Majlis Rumah Terbuka Aidiladha Dan Tazkirah Bersama Muslimah HTM
Selain itu, hadirin turut juga diperingatkan akan pengorbanan yang dilalui oleh Junjungan Mulia Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta para shahabiah seperti Saidatina Khadijah r.a. , Fatimah bt Rasulullah, Asma’ bt Abu Bakar dalam mengembangkan Islam. Ketika menikmati juadah, hadirin juga telah dihidangkan dengan halwa mata dan telinga, iaitu tayangan video dan pameran berkisar aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak Muslimah HTM dalam rangka untuk mendekatkan diri dengan umat. Pihak penganjur berdoa semoga majlis yang telah dijalankan ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim Muslimah HTM bersama umat dan seterusnya menyuntik kesedaran di kalangan hadirin tentang erti sebenar pengorbanan yang harus dijiwai dan difahami .
Dikesempatan ini, pihak Muslimah HTM ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah hadir memeriahkan majlis dan jawatankuasa yang menentukan kelancaran perjalanan majlis tersebut. Semoga Allah membalas jasa baik saudara-saudari sebagaimana firmanNya: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu” [TMQ Surah Al-Hajj:37].