Wanita Menjadi Mangsa Daripada Revolusi Yang Hina
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pertubuhan hak asasi manusia itu, penyangak telah melakukan serangan seksual dan dalam sesetengah kes mereka telah merogol sekurang-kurangnya 91 wanita di dataran di tengah-tengah Kaherah itu. Memetik maklumat daripada pertubuhan yang mengendalikan talian kecemasan untuk mangsa keganasan seksual, terdapat 46 serangan dilaporkan ke atas wanita pada hari Ahad, 17 kes pada Isnin dan 23 kes selepas itu. Sesetengah mangsa dilaporkan perlu menjalani pembedahan, manakala sebahagian lagi dipukul dengan rantai besi, kayu, kerusi atau diserang dengan pisau.
Senario yang berlaku di atas menunjukkan kepada kita betapa revolusi yang sedang digerakkan pada saat ini bukanlah suatu senario perubahan yang murni yang dituntut oleh Islam. Wanita yang lemah telah dijadikan mangsa untuk tindakan biadab oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dalam situasi tegang yang berlaku di Dataran Tahrir tersebut.
Negara yang seharusnya melindungi dan menjaga rakyatnya telah terbukti gagal dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Malah, para penyangak dan penjenayah yang melakukan keganasan terhadap para wanita ini masih terus berleluasa serta belum dikenakan sebarang hukuman.
Pemerintah dan rakyat di Mesir pada saat ini perlu sedar betapa terlalu besar pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka dalam bentuk masa, harta dan nyawa pada waktu ini telah membawa kepada penyesalan dan kesia-siaan kerana perubahan yang mereka perjuangkan bukanlah perubahan yang dikehendaki oleh Islam. Perubahan yang dikehendaki oleh Islam adalah perubahan yang dapat menjadikan Mesir sebagai sebuah Negara Islam yang mana di dalamnya diterapkan Syariah Islam secara menyeluruh yang seterusnya dapat memadamkan segala batas-batas sempadan nasionalisme dan patriotisme yang selama ini menjadi duri dalam daging umat Islam melalui semangat assabiyah. Dengan izin Allah, Negara Islam ini akan berdiri suatu hari nanti dan negara inilah yang akan menjamin kesejahteraan warganegaranya, serta dapat melindungi dan membela kaum wanita daripada tindakan yang tidak sepatutnya.
Sumber: hrw.org