Wajah Sebenar Najib Berkenaan Isu Nuklear

 
Usaha rejim halang pasukan antarabangsa periksa kemudahan nuklear
 
BAITULMAQDIS – Israel kelmarin mengulangi pendirian tidak akan menandatangani Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).

Kenyataan Tel Aviv itu jelas mengetepikan hasrat Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang mahu komuniti antarabangsa menghapuskan penghasilan senjata nuklear.  Tanpa perjanjian itu, Israel tidak terikat kepada sebarang komitmen untuk membenarkan pasukan atom antarabangsa memeriksa kemudahan nuklear di negara itu.

Pakar asing percaya Israel adalah antara negara pemilik nuklear terbesar dunia dengan memiliki kira-kira 200 kepala peledak atom.

Sikap AS yang seolah-olah merestui pemilikan senjata nuklear itu ternyata menimbulkan kemarahan negara-negara Arab dan Islam.

Ini kerana Washington begitu bersungguh-sungguh cuba mengenakan sekatan ke atas Iran yang didakwa membangunkan senjata nuklear walaupun dinafikan Teheran.

“Kepada rakan dan sekutu kami, kami menegaskan bahawa tiada ruang tekanan ke atas Israel untuk menandatangani NPT,” kata Menteri Pertahanan, Ehud Barak.

Pada persidangan keselamatan nuklear di Washington baru-baru ini, Obama menyatakan hasrat AS untuk mengenakan tekanan terhadap Israel berhubung pemilikan senjata nuklear.

Sumber: Sinar Harian 16/04/10

Ketika Najib Terhegeh-Hegeh Mengatakan Nuklear Hanya Untuk Keamanan Israel Menunjukkan Watak Sebenar Mereka

Israel negara yang dilahirkan oleh Britain hasil hubungan sulitnya dengan PBB pada 14 Mei 1948 kini menjadi anak angkat emas kepada AS dan menunjukkan watak dan wajah sebenar mereka. Tanpa rasa takut dan tunduk kepada mana-mana negara di dunia saat ini, mereka dengan sombong dan bongkaknya tidak menghiraukan ”suara” dunia mengenai isu senjata nuklear. Ketika Najib menjelaskan pendiriannya tentang pembangunan nuklear Iran dengan mengatakan bahawa Iran berhak memajukan tenaga nuklear untuk tenaga dan kesejahteraan tetapi tidak menyokong Iran memajukan senjata nuklear, Israel langsung tidak berfikir seperti Najib. Seperti langit dan bumi, pemikiran pemimpin umat Islam jauh berbeza dengan para pemimpin yang terang-terangan memusuhi umat Islam. Amat malang bagi umat Islam kerana mempunyai pemimpin seperti Najib yang tidak melihat kepada hukum syara’ dalam menilai isu senjata nuklear ini. Sila lihat: SN215 – PERANGKAP AMERIKA DENGAN SIDANG KEMUNCAK NUKLEAR