Ucapan pro-Yahudi: Tidak perlu defensif, cuba fahami ucapan
Ucapan seorang pensyarah sains politik dari Portland State University, Bruce Gilley, yang mendakwa ahli politik Malaysia menyokong Holocaust kedua terhadap Yahudi, telah berjaya mengecohkan satu negara.
Ucapan yang dibuatnya di Universiti Malaya (UM) itu sebagai pensyarah pelawat telah menerima banyak kecaman sehingga dua lagi syarahannya selepas itu terus dibatalkan oleh pihak universiti. Menteri Pendidikan Tinggi serta-merta meminta penjelasan dari UM dan dilaporkan akan mengambil tindakan, manakala UM dalam masa yang sama dilaporkan telah pun memohon maaf atas insiden itu.
Persoalannya, adakah UM bersalah dalam isu ini? Jawapan ringkasnya ialah ya, jika UM memang telah mengkaji latar belakang pensyarah tersebut dan mengetahui pendiriannya yang pro-Yahudi tetapi tetap menjemputnya. Namun, jika UM tidak mengkaji latar belakangnya, itu merupakan sebuah kelalaian; atau UM telah mengkajinya tetapi tidak menemui apa-apa rekod mengenai pensyarah tersebut yang mendukung Yahudi, maka itu merupakan amalan biasa bagi sesebuah universiti untuk menjemput pensyarah luar, dan siapa pun tidak akan dapat mengawal ucapan tersebut walaupun mungkin teks ucapan telah pun diberikan lebih awal oleh pensyarah berkenaan.
Bagaimana pun, kita tetap boleh mempersoalkan kenapakah UM menjemput seorang pensyarah dari Amerika dalam keadaan mengetahui bahawa Amerika merupakan pendukung utama Yahudi?!
Walaupun nasi telah menjadi bubur, tetapi banyak persoalan dan perkiraan lain yang masih belum menjadi bubur untuk difikirkan bersama:
1. Ucapan yang dikeluarkan oleh Bruce Gilley bukanlah satu ucapan yang keluar akibat tersasul, bukan juga spontan atau tidak dirancang, tetapi sudah pasti dengan perancangan dan pengetahuan mengenai kesan dan risikonya. Gilley tidak hanya berhenti di situ tetapi meneruskan serangannya ke atas Malaysia setelah kembali ke Amerika dengan menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak selamat untuk dilawati, dan dia tidak mahu menerima bayaran perbelanjaan dari UM kerana tindakan yang memalukan yang telah ditunjukkan oleh UM.
Daripada mesejnya yang “bersiri”, sangat jelas bahawa tuduhan dan serangannya ke atas Malaysia merupakan sebuah perancangan, apatah lagi di saat entiti Yahudi sedang membantai Gaza, dan rakyat Malaysia turut “melawan” dengan memboikot barangan keluaran entiti haram tersebut.
Persoalannya, adakah Gilley keseorangan dalam serangannya ini, atau ada pihak lain di belakangnya?
2. Jika diteliti ucapan Gilley (yang telah dipadam di X), ucapannya itu lebih berupa sebuah ugutan, yang tidak “selayaknya” dikeluarkan oleh seorang pensyarah sepertinya walaupun dia merupakan seorang pensyarah sains politik. Gilley menyebut “A country whose political leaders advocate a second Holocaust against the Jewish people will never be a serious player in world affairs, and will certainly never be a friend or partner of the US” (“Sebuah negara yang pemimpin politiknya menyokong Holocaust kedua terhadap orang-orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam urusan dunia, dan pastinya tidak akan pernah menjadi rakan atau rakan kongsi Amerika Syarikat”).
Siapakah Bruce Gilley yang ucapannya ini seolah-olah menunjukkan dia bercakap bagi pihak kerajaan Amerika?
Level ucapan seperti itu bukanlah “selevel” dengan kedudukannya sebagai seorang pensyarah, kecuali ada force lain di belakangnya. Gilley sudah tentu mengetahui bahawa Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Amerika dan juga hubungan dagang yang sangat besar. Jadi, dia seolah-olah “mengugut” Malaysia, “Jika kamu ingin terus berbaik dan berdagang dengan Amerika, maka kamu jangan melakukan atau menyokong apa jua usaha penentangan terhadap Yahudi”.
Siapa pun pihak di belakang Gilley (jika ada), sudah pasti ia merupakan pihak yang berkepentingan. Melihat kepada Gilley yang agak agresif menyerang, dan dengan pengetahuan penuh akan “kesan” daripada ucapannya, hampir tidak mungkin untuk kita membuat kesimpulan bahawa beliau keseorangan dalam “serangannya” ini. Wallahu a’lam.
3. Dengan ucapannya yang biadab itu, agak menghairankan kenapakah Gilley tidak segera dipanggil oleh kerajaan Malaysia sehingga dia telah “terlepas” balik ke Amerika begitu sahaja? Kenapakah hanya UM yang dipanggil untuk memberi penjelasan? Jika kerajaan Malaysia benar-benar memandang isu ini dengan serius, setidaknya kerajaan mesti memanggil duta Amerika atau sekurang-kurangnya menghantar nota bantahan kepada kedutaan atau kepada kerajaan Amerika atas tindakan Gilley.
Apa yang diucapkan oleh Gilley jelas merupakan sebuah tuduhan dan penghinaan terhadap negara. Ini bukan soal main-main, kerana ia melibatkan maruah sebuah negara yang mengaku berdaulat. Maka sewajarnya untuk Malaysia mengambil tindakan tegas ke atas pensyarah tersebut atau kepada kerajaannya (Amerika) bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berulang.
Persoalannya, beranikah kerajaan Malaysia untuk berbuat demikian?
Seorang pensyarah dari Amerika begitu berani menuduh dan menghina Malaysia, dan penghinaan tersebut dilakukan di dalam Malaysia sendiri, bukannya di Amerika atau di negara-negara lain. Selain menunjukkan keberaniannya dalam berbuat demikian, ia juga menunjukkan bahawa Malaysia adalah sangat lemah di matanya, tidak perlu dihormati dan tidak perlu ditakuti. Maka, sekiranya tidak ada apa-apa tindakan daripada kerajaan Malaysia, terbukti benarlah apa yang dia fikirkan.
4. Dalam Islam, siapa pun yang menghina Negara Islam (Khilafah) atau menyebarkan propaganda memburuk-burukkan negara, apatah lagi orang yang berbuat demikian ialah orang kafir yang bukan warganegara, maka dia akan dikenakan ta’zir yang berat-ringannya bergantung kepada berat-ringannya kesalahan yang dilakukan. Jika terbukti pula yang dia adalah ejen atau mata-mata negara musuh, maka hukumannya boleh sampai kepada hukuman bunuh (Nidzamul Uqubat Fi al-Islam, Abdurrahman al-Maliki).
Begitulah kedudukan hukum Islam ke atas orang yang menghina atau memburuk-burukkan negara, yang jika hukuman Islam dilaksanakan sudah tentu tidak ada siapa pun yang berani untuk menghina negara, kerana mereka tahu akan akibatnya. Di sinilah maruah negara, dan maruah rakyat akan terjaga di samping akan dihormati oleh kawan dan lawan.
5. Kita tidak perlu bersifat defensif dengan serangan yang dilakukan oleh Bruce Gilley, kerana dia memang mahu kita menjadi defensif atau merasa bersalah dengan apa yang kita lakukan, khususnya penentangan kita terhadap Yahudi. Tuduhannya bahawa Malaysia mendukung holocaust kedua terhadap Yahudi adalah bertujuan untuk kita menafikan perkara itu.
Pendirian kita mesti jelas dalam hal ini di mana kita wajib memerangi Yahudi yang memerangi Islam, sebagaimana yang terjadi di Palestin sekarang. Namun dalam masa yang sama kita mempunyai hukum syarak mengenai peperangan yang wajib kita patuhi iaitu kita tidak boleh membunuh wanita, anak-anak, orang-orang tua, tidak merosakkan bangunan, tumbuh-tumbuhan, tempat ibadat dan sebagainya.
Kita wajib mengambil kembali tanah yang dirampas oleh musuh. Kita wajib mengambil kembali Masjidil Aqsa dan keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati daripada Yahudi, dan untuk tujuan ini, sudah pasti Yahudi si perampas Palestin wajib diperangi oleh tentera kaum Muslimin.
Apatah lagi Rasulullah (saw) telah menjanjikan bahawa kaum Yahudi akan dibunuh oleh umat Islam walaupun mereka berlindung di sebalik batu dan pohon di mana semua batu dan pohon akan berbicara, “Wahai kaum Muslimin, ada Yahudi (bersembunyi) di belakangku, datanglah dan bunuhlah dia, kecuali pohon gharqad”.
Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam, apatah lagi kerajaan, hendaklah tegas dalam hal ini tanpa perlu menjadi defensif, dan sentiasa perlu waspada dan merespon serangan atau propaganda musuh berlandaskan hukum syarak dan kebijaksanaan.
Kita perlu ingat bahawa Amerika merupakan sebuah negara kafir harbi yang tidak boleh dijadikan kawan, apatah lagi dalam keadaan sekarang di mana Amerika dengan terbuka dn sangat jelas menyatakan dukungannya dan membekalkan segala persenjataan kepada Yahudi untuk kaum terlaknat itu membantai saudara-saudara kita di Gaza. Jika Malaysia benar-benar mendukung Palestin, maka Malaysia seharusnya memutuskan segala hubungan dengan Amerika, termasuk di bidang akademik sekalipun, yang nampaknya menjadi corong kepada negara pendukung utama Yahudi itu untuk menyebarkan propaganda jahatnya.
Selagi kita tidak mempunyai pemimpin yang tegas, berani dan berpegang kepada hukum syarak, maka selagi itulah kita tidak akan dihormati, sebaliknya akan dipandang hina dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Atas dasar itu, kita sangat memerlukan seorang Khalifah yang bertakwa, yang tidak takut kecuali kepada Allah, yang akan memimpin Negara Khilafah yang bakal berdiri sedikit masa lagi, yang pada waktu itu, Amerika dan Yahudi akan mengetahui nasib mereka insya Allah.
Wallahu a’lam wa ahkam.