NATO Telah Bersiap, Penguasa Muslim Masih Terlelap

Pada hari Rabu, 20 Mac 2013, laman sesawang kavkaz center telah melaporkan bahawa pasukan NATO telah bersiap sedia untuk melakukan operasi ketenteraan di Syria sepertimana yang pernah mereka lakukan di Libya. Laman sesawang tersebut memetik kenyataan Jenderal Stavridis, seorang pegawai tentera AS yang pada ketika ini menjadi komandan dalam Komando Eropah (USEUCOM) dan Panglima Tertinggi Sekutu Eropah (SACEUR). “Kami mempertimbangkan pelbagai kemungkinan dan kami telah bersiap sedia jika diperlukan untuk terlibat di Syria seperti yang pernah kami lakukan di Libya,” ujar Stavridis.

Sebelum itu, AS dilaporkan sedang mempersiapkan operasi ketenteraan untuk melawan kumpulan mujahidin di Syria.  Untuk tujuan itu, drone digunakan di samping membuat perancangan baru bagi kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang akan beroperasi di bawah Koalisi Nasional (National Coalition) yang pro barat untuk memilih calon Perdana Menteri Syria yang baru. Selain itu, ejen perisikan CIA serta ejen-ejen perisikan Barat dan Arab yang lain sedang dipersiapkan untuk membunuh komandan-komandan mujahidin terkemuka di Syria.

Di saat musuh-musuh Islam tidak pernah berehat dan berputus asa untuk melemahkan serta mengalahkan kaum Muslimin, penguasa-penguasa Muslim di seluruh dunia masih lagi boleh tidur nyenyak sambil dibuai mimpi indah di tampuk pemerintahan masing-masing. Mereka sama sekali tidak mengerahkan sebarang batalion tentera pun untuk membantu saudara-saudara Muslim mereka di Syria. Bahkan lebih teruk daripada itu, mereka menjadi ejen kepada orang-orang kafir untuk mengalahkan kumpulan-kumpulan mujahidin yang ikhlas berjuang untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah.

“Mereka (orang-orang kafir itu) membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.[TMQ Al-Imran (3): 54].

Orang-orang kafir membuat perancangan, namun Allah adalah perancang yang terbaik. Beberapa hari yang lalu, para mujahidin Syria telah berjaya mengambil alih sepenuhnya beberapa wilayah penting di bahagian timur laut negara itu, iaitu bandar daerah Deir az-Zor yang terletak kira-kira 400 km dari Damaskus. Malah sehingga saat ini, para mujahidin di Syria masih tetap teguh dengan pendirian mereka untuk tetap menolak sebarang campur tangan Amerika dan sekutunya dalam segala aspek terutamanya urusan pemerintahan. Namun, apa yang menyedihkan, para penguasa Muslim masih lagi terlelap dan terlena dibuai kenikmatan dunia. Mereka tidak sedar bahawa roda pemerintahan dunia sedang berputar dan kekuasaan dunia akan segera berpihak kembali kepada umat Islam kerana waktu penggiliran (kekuasaan) ini akan segera tiba tidak lama lagi.
 

وَتِلۡكَ ٱلۡأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيۡنَ ٱلنَّاسِ وَلِيَعۡلَمَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَيَتَّخِذَ مِنكُمۡ شُہَدَآءَ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِينَ
“…Dan demikianlah hari-hari (kemenangan dan kekalahan), Kami pergilirkan antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan agar Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang yang kafir) dan agar sebahagian daripada kamu dijadikanNya (gugur sebagai) orang-orang yang syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.” [TMQ Al-Imran (3): 140]

Sumber: www.kavkazcenter.com