“Umat di Syria mahukan Khilafah Islamiyah”
Seruan di depan Kedutaan Syria telah dilakukan selepas Solat jumaat dipimpin oleh Presiden Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) bersama ahli HTM dan umat. Kehadiran HTM di kedutaan menunjukkan betapa seriusnya kekejaman yang dilakukan oleh Rejim Bashar ke atas rakyatnya sendiri termasuk wanita dan kanak-kanak. Ustaz Umar telah menutup acara dengan bacaan doa supaya Allah memberi kemenangan kepada pejuang Islam di Syria yang inginkan Khilafah Islamiyyah dan rejim kejam Bashar dihancurkan.