Ucapan Selamat Berpuasa Obama Itu Hanyalah Satu Penipuan
WASHINGTON 13 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan selamat berpuasa kepada penduduk Islam di AS dan di seluruh dunia sempena bulan Ramadan. Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton turut memberi ucapan sama kepada penduduk Islam AS dan di seluruh dunia dengan ucapan `Ramadan Kareem’. “Kita semua harus ingat dunia bagaimana yang kita mahu wujudkan dan perubahan yang ingin kita lakukan harus bermula daripada dalam hati dan juga pada masyarakat kita sendiri,” kata Obama dalam kenyataan yang dikeluarkan, semalam. Sementara itu, Hillary pula dalam kenyataannya berkata: “Ramadan adalah masa yang sesuai untuk memeriksa diri serta berkongsi sumbangan yang diberikan oleh penduduk Islam AS untuk negara ini dan berjuta-juta yang lain menyambut bulan ini (Ramadan) dengan melakukan perkara baik kepada masyarakat Islam”. Clinton akan menganjurkan majlis berbuka puasa secara bersama dengan berpuluh-puluh kedutaan di Washington, manakala Obama akan mengadakan majlis itu di White House. – AFP
Sumber: Utusan Malaysia 13/08/10
Ucapan Selamat Berpuasa Obama Itu Hanyalah Satu Penipuan
”Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya”. [TMQ Ali-’Imraan (3) :118].
Cukuplah apa yang dilakukan oleh Obama terhadap umat Islam saat ini untuk membuktikan kepada kita siapakah sebenarnya beliau. Dikala ”si laknat” Obama mengucapkan kata-kata manis selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia, kita dapat menyaksikan dalam masa yang sama tentera-tentera laknatullah Amerika terus menjadikan umat Islam di Iraq, Afghanistan dan di tempat-tempat lain sebagai sasaran dan santapan senjata-senjata canggih yang mereka milik. Bukankah kebiadaban tentera-tentera Amerika itu mencerminkan sikap sebenar Obama sekaligus Amerika itu sendiri?
Wahai seluruh umat Islam! Ketahuilah bahawa Obama merupakan personifikasi Amerika sebagai musuh utama umat Islam. Ketahuilah bahawa Obama adalah syaitan manusia yang akan terus berusaha untuk menyesatkan umat Islam sehinggalah ke hari kiamat. Sebagai umat Islam yang menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup, sudah semestinya mereka menyedari bahawa kata-kata Obama itu hanyalah sihir dan penipuan yang diucapkan oleh beliau semata-mata. Oleh itu janganlah kita sekali-kali tertipu dengannya. Firman Allah SWT: ” Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).
Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
“Orang-orang yang kafir, bagi mereka azab yang berat; dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” [TMQ Al-Faatir (35) : 5-7].