Wang Simpanan Anda Akan Selamat Dalam Daulah Khilafah.

‘Bank runs’ (keadaan di mana para pendeposit dalam keadaan panik pergi ke bank untuk mengeluarkan deposit mereka) merupakan fenomena yang berlaku akibat penggunaan fractional-reserve banking (sebuah bentuk perbankan di mana bank hanya menyimpan sebahagian kecil dari wang pendeposit sedangkan sebahagian besar darinya dijadikan sebagai modal untuk mengeluarkan pinjaman).

Bank menurut sejarah adalah sebuah gudang penyimpanan wang. Di mana para pelanggan menyimpan emas (pada masa itu) supaya keselamatannya terjamin. Pada mulanya pelanggan akan dikenakan bayaran atas perkhidmatan tersebut. Lama kelamaan pihak bank dapati para penyimpan jarang mengeluarkan keseluruhan deposit mereka.Dengan itu, pihak bank boleh mengeksploitasi bahagian deposit yang tidak digunakan (kerana tidak dikeluarkan oleh pelanggan) untuk menambah keuntungan, dengan cara mengeluarkan pinjaman yang berasaskan interest (riba). Bank-bank ini telah pergi lebih jauh dalam usaha untuk memperolehi keuntungan yang lebih besar dengan mengeluarkan resit kepada deposit yang tidak wujud. Amalan ini menyebabkan penambahan penawaran wang melebihi dari jumlah sebenar deposit yang ada dalam simpanan mereka.

Malangnya, amalan ini tidak diharamkan seperti kesalahan mencetak wang palsu atau mencuri. Sedangkan ia merupakan satu bentuk ‘rompakan’ yang besar yang berlaku setiap hari, yang mana hasil titik peluh orang ramai dimanipulasi oleh pihak bank untuk mendapat lebih keuntungan.

Krisis dan penyelamatan perbankan dari masalah kewangan, adalah kitaran tabie kepada ekonomi ‘boom-bust’. Fractional-reserve banking adalah amalan perbankan yang bertanggungjawab kepada meningkatnya kadar inflasi (penurunan kuasa beli oleh sesuatu mata wang) kerana peningkatan penawaran wang. Ditambah dengan godaan kemudahan kredit yang disediakan oleh bank maka gambaran krisis kewangan dewasa ini menjadi lebih jelas. Dalam kes Amerika Syarikat, wang dicurahkan ke dalam sektor hartanah, para broker yang tidak mengenal kasihan seterusnya mengambil kesempatan dari kemudahan kredit yang tidak terbatas, bank secara berterusan melalui kekuatan fractional-reserve banking untuk mengepam dan menyediakan lebih banyak kredit. Pasaran hartanah yang terlalu panas akhirnya melemah dan seterusnya jatuh menjunam, membawa jatuh bersama-samanya keseluruhan pasaran kewangan.

Apabila pasaran mula mengeluarkan bunyi gelegak seperti cerek air di dapur, maka orang ramai mula gelisah. Apabila mendengar suara krisis kecairan dan insolvensi telah mula menjangkiti sektor perbankan tempat menyimpan wang simpanan mereka, reaksi pertama adalah mengeluarkan keseluruhan wang simpanan mereka dari sana – wang yang diperoleh hasil usaha puluhan tahun mereka, simpanan hari tua dan masa depan anak-anak mereka. Inilah yang dikatakan sebagai ‘bank run’. Hari yang mana pihak bank berdoa kepada Tuhan palsu kapitalisme mereka supaya tidak kunjung tiba. Sebab bahagian wang simpanan pelanggan yang ada pada mereka hanyalah bahagian yang kecil, sedangkan bahagian besarnya telah ‘dirompak’ oleh mereka dan tidak ada di situ.

Dalam Islam hanya ada satu bank utama iaitu Baitul Mal. Jika difikirkan wajar oleh Khalifah, maka terdapat juga bank-bank lain tetapi hanya sekadar sebagai tempat menyimpan wang, bukannya tempat untuk mengenakan riba kepada orang ramai. Tiada transaksi ribawi dan fractional-banking, tiada juga inflasi yang ganas dari penawaran wang yang tidak terbatas, atau kitaran kemakmuran-kemelesetan (boom-bust cycles).

Ringkasnya, wang anda akan kekal sebagai wang anda dan jika anda berlari ke bank untuk mengeluarkannya, anda akan dapati wang tersebut menanti anda.

Terjemahan dari: http://www.financial-crisis.eu/home/viewpoint/your-money-will-be-safe-in-the-caliphate