Musuhnya ialah Amerika, Nick Adams hanyalah wakilnya
Pelantikan Nick Adams oleh Donald Trump sebagai calon Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia telah mencetuskan kecaman dan kritikan oleh pelbagai pihak di negara ini. Dikenali dengan sokongannya terhadap ‘Israel’ dan kenyataannya yang bersifat Islamofobik, Nick Adams dianggap sebagai pilihan yang tidak sesuai oleh banyak pihak, termasuk dalam kalangan parti pemerintah sendiri.
Dari satu sudut, sememangnya kita tidak patut bersetuju dengan pelantikan orang seperti Nick Adams untuk menjadi duta di negara ini. Namun dari sudut lain, amat malang apabila banyak pihak gagal melihat “negara” manakah yang Nick Adams wakili dan apakah “status” negara tersebut dalam pandangan Islam?
Persoalan pokok di sini bukanlah sosok Nick Adams, tetapi Amerika Syarikat itu sendiri, sebagai negara yang diwakili oleh Nick Adams. Dengan kata lain, apa yang perlu kita lihat ialah Amerika-nya, bukan dutanya.
Dengan dukungan tak berbelah bahagi, dan dengan segala bantuan persenjataan oleh Amerika kepada entiti Yahudi, sesungguhnya telah menjadikan Amerika sama sahaja statusnya dengan entiti haram Yahudi di sisi Islam, iaitu sebuah negara kafir harbi fi’lan (ad-Daulah al-Muharibah F’ilan) – negara yang sedang berperang dengan umat Islam. Untuk negara seumpama ini, tidak ada apa-apa hubungan yang boleh wujud kecuali hubungan perang sahaja. Tidak boleh ada hubungan diplomatik, perdagangan, transportasi, telekomunikasi, pendidikan atau lain-lain hubungan sama sekali dengan ad-Daulah al-Muharibah Fi’lan.
Dengan segala kejahatan yang telah dilakukan oleh Amerika, baik secara bersendirian mahu pun bersekongkol dengan Yahudi untuk memerangi umat Islam, dan dengan sikap Amerika yang jelas-jelas memusuhi Islam, maka apa yang seharusnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia bukanlah menerima duta baru, tidak kira siapa pun dia, tetapi wajib menutup terus kedutaan Amerika di negara ini dan menghalau duta negara pengganas dan penjajah itu segera dari Malaysia.
Justeru, isunya bukanlah isu sosok Nick Adams yang perlu ditolak oleh rakyat Malaysia, tetapi kita mesti melihat kepada negara yang diwakili oleh Nick Adams. Kita perlu ingat bahawa siapa pun yang menjadi duta Amerika, mereka sesungguhnya mewakili Amerika sebagai negara kafir harbi fi’lan, mewakili kepentingan Amerika, mewakili pendirian Amerika dan mewakili kejahatan Amerika.
Kita bukan sahaja tidak boleh menerima Nick Adams, tetapi kita tidak boleh menerima siapa sahaja daripada negara kafir harbi fi’lan untuk menjadi duta di negara kita. Hukum ke atas pemerintah Muslim ialah untuk “mengenyahkan” duta dan kedutaan mereka yang sedia ada, bukannya terus menerima duta baru, siapa pun dia.
Kita mesti ingat bahawa Amerika Syarikat merupakan sebuah negara musuh dan wajib dilayan sebagai musuh. Amerika telah menjajah dan memusnahkan Iraq dan Afghanistan serta membunuh ramai umat Islam di kedua-dua negeri Muslim tersebut. Sejak sekian lama, Amerika telah menjajah negeri umat Islam sama ada secara fizikal atau pemikiran atau kedua-duanya. Amerika membungkus segala penjajahan dan kejahatan yang mereka lakukan dengan nama demokrasi, kebebasan, dan hak asasi manusia.
Konon menyeru kepada demokrasi, dalam masa yang sama Amerika mendukung kesemua rejim diktator di dunia Islam, yang membuktikan hakikat bahawa dukungan Amerika kepada para penguasa Muslim, baik diktator mahu pun demokratik, hanyalah kerana para penguasa ini mengikut telunjuk Amerika dan terus setia berada di bawah ketiak Amerika.
Siapa pun yang menjadi presiden Amerika, dan parti mana pun yang memerintah Amerika – baik Demokrat atau Republikan – dasar luar Amerika sebagai negara imperialis tidak pernah berubah, yang sekali gus bermaksud siapa pun yang menjadi duta Amerika, dia adalah duta sebuah negara imperialis, duta yang mewakili negara yang memusuhi Islam.
Atas dasar itulah, pihak-pihak yang menolak sosok Nick Adams, tetapi boleh menerima sosok lain sebagai duta Amerika, telah gagal melihat “negara” yang melantiknya. Sebagai Muslim, kita seharusnya sedar bahawa Nick Adams hanyalah simbol – hakikatnya setiap duta Amerika adalah mewakili negara Amerika dan akan membawa misi yang sama, iaitu memperkukuh cengkaman Amerika ke atas dunia Islam.
Kita perlu ingat bahawa kewujudan kedutaan Amerika sebagai negara penjajah, di bumi kita, bukanlah kerana mereka mahu menjalin persahabatan dengan kita, tetapi keberadaan mereka ialah untuk mengawal, merisik, menekan dan melaksanakan agenda penjajahan mereka serta memastikan kepentingan mereka sentiasa terjaga.
Justeru, kita wajib menolak negara pembunuh umat Islam, pengganas dan penjajah ini, bukan sekadar menolak dutanya. Kita juga tidak boleh tunduk kepada negara kafir harbi, yang bererti kita tunduk kepada musuh kita. Malahan lebih daripada itu, kita wajib memerangi negara kafir harbi fi’lan sehingga mereka tunduk kepada Islam.
Namun demikian, kita yakin hal ini tidak akan terjadi di bawah mana-mana pemerintah Muslim yang ada sekarang. Hanya negara Khilafah sahajalah yang kita harapkan untuk melakukan semua itu, dan negara ini akan berdiri sedikit masa lagi insya Allah melalui usaha tangan-tangan para pejuangnya yang ikhlas dan berjuang di jalan yang benar.
Wallahu a’lam.