Wahai JAINJ, Gugurkanlah Pendakwaan Ke Atas Anggota Hizbut Tahrir Agar Beban Anda Menjadi Lebih Ringan Di Dunia Ini, Apatah Lagi Di Akhirat!
Tiga orang anggota Hizbut Tahrir yang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada 06/04/2019 semasa menyampaikan seminar bertajuk “Kebangkitan dan Kejatuhan Khilafah Menentang Ancaman Liberalisme”, telah didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru pada 02/07/2019 di hadapan Hakim Syarie Syahrulnizam Saat. Tertuduh, Dr. Salehuddin Bin Ibrahim, 51 dan Dr. Norazlan Shah Bin Osman Basah, 35 didakwa di bawah Seksyen 11 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana mengajar perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah, manakala Sallahuddin Bin Mashkuri, 39, didakwa di bawah seksyen 43 (c) Enakmen yang sama kerana bersubahat, yang kesemuanya memperuntukkan denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Hizbut Tahrir / Malaysia dengan ini menegaskan:
(1) Tindakan JAINJ ini sungguh memalukan kerana JAINJ seharusnya menjadi pihak yang menjaga Islam dan para pendakwah serta membantu segala usaha untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Sebaliknya dengan tangkapan dan pendakwaan yang berlaku menunjukkan JAINJ menjadi pihak yang menghalang usaha dakwah;
(2) Dakwah yang dibawa oleh Hizbut Tahrir merupakan sebuah kewajipan yang datangnya daripada Allah (swt) dan RasulNya (saw) dan ia merupakan tugas mulia yang wajib dilakukan oleh setiap Muslim tanpa memerlukan izin daripada mana-mana pihak. Menyampaikan dakwah bukanlah suatu kesalahan, apatah lagi suatu jenayah yang kena berakhir di mahkamah!;
(3) JAINJ seharusnya lebih memfokuskan usaha ke arah membanteras segala bentuk maksiat dan jenayah yang merosakkan masyarakat berbanding menangkap dan mendakwa pihak yang menyampaikan dakwah untuk kebaikan masyarakat khususnya di Johor;
(4) Tangkapan mahupun pendakwaan ke atas berapa ramai sekalipun anggota Hizbut Tahrir sama sekali tidak akan menghentikan usaha dakwah yang sedang dilakukan oleh Hizbut Tahrir, malah sebaliknya ia akan terus menjadi pendorong dan motivasi untuk Hizbut Tahrir meningkatkan lagi usaha dan tugas mulia yang diwajibkan oleh Allah (swt) ini;
(5) Walaupun kami sudah berikrar akan terus melawan kes ini sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi, namun oleh kerana kami menghendaki kebaikan kepada JAINJ, maka kami menasihatkan dengan cara baik agar JAINJ menggugurkan sahaja pendakwaan ini agar beban yang dipikulnya di dunia ini menjadi ringan, dan yang lebih penting JAINJ tidak perlu memikul beban yang lebih berat di akhirat kelak.
Hizbut Tahrir telah bergerak dan berusaha menyampaikan dakwah sejak tahun 1953 di seluruh dunia dengan segala halangan dan rintangan yang tidak pernah berjaya mematahkan semangat para anggotanya, betapa besar dan berat sekalipun halangan tersebut. Hizbut Tahrir akan terus berjuang sehingga tegaknya hukum Allah (swt) secara kaffah di muka bumi ini di bawah naungan Daulah Khilafah Rasyidah ala minhaj nubuwwah. Kami, para anggota Hizbut Tahrir telah bersumpah kepada Allah (swt) yang kami tidak akan sama sekali berhenti menegakkan agamaNya sehinggalah Dia (swt) memberikan kemenangan atau sehingga Dia (swt) menjemput kami ke sisiNya.
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia
Isnin, Zulqa’idah 1440 H
08/07/2019 M
Ruj: HTM 1440 / 09
Press Release
O JAINJ, Withdraw the Charge on Members of Hizb ut Tahrir so that your Burden will be Lighter in this World, and more so in the Hereafter!
Three members of Hizb ut Tahrir who were arrested by the Johor Islamic Religious Department (JAINJ) on 06/04/2019 during a seminar “The Fall and Rise of the Khilafah Against the Liberal Threats” have been charged at the Johor Bahru Shariah High Court on 02/07/2019, before the Sharie Judge Syahrulnizam Saat. The accused, Dr. Salehuddin Bin Ibrahim, 51 and Dr. Norazlan Shah Bin Osman Basah, 35, were charged under Section 11 (1) of the Shariah Criminal Offenses (Johor) Enactment 1997 for teaching matters relating to the religion of Islam without a Tauliyyah (credential) while Sallahuddin Bin Mashkuri, 39, was charged under section 43 (c) of the same Enactment for abetting, offences of which upon conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Hizb ut Tahrir / Malaysia hereby asserts:
(1) JAINJ’s action is very shameful because JAINJ is supposed to be the caretaker of Islam and Islamic preachers, as well as providing aid to efforts of Da’wah in the society. On the contrary, the arrest and prosecution that took place demonstrates that JAINJ is but a barrier to Da’wah activities;
(2) The Da’wah carried out by Hizb ut Tahrir is an obligation that comes from Allah (swt) and His Messenger (saw) and it is a noble duty upon every Muslim to do the same without requiring permission from any party. Delivering Da’wah is not an offense, let alone a crime that would end up in court!
(3) JAINJ should focus more effort in combating the various vices and crimes that are detrimental to the society instead of arresting and prosecuting those who are carrying out Da’wah for the good of society, especially in Johor;
(4) The arrest and prosecution of members of Hizb ut Tahrir will never stop our Da’wah, but instead, it will continue to be the motivating factor for Hizb ut Tahrir to work harder in carrying out this noble duty and obligation;
(5) Even though we have pledged to fight this case up to the highest court, but since we want goodness for JAINJ, we hereby advise JAINJ amicably to withdraw this prosecution so that the burden borne by JAINJ in this world becomes lighter, and more importantly, JAINJ does not have to bear a heavier burden in the Hereafter.
Hizb ut Tahrir has been working and carrying out Da’wah since 1953 throughout the world with all kinds of obstacles and obstructions that have never broken the spirit of its members, no matter how heavy and difficult they are. Hizb ut Tahrir will continue to work without rest until the laws of Allah (swt) are established entirely on this earth under the shade of the Righteous Caliphate upon the method of the Prophethood. We, the members of Hizb ut Tahrir have sworn to Allah (swt) that we will never stop our effort to establish His Deen until He (swt) grant us victory or He (swt) invites us to Him.
Abdul Hakim Othman
Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia
Ref: HTM 1440 / 09
Monday, 05th Dhul Qi’dah 1440 AH
08/07/2019 CE