionis Israel di Gaza. Mereka dikenalpasti sebagai Abdullah Hassanain berumur 10 tahun dan rakannya Shuroq yang berusia 11 tahun.
Sementara itu, menurut staf logistik “Medical Rescue Commite (MER-C)” Indonesia yang sudah berada di Gaza selama dua hari sejak mereka masuk pada hari Isnin, Bandar Gaza memerlukan bantuan makanan segera kerana simpana yang semakin berkurangan.
Kesulitan di Gaza bukan berlaku ketika ini sahaja. Mereka telah lama mengalami sekatan sebelum serangan zionis Israel lagi. Bahkan selama ini juga mereka telah mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Keadaan telah menjadi semakin parah setelah serangan kejam rejim Israel.
“Ahli keluarga lelaki kami telah hilang pekerjaan mereka. Mereka menghabiskan masa seharian di rumah. Suamiku pergi seharian dari satu tempat ke tempat lain hanya untuk cuba mendapatkan air. Kebiasaannya beliau akan kembali ke rumah dengan tangan kosong”, kata Umm Taqi dalam suratnya yang sempat dibacakan di saluran IslamChannel yang bermarkas di London.
Penderitaan Gaza telah menyaksikan kepada umat pengkhianatan oleh para penguasa negari Kaum Muslimin. Mereka telah membiarkan seribu lebih warga Muslim Gaza dibunuh sementara meraka hanya diam membisu. Tambahan lagi melihatkan kebiadaban Penguasa Mesir iaitu Presiden Mubarak, apabila telah berjabat tangan begitu mesra dengan Menteri Luar Israel dua hari sebelum serangan ganas tersebut.
Sesungguhnya penderitaan ini tidak pernah terjadi sebelumnya kecuali setelah kehormatan umat ini hilang. Para penguasa kaum Muslimin malah berharap kepada PBB, yang sangat jelas merupakan alat kepada Amerika Syarikat, sementara sebahagian umat Islam masih mengenggam kukuh idea-idea yang telah melemahkan mereka seperti demokrasi dan nasionalisma. Walhal kedua-dua idea inilah yang telah dipaksakan ke benak kaum Muslimin, menyebabkan umat kehilangan kewibawaan dan kehormatan. Demokrasi telah menyebabkan umat berpaling dari cahaya Allah, sementara nasionalisma menyebabkan mereka terpecah belah dalam batasan negara. Hasilnya, penderitaan umat terus terjadi, kerana mereka telah berpaling dari peringatan-Nya yakni Islam.
Sampai bilakah umat ini akan sedar untuk kembali kepada Islam di bawah naungan Khilafah, sehingga kehormatan umat dan Islam ini akan kembali?
Sumber: Syabab.com