Board of Peace: 8 perkara penting yang setiap Muslim mesti tahu

Penubuhan Board of Peace (BoP) yang dicanangkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini sudah di peringkat realisasi, setelah diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September 2025. Dilaporkan setakat ini sudah lebih 20 negara yang bersetuju menyertai BoP ini sebagai negara pengasas di mana sebahagian besarnya ialah negara kaum Muslimin.

Di saat negara-negara utama Eropah mengkritik BoP Trump ini, malah ada yang menolak jemputan Trump kerana sudah nampak agenda Trump di sebaliknya, negara-negara kaum Muslimin pula saling berebut untuk menjadi anggota, biar pun Trump mengenakan “yuran penyertaan” sebanyak USD1 bilion.

Penubuhan BoP ini merupakan satu senario baru dunia yang tidak boleh dipandang enteng oleh setiap Muslim. Ia merupakan perancangan licik Trump untuk “merampas” Tanah Palestin Yang Diberkati, melalui satu cara baru yang disahkan oleh undang-undang antarabangsa.

Setidaknya ada 8 perkara yang tampak dan tersembunyi dari BoP Trump ini:

  1. Penjenayah perang berlagak pendamai

Trump bukan sekadar tidak pernah menyembunyikan jenayahnya membekalkan senjata kepada entiti Yahudi untuk membunuh umat Islam dan menghancurkan Gaza, malah Presiden Amerika itu dengan bangganya mengisytiharkan semua itu kepada seluruh dunia. Seluruh langit dan bumi tahu bahawa pembunuhan dan pemusnahan besar-besaran yang dilakukan oleh entiti Yahudi ke atas Gaza adalah hasil lampu hijau dan persenjataan yang dibekalkan oleh si penjenayah Trump.

Setelah melakukan semua kejahatan itu dan bergembira dengannya, kini Trump menubuhkan BoP untuk memastikan keamanan dan kedamaian Gaza serta membangun semula apa yang dia telah hancurkan sehancur-hancurnya itu. Ibarat penjahat yang membakar rumah orang, kini dia menjadi ketua bomba yang akan menyelamatkan rumah yang terbakar itu.

Demikianlah perangai celaka Trump, dan demikianlah perangai jahat Amerika sejak dahulu – mereka mencipta konflik di mana-mana negara di dunia ini yang mereka mahu, dan mereka memusnah negara berkenaan demi memenuhi nafsu serakah mereka, kemudian mereka muncul sebagai penyelamat dalam konflik dan kemusnahan tersebut. Namun malangnya, penguasa Muslim buta atau sengaja membutakan mata mereka daripada semua ini, dan memilih untuk menghinakan diri sendiri dengan bersama Amerika, mengabdikan diri mereka kepada Amerika dan terus mengkhianati Gaza, hanya kerana ingin mendapat keredhaan tuan mereka yang celaka itu.

  1. Trump cuba stabilkan Gaza dan pulihkan imejnya dengan berlagak hero

Trump memang terkenal dengan perangainya yang gila glamour, gilakan pujian, mahu jadi hero dan mahu jadi raja dunia. Malah, kalau boleh dia mahu jadi Tuhan, sebagaimana Firaun yang merasakan dirinya sebagai Tuhan. Bagaimana pun, dengan apa yang dia dan sekutunya, Netanyahu lakukan ke atas Gaza, imejnya telah menjunam ke jurang yang paling dalam.

Perang yang berterusan juga telah menyebabkan ketidakstabilan yang berterusan, dan jika ia terus berlanjutan tanpa henti, imej Trump akan hancur lebur bersama kehancuran Gaza. Isu Gaza telah menyebabkan ketidakstabilan politik dunia yang tidak pernah disaksikan sebelum ini – demonstrasi berlaku di mana-mana bahagian dunia termasuk di negara kafir sendiri, dengan Trump menerima kecaman tanpa henti.

Di samping itu, perang ini juga telah memenatkan Trump dan Netanyahu, kerana ternyata mereka tidak pernah menang walaupun mereka berjaya membunuh puluhan ribu warga Gaza dan menjadikan Gaza padang jarak padang tekukur. Namun, warga Gaza tetap bertahan dan tidak kalah. ‘Kemenangan’ sebenarnya sudah lama berpihak kepada warga Gaza, melihat hakikat ketabahan mereka, dan dukungan penduduk dunia kepada mereka yang tidak pernah putus.

Jadi, dengan adanya BoP, Trump berharap yang imejnya sebagai ‘world order’ akan pulih kerana dia sekarang cuba muncul sebagai hero Gaza. Jika BoP ini berjalan sebagaimana perancangan jahatnya, maka Trump dan sekutunya Netanyahu juga dapat berehat setelah keletihan yang panjang dalam sebuah perang yang gagal mencapai objektif.

  1. Pengkhianatan berterusan penguasa Muslim

Dengan menyertai BoP, para penguasa Muslim meneruskan siri pengkhianatan mereka terhadap Gaza dan Palestin. Realitinya, mereka sudah lama pun hilang maruah, rasa malu dan keimanan. Kini, mereka tanpa segan silu mendukung Trump dan berada sebaris dengan Netanyahu dalam BoP, setelah Trump dan Netanyahu membunuh puluhan ribu saudara-saudara mereka dan menghancurkan bumi Isra’ dan Mi’rajnya Rasul mereka. Sungguh, betapa khianatnya para penguasa ini sehingga langit pun boleh terbelah dengan pengkhianatan mereka!

  1. BoP merupakan penjajahan gaya baru

Antara hal yang paling menonjol dengan BoP ialah ia jelas merupakan satu bentuk penjajahan baru – sebuah penjajahan tanpa tentera, tanpa perang dan tanpa bendera! Lebih dari itu, ia merupakan sebuah “penjajahan yang sah” dari segi undang-undang antarabangsa, kerana telah mendapat kelulusan rasmi daripada PBB. Alangkah hebatnya penjajahan gaya baru ini! Malah, melalui penyertaan para penguasa Muslim, BoP Trump ini mendapat legitimacy yang lebih kuat, kerana menggambarkan persetujuan dan pengiktirafan para penguasa khianat ini untuk menyerahkan tanah mereka sendiri (bumi Palestin) kepada Amerika!

Melalui BoP juga, Trump boleh terus mengekalkan penjajahan ‘Israel’ di bumi yang diberkati itu, kerana solusi masalah Palestin kini sah berada di tangan Trump. Bahkan, solusi masalah Palestin turut berada di tangan Netanyahu sebagai salah seorang ahli BoP. Isu Palestin kini sudah teralih kepada isu pemulihan Gaza, bukan lagi kepada isu sebenar iaitu pengusiran Yahudi dari bumi Palestin. Maka, di bawah BoP, Palestin akan terus terjajah dengan sah, dan dengan cengkaman Yahudi yang lebih kuat daripada sebelumnya!

Seiring dengan kuasa penuh yang ada pada Amerika ke atas pemerintahan Gaza, maka sudah tentu penjajahan gaya baru ini juga akan menyusul dengan penerapan sistem dan undang-undang kufur yang datangnya dari Amerika, dengan kesemua pegawai dan kakitangan yang dilatih oleh Amerika dan tunduk kepada Amerika. Dengan kata lain, penjajahan gaya baru ini akan melahirkan lebih ramai ejen dan tali barut Amerika di tanah kaum Muslimin.

Penjajahan gaya baru ini bakal menghancurkan sepenuhnya sisa-sisa kedaulatan yang ada di bumi Palestin, selain menghancurkan segala perlawanan terhadap Yahudi dan kuasa Barat yang mendukungnya. Semua ini akan terhapus dan akan diganti dengan ketergantungan dan ketundukan mutlak kepada Amerika.

Jika dulu Amerika terpaksa memasuki Iraq dan Afghanistan dengan ketenteraan dan pelbagai kekuatan senjata untuk menjajah kedua-dua negara kaum Muslimin itu (dan dunia menganggapnya sebagai penjajahan) kini, melalui BoP, Amerika sudah tidak perlu lagi berbuat demikian. Amerika boleh menjajah Gaza tanpa tentera, tanpa peperangan dan tanpa bendera, dan dunia juga tidak akan menganggapnya sebagai sebuah penjajahan!

  1. Demilitarisation – Penghapusan hukum jihad

Trump telah lama menekan Hamas untuk meletak senjata, walaupun Hamas hingga kini masih tidak setuju berbuat demikian. Namun, Hamas telah bersetuju dengan banyak syarat yang terdapat dalam Pelan 20-Perkara Trump, dan termasuklah BoP ini. Melalui BoP, Trump tidak mahu ada lagi perlawanan bersenjata dari umat Islam untuk melawan entiti Yahudi. Trump mahu menghapuskan sepenuhnya kekuatan bersenjata kaum Muslimin di Gaza (demilitarisation) yang dengan cara ini sahajalah Yahudi dan entitinya dapat diselamatkan, dan kestabilan yang Trump mahukan dapat dicapai.

Setakat ini, Hamas kelihatannya telah berjaya “dijinakkan” oleh Trump. Jika BoP ini berjaya direalisasikan oleh Trump sepenuhnya, maka sudah tentu tidak ada lagi perlawanan bersenjata dari umat Islam terhadap Yahudi.

Kesan dari semua ini ialah terhapusnya hukum jihad, dan inilah yang dikehendaki oleh Trump. Walaupun merasa diri mereka kuat, namun Amerika dan ‘Israel’ sebenarnya cukup takut dengan jihad kaum Muslimin. Kalau boleh, mendengar istilah “jihad” pun mereka tidak mahu, kerana istilah ini sentiasa menggentarkan jantung mereka. Jika Trump berjaya dengan BoPnya ini, maka hilanglah jihad di bumi Palestin, sebuah kehilangan yang tentunya mengundang murka Allah, selain tidak mudah untuk dikembalikan semula oleh warga Palestin.

  1. Deradicalisation – Penghapusan pemikiran politik Islam

Bukan sekadar mahu menghapuskan jihad, Trump malah mahu menghapuskan “pemikiran Islam” yang ada pada kaum Muslimin untuk melawan Yahudi dan mengusir mereka dari bumi Palestin – sebuah pemikiran yang dianggap oleh Trum sebagai radikal. Proses menghapuskan pemikiran radikal (deradicalisation) ini sangat penting bagi Trump, kerana pemikiran inilah yang menjadi benih dan bahan bakar yang sentiasa menyalakan api perlawanan terhadap Yahudi, dan terhadap Amerika sendiri.

Tanpa pemikiran politik Islam, Gaza bukan sahaja akan terus kehilangan arah perjuangan, sebaliknya akan diganti dengan pemikiran kufur atau pemikiran moderat, yang akan tunduk kepada hegemoni Amerika. Akhirnya, Islam yang diamalkan di Gaza hanyalah sebagai agama ritual, bukan Islam sebagai sebuah sistem kehidupan yang komprehensif. Inilah yang dimahukan oleh Amerika.

  1. Penutupan sejarah dan realiti isu Palestin

Selepas perjanjian Sykes-Pycot 1916, Palestin telah hilang kedaulatan, dan berada di bawah kekuasaan musuh. Beberapa tahun kemudian, melalui resolusi Liga Bangsa-Bangsa (the League of Nations), Palestin telah diletak di bawah mandat British sehinggalah ke tahun 1948 apabila ‘Israel’ diisytihar berdiri dengan rasminya oleh PBB.

Sejak jatuh ke tangan Israel, rakyat Palestin tetap bangkit menentang penjajahan sehinggalah kemudian munculnya Hamas pada 1987 untuk membebaskan Palestin dengan lebih kuat melalui pengangkatan senjata. Perlawanan umat Islam dengan Yahudi tidak pernah terhenti walaupun dengan kekuatan yang sedikit.

Kini, pada tahun 2026, dengan BoP tajaan Amerika, sejarah nampaknya berulang dengan PBB memberikan mandat kepada Amerika untuk menjajah dan memerintah Palestin. Bahkan lebih tepat untuk dikatakan bahawa Amerika telah memberikan mandat kepada dirinya sendiri untuk memerintah Palestin, dan ini disetujui pula oleh penguasa Muslim yang khianat!

Dahulu, si Yahudi Theodore Hertzl ingin membeli sedikit tanah Palestin, dengan melunasi hutang Khilafah Uthmaniyyah sebagai ganti. Namun, Sultan Abdul Hamid dengan tegas enggan melepaskan tanah Palestin walau sejengkal dan sanggup mati kerananya. Akhirnya, setelah kejatuhan Khilafah, Yahudi telah mengambil Palestin dengan percuma.

Kini, dengan BoP, Amerika bukan sahaja telah mendapat Palestin dengan percuma, bahkan para penguasa Muslim yang khianat sanggup membayar USD1 bilion setiap seorang, kepada Amerika untuk Amerika menjajah dan memiliki bumi Palestin!

Dengan BoP, sejarah dan realiti Palestin telah berjaya ditutup oleh Amerika. Apakah sejarah dan realiti Palestin? Bahawa Palestin merupakan tanah kaum Muslimin yang dirampas oleh musuh, dan kaum Muslimin wajib mendapatkannya kembali, serta mengusir penjajah hingga ke kubur mereka.

  1. Trump takut akan kebangkitan semula Khilafah

Apa yang jelas lagi pasti ialah Trump dan Netanyahu sebenarnya sudah berpeluh ketakutan dengan potensi kembalinya Khilafah, khususnya di Timur Tengah. Kedua-dua musuh Allah ini sedar bahawa umat Islam semakin bangkit dengan isu Gaza, yang telah memberikan momentum kesedaran dan kebangkitan yang luar biasa di seluruh dunia. Umat Islam semakin nampak akan keperluan kepada penyatuan dan keperluan kepada sebuah kuasa besar Islam untuk mengalahkan entiti Yahudi dan Amerika, dan kuasa besar itu tidak lain tidak bukan ialah Khilafah.

Musuh Allah itu sudah lama menjangkakan bahawa Khilafah akan kembali, sehingga mereka sering bercakap mengenainya, dan berusaha menghalangnya sekuat tenaga dan dengan apa cara sekali pun. Terbaru, dalam satu temubual Fox News pada 04/12/2025, Setiausaha Negara AS Marco Rubio cuba menakut-nakutkan orang ramai dengan “Islam radikal” sebagai kuasa revolusioner yang bertekad untuk mendominasi dunia. Dia menyatakan,

Radikal Islam tidak akan pernah berpuas hati dengan keKhilafahan kecil (little caliphate) mereka sendiri…mereka mahu berkembang…menguasai lebih banyak wilayah…mereka mempunyai rancangan terhadap Barat, terhadap AS, terhadap Eropah…”

Netanyahu sendiri, pada 21 April 2025 mengeluarkan kenyataan: “Kita tidak akan terima penubuhan Khilafah di pesisir Mediterranean.” Dilaporkan sejak serangan 7 Oktober 2023, setidak-tidaknya tiga kali musuh Allah itu menyebut tentang Khilafah.

Kekhuatiran dan ketakutan Amerika dan entiti Yahudi akan berdirinya semula Khilafah buat kali yang kedua sudah tidak dapat disembunyikan. Malah, inilah peristiwa yang paling mereka takuti di sepanjang hidup mereka, kerana dengan berdirinya Khilafah, mereka tahu bahawa hayat mereka sudah tiba ke penghujung.

Kesimpulan

Amat jelas bahawa ‘Board of Peace’ (Lembaga Keamanan) sebenarnya ialah ‘Board of War, Occupation and Betrayal’ (Lembaga Perang, Penjajahan dan Pengkhianatan). Ia merupakan agenda penjajahan gaya baru Amerika, yang dibalut dengan istilah yang sangat lunak. Hanya pengkhianat dan mereka yang buta hatinya sahaja yang akan bersetuju dengan Trump dengan BoPnya ini.

Sebagai Muslim, haram untuk kita menerima, mendukung, apatah lagi menyertai BoP durjana ini, kerana ia memberikan kekuasaan kepada orang kafir ke atas orang beriman. Haram bagi kita untuk bersetuju, apatah lagi bekerjasama dengan musuh Allah, lebih-lebih lagi di dalam merampas tanah kita sendiri, bumi Palestin Yang Diberkati. Selain itu, BoP ini juga amat jelas merupakan agenda Amerika untuk menghapuskan hukum jihad, malah untuk menghapuskan istilah jihad itu sendiri daripada benak kaum Muslimin.

Sesungguhnya Palestin tidak memerlukan BoP, dan Palestin akan terus terjajah dengan BoP. Satu-satunya solusi untuk masalah Palestin ialah jihad fi sabilillah iaitu dengan bergeraknya tentera kaum Muslimin untuk mengusir penjajah dan menghantar mereka ke kuburan mereka. Malangnya, kita tahu bahawa para penguasa kaum Muslimin tidak akan menggerakkan tentera mereka untuk tujuan ini, kerana kesetiaan mereka ialah kepada Amerika, bukannya kepada Allah. Justeru, satu-satunya harapan yang tinggal ialah untuk kita mendirikan kembali Khilafah, yang akan mengajar Amerika dan Yahudi erti kehinaan, kekalahan dan kematian.

Wallahu a’lam.