Wahai Tentera Umat Islam Jadilah Kamu Seperti Sa’ad bin Muaz Bukan Jaguh Angkat Berat!!
BANGI 27 Mac – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kekal mendominasi pingat emas sepanjang kejohanan sebelum menutup tirai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 1, 2011 yang diadakan di Kompleks Sukan Bangi hari ini. Bagaimanapun tiada rekod kebangsaan mampu dicatatkan pada kejohanan hari ini. Acara terakhir hari ini menyaksikan, ATM memperoleh 11 lagi pingat emas dalam empat kategori yang disumbangkan menerusi atlet lelakinya, Mohd Hafiz Ab Halim yang menyumbang tiga pingat emas, Muhammad Zafril Zulkifli (3 emas), Abdul Azim Najmi Abdul Rashid (3 emas) dan Muhammad Yudzaimie Mohd Yunus (2 emas) masing-masing dalam kategori berbeza dengan membuat jurang pingat yang besar untuk menjadikan jumlah keseluruhan 19 emas. Kedudukan pingat ini diikuti oleh Pahang dan Johor yang jauh ketinggalan di belakang ATM dengan masing-masing membawa pulang dua pingat emas sementara Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu pula masing-masing dengan kedudukan satu pingat emas. Namun tujuh lagi negeri iaitu, Kelantan, Sabah, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Labuan gagal merangkul sebarang pingat emas sepanjang empat hari kejohanan ini berlangsung. – Bernama
Sumber : Utusan Malaysia, 27/03/2011
Wahai Tentera Umat Islam Jadilah Kamu Seperti Sa’ad bin Muaz Bukan Jaguh Angkat Berat!!
Sewajarnya seluruh para tentera umat Islam yang jumlahnya ratusan juta di dunia saat ini amnya dan khususnya yang berada di Malaysia menghayati kisah sahabat Ansar yang bernama Sa’ad bin Muaz. Kematian beliau kerana berjuang atas jalan fisabililah telah diiringi oleh Rasulullah SAW dengan kata-katanya “Sesungguh, ‘Arasy Tuhan Yang Rahman bergegar dengan kepulangannya Sa’ad bin Mu’adz … !.
Wahai tentera umat Islam! Hayatilah kata-kata Sa’ad bin Muaz ketika memberikan pandangannya kepada Nabi semasa berlakunya perbincangan strategi perang di antara Rasulullah SAW dan para sahabat Muhajirin dan Ansar semasa Perang Badar: Sa’ad bin Muaz berkata dengan beraninya “Wahai Rasulullah ! Kami telah beriman kepada anda, kami percaya dan mengakui bahwa apa yang anda bawa itu adalah hal yang benar, dan telah kami berikan pula ikrar dan janji-janji kami. Maka laksanakanlah terus, ya Rasulallah apa yang anda inginkan, dan kami akan selalu bersama anda … ! Dan demi Allah yang telah mengutus anda membawa kebenaran! Seandainya anda menghadapkan kami ke lautan ini lalu anda menceburkan diri ke dalamnya, pastilah kami akan ikut mencebur bersamamu, tak seorang pun yang akan mundur, dan kami tidak keberatan untuk menghadapi musuh esok pagi! Sesungguhnya, kami tabah dalam pertempuran dan teguh menghadapi perjuangan … ! Dan semoga Allah akan memperlihatkan kepada anda tindakan kami yang menyenangkan hati … ! Maka mulailah kita berangkat dengan berkah Allah Ta’ala… !”.
Begitulah secebis kisah seorang sahabat Ansar yang memahami untuk apa dia hidup dan untuk apa dia menjadi tentera Islam. Hidupnya di dunia ini digunakan untuk mencari syahid. Renungilah kata-kata beliau di saat dirinya cedera di medan Perang Khandak: ” “Ya Allah, jika dari peperangan dengan Quraisy ini masih ada yang Engkau sisakan, maka panjangkanlah umurku untuk menghadapinya! Kerana tak ada golongan yang diinginkan untuk menghadapi mereka daripada kaum yang telah menganiaya Rasul-Mu, telah mendustakan dan mengusirnya… ! Dan seandainya Engkau telah mengakhiri perang antara kami dengan mereka, jadikanlah kiranya musibah yang telah menimpa diriku sekarang ini sebagai jalan untuk menemui syahid … ! Dan janganlah aku dimatikan sebelum tercapai apa yang memuaskan hatiku dengan Bani Quraidha … !”.
Namun apakah pada hari ini semangat Sa’ad bin Muaz itu masih mengalir didalam jiwa tentera umat Islam? Apa kehebatan dan kecanggihan yang ada pada tentera umat Islam hari ini tidak digunakan dan digerakkan untuk menjaga dan memperjuangkan Islam dan umat Islam. Ini sebenarnya adalah berpunca dari wujudnya para pemerintah sekular di kalangan umat Islam yang dihinggapi penyakit wahan – cinta dunia dan takutkan mati -sedang faktanya tidak ada seorang pun manusia yang akan kekal di dunia! Penyakit inilah yang memasung dan merantai para penguasa sekular ini dari menggerakkan para tentera umat Islam yang ada pada hari ini bagi memikul tugas jihad yang mulia ini. Maka untuk itu tidak hairanlah jika para tentera umat Islam hari ini dialihkan tumpuannya kepada perkara titik bengek yang tidak selayaknya dilakukan oleh seorang tentera Islam. Untuk itu wahai para tentera umat Islam dari setiap peringkat! Berikanlah nusrah kalian kepada kelompok yang berusaha untuk menegakkan kembali Khilafah – kunci yang akan membuka kemuliaan kepada seluruh manusia dan kehidupan yang akan memberi peluang kepada kalian untuk mencontohi keberanian dan perjuangan golongan Ansar, seperti Sa’ad bin Muaz. Apa lagi yang kalian inginkan kalau bukan untuk mendapatkan syahid fisabilillah?