Umat Islam Di Marjah Memerlukan Khilafah

Serangan besar-besaran AS rampas Marjah

KANDAHAR
7 Feb. – Beribu-ribu orang meninggalkan kediaman mereka di dataran luas Marjah, selatan Afghanistan menjelang operasi tentera besar-besaran menghapuskan Taliban dari kawasan kubu kuat terakhir mereka itu.  Sejumlah besar pasukan tentera Marin Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan tentera Afghanistan dijangka melancarkan operasi tersebut yang dikatakan akan menjadi serangan terbesar menentang Taliban sejak peperangan bermula, dalam tempoh beberapa hari lagi.  “Kerajaan Afghanistan akan menuntut semula Marjah sebagai miliknya,” kata komander operasi Britain, Jeneral Nick Carter.  Operasi serangan itu dikenali sebagai Mushtarak ke Dari ‘untuk bersama’, kerana tentera Afghanistan turut sama memainkan peranan penting dan selama berbulan-bulan telah menangkis dan menentang musuh.  Pemimpin-pemimpin Taliban berkata, mereka sedang mengumpulkan pejuang-pejuang di sekitar Marjah, tengah wilayah Helmand sebagai persediaan untuk peperangan berdarah.  “Kumpulan kami kini dalam kawalan dan bersedia untuk berjuang,” kata jurucakap Taliban, Yousuf Ahmadi melalui panggilan telefon dari lokasi yang tidak diketahui. 

Serangan Mushtarak tahun lalu, dinamakan British Operation Panther’s Claw dan Marines’ Operation Dagger, dilihat berjaya membanteras militan yang menguasai beberapa kawasan di lembah Helmand.  Operasi persedian sekitar Marjah, selatan wilayah ibu kota Lashkar Gah berlangsung selama beberapa minggu dengan risalah-risalah dijatuhkan di kawasan tersebut dari helikopter NATO bagi memberi amaran kepada penduduk kampung bahawa serangan akan dilancarkan.  Habibullah, 48, berkata, dia dan keluarganya meninggalkan Marjah dan datang ke Lashkar Gah dua bulan lalu bagi mengelak diri daripada keganasan.  “Terdapat ramai lagi penduduk yang tinggal di sana dan Taliban masih menguasai kawasan tersebut, tetapi berlaku banyak pertempuran bersenjata dan pengeboman serta ramai tentera datang menentang pemberontak dan kemudiannya meninggalkan kawasan itu,” katanya. – AFP

Sumber : Utusan Malaysia, 13/02/10

Umat Islam Di Marjah Memerlukan Khilafah

Berapa ramai lagikah umat Islam akan menjadi sasaran kekejaman dan kebiadapan kufur Amerika dan sekutu-sekutunya? Kali ini tiba giliran umat Islam di Marjah. Dengan alasan memerangi pengganas Taliban sekali lagi umat Islam akan dijadikan sasaran. Hakikatnya, mereka yang berfikir akan tahu bahawa Amerika laknatullah itulah penganas yang sebenarnya. Kita boleh bayangkan betapa sengsaranya nasib yang akan menimpa umat Islam di sana. Telah terbukti di depan mata kita bagaimana kerosakan dan kemusnahan yang dialami oleh umat Islam di Iraq apabila Amerika melancarkan serangannya pada tahun 2003 dengan pelbagai alasan yang tidak ada asasnya. Rejim AS hanya mahu menguasai bumi Iraq kerana minyak. Inilah sandiwara yang dimainkan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya. Yakinlah wahai umat Islam! Pada hakikatnya, Amerika berani dan mampu untuk mengganas memerangi dan menjajah umat Islam kerana pengkhianatan yang dilakukan oleh agen-agen mereka – para pemimpin boneka yang berkuasa di negeri umat Islam saat ini seperti Hamid Karzai, Asif Ali Zardari, Mubarak dan yang seumpama dengannya. Maka oleh kerana itu sudah sampai masanya bagi umat Islam yang masih memiliki akidah Islam dalam dirinya menyedari bahawa kewajiban yang wajib ditunaikan saat ini adalah menegakkan Daulah Khilafah yang akan berfungsi sebagai perisai bagi umat Islam seluruh dunia. Rasulullah SAW bersabda:

“Bahwasanya Imam itu bagaikan perisai (tameng), dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.”
[HR. Muslim].

Sampai bilakah umat Islam akan terus menjadi mangsa kepada keganasan pengganas nombor 1 di dunia? Sampai bila??