Watak Sebenar Obama!
WASHINGTON 19 Mac – Presiden Barack Obama merancang untuk menambah bilangan tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan kepada dua kali ganda bagi mewujudkan kestabilan di negara itu. Langkah itu akan meningkatkan jumlah anggota tentera dan polis di Afghanistan kepada 400,000 orang, menurut laporan New York Times, yang memetik sumber pentadbiran kanan dan pegawai Pentagon.
Angka tersebut adalah dua kali ganda daripada jumlah sekarang dan lebih daripada tiga kali ganda daripada jumlah apa yang dilaporkan oleh pegawai Amerika Syarikat mencukupi bagi membawa kestabilan di negara itu, selepas kejatuhan Taliban. Rancangan itu dijangka melibatkan kos antara AS$10 bilion (RM36.6 bilion) dan AS$20 bilion (RM73.1 bilion) untuk tempoh enam hingga tujuh tahun. Angka itu adalah satu peningkatan mendadak bantuan berbanding dengan bajet tahunan
Presiden Afghanistan, Hamid Karzai iaitu sebanyak AS$1.1 bilion (RM4 bilion) yang sebahagian besar disediakan oleh Washington dan bantuan luar. Jumlah tentera Afghanistan kini adalah seramai 90,000, manakala anggota polis kebangsaan berjumlah 80,000 orang. Pentadbiran Obama sedang berusaha memperkenalkan strategi baru untuk Afghanistan dan dijangka diumum minggu depan. Pada 9 Mac lalu, Obama telah mengumumkan penghantaran sekurang-kurangnya 17,000 tentera Amerika Syarikat (AS) yang akan ditarik keluar dari Iraq menjelang September ini, menjadi kumpulan besar pertama tentera AS diundurkan dari bumi Iraq, sejak Obama mengumumkan pelan pengunduran tenteranya dari negara Teluk itu. Jumlah tentera AS di luar AS kini berjumlah 120,000 orang, tidak termasuk di bumi Afghanistan. – AFP
Sumber : Utusan Malaysia: 20/03/09
Watak Sebenar Obama…
Dari Mickey Mouse kepada Donald Duck.
Kita boleh menilai sendiri siapa sebenarnya Obama. Bercadang menarik tenteranya dari Iraq tetapi dalam masa yang sama menambahkan bilangan tenteranya di Afghanistan. Bayangkan bajet yang disediakan oleh AS untuk membunuh umat Islam. Berbilion diperuntukkan untuk tujuan ini di saat AS sedang berada dijurang kehancuran ekonominya.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam”. [TMQ al-Anfaal(8):36].
Apa makna ini semua? Inilah watak sebenar penjajah Kapitalisme. Dari kartun Mickey Mouse kepada Donald Duck.