Tinggalkan Pemimpin Khianat, Lupakan Pembangkang, Buangkan Demokrasi!

altTPM nasihat rakyat Sarawak lupakan pembangkang

KUALA LUMPUR 4 April – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, barisan calon yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) untuk menggalas cabaran pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini adalah “tawaran terbaik” dalam memastikan kesinambungan pembangunan di negeri itu. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN telah membariskan calon yang berwibawa dan mempunyai susun lapis yang diyakini mampu meneruskan kerja baik yang dilakukan wakil rakyat terdahulu.

“Mereka semua berkelayakan, mempunyai kelulusan tinggi, berpengalaman dan rapat dengan masyarakat. Ini tawaran terbaik boleh dikemukakan pimpinan BN. Mereka semua telah disaring latar belakang. “Nasihat saya supaya rakyat di Sarawak lupakan pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dan melawat Lembaga Peperiksaan Malaysia di Jalan Duta, di sini, hari ini. – Bernama

Sumber : Utusan Online, 04/04/2011
 

Tinggalkan Pemimpin Khianat, Lupakan Pembangkang, Buangkan Demokrasi!
Tawaran terbaik? Apakah dengan menawarkan pemimpin yang jelas-jelas korup seperti Taib Mahmud, George Chan, Alfred Jabu, dan yang seangkatan dengannya merupakan tawaran terbaik oleh Barisan Nasional kepada penduduk Sarawak? Mungkin bagi puak-puak kapitalis seperti pemerintah sekarang, pemimpin yang korup ini masih boleh terus berkuasa, asalkan mereka tetap menjaga kepentingan para kapitalis lain dan parti sekular mereka itu. Oleh sebab itulah mereka mengatakan bahawa calon yang mereka kemukakan adalah yang terbaik! Ya, memang “terbaik” dari segi pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa..

Muhyidin tidak habis-habis berkempen supaya rakyat Sarawak melupakan pembangkang. Apakah rakyat Sarawak buta dan tuli dengan kerakusan para pemimpin menghisap kekayaan bumi Sarawak ini? Adakah dengan janji manis tiap-tiap 5 tahun sekali serta “door gift” (baca: rasuah) semasa menjelang pilihanraya itu boleh melupakan mereka akan penindasan dan pengabaian amanah yang telah dilakukan oleh para pemimpin mereka selama ini? Ayuh wahai para penduduk Bumi Kenyalang! Lupakan pemerintah yang telah menghianati kalian, dan lupakanlah kepada pembangkang yang pasti akan turut menerapkan sistem kufur demokrasi ke atas kalian. Tiada lagi tawaran terbaik melainkan tawaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Inilah tawaran terbaik yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kalian. Dengan Islam, segala keperluan dan kebajikan akan dipenuhi. Malah, penduduk Sarawak akan menikmati segala ketenangan yang hanya menjadi mimpi-mimpi enak mereka pada masa kini.  Firman Allah :

 “Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. [TMQ. Al Anbiya (21) : 107].

Rasulullah turut mengingatkan bahawa tugas bagi seorang pemimpin adalah bertindak sebagai pemelihara kepada urusan yang dipimpinnya.

“Imam itu pemelihara dan dialah yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya” [HR Mutafaq Alaih].

Ayuhlah berubah kepada Islam! Berilah dokongan serta berjuanglah bersama-sama para pejuang Khilafah yang akan menjadikan Sarawak sebahagian daripada naungan Islam. Semoga dengan itu, cahaya Islam akan menyelimuti seluruh penjuru alam.