Kenyataan Media
[PDF]
Kenyataan Media
Bahagian Wanita Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir akan mengadakan Persidangan Wanita Antarabangsa buat julung kalinya – “Wanita dan Shariah : Memisahkan Fakta dengan Fiksyen”.
Pada hari Sabtu, 28 Mac 2015, Bahagian Wanita Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir akan mengadakan Persidangan Wanita Antarabangsa buat julung kalinya yang bertajuk, “Wanita dan Syariah : Memisahkan Fakta dengan Fiksyen”. Acara berprestij ini akan dihadiri oleh ramai cendekiawan wanita di mana ianya bakal dilaksanakan di pelbagai benua yang terdiri dari 5 buah negara secara serentak : Palestin, Turki, Tunisia, Indonesia dan Britain. Persidangan ini diadakan dewan-dewan elektronik yang akan disatukan melalui ceramah-ceramah siaran langsung dari setiap tempat ke lokasi yang lain dan juga akan menampilkan ceramah dari Jordan. Acara ini juga akan disiarkan secara langsung kepada orang di seluruh dunia. Para peserta yang bakal menyertai persidangan ini termasuk wartawan wanita, ahli politik, ahli akademik, aktivis, peguam, mahasisiwi, pemimpin masyarakat dan wakil-wakil dari pertubuhan-pertubuhan. Ia juga merupakan kemuncak kempen global intensif yang rancak dijalankan selama 6 minggu termasuk kempen di media sosial dan juga hubungan baik dengan media di peringkat antarabangsa serta diskusi dengan wanita di negara-negara di seluruh dunia.
Topik perbincangan persidangan termasuklah: samada undang-undang antarabangsa atau Syariah sepatutnya menjadi asas untuk hak-hak wanita di negara-negara Islam; samada feminisme Islam adalah jalan untuk meningkatkan status wanita; membongkarkan mitos media mengenai wanita dan Syariah; hakikat sistem sosial Islam; kedudukan wanita di bawah undang-undang Syariah Khilafah; dan peranan wanita dalam mewujudkan perubahan politik sebenar. Acara ini juga akan mengetengahkan sokongan yang semakin meningkat dalam kalangan wanita Islam di peringkat global bagi penerapan Syariah serta memaparkan usaha wanita Hizbut Tahrir untuk mendirikan semula Khilafah.
Ini adalah satu persidangan yang amat tepat masanya memandangkan terdapat perdebatan sengit sedang berlaku di banyak negara-negara Islam, berkenaan samada hak-hak wanita boleh terjamin dengan sebaiknya di bawah sistem Islam atau sistem sekular. Selain itu, beberapa tahun kebelakangan ini terdapat serangan tidak henti-henti dari ahli-ahli politik sekular, feminis, dan pelbagai sektor media liberal terhadap undang-undang sosial Islam, termasuk pakaian orang Islam, poligami, hak perwarisan, pengasingan jantina, dan hak-hak serta kewajipan dalam perkahwinan Islam yang mereka telah gelarkan sebagai menindas, tidak adil dan mendiskriminasi wanita. Ini telah menimbulkan perbincangan di kalangan masyarakat di Timur dan Barat, berkenaan samada undang-undang Syariah yang berkaitan dengan wanita memerlukan pembaharuan. Serangan tersebut telah disokong oleh segunung pembohongan yang telah direka untuk menentang Syariah oleh generasi golongan sekular secara berturut-turut yang telah menuduh Syariah sebagai merendahkan, memperhambakan dan menindas wanita. Semua ini telah menimbulkan rasa ketakutan terhadap status wanita di bawah pemerintahan Islam yakni negara Khilafah pada masa hadapan. Justeru itu, persidangan ini bertujuan untuk membongkar cerita palsu penindasan wanita di bawah Syariah, dan membentangkan gambaran yang jelas mengenai kedudukan sebenar, hak-hak, dan peranan wanita sebagaimana yang ditakrifkan oleh Islam dan dilaksanakan oleh Khilafah. Acara ini juga akan menentang tuduhan terhadap hukum Islam khususnya yang berkaitan dengan wanita, dan juga menjelaskan asas, nilai-nilai dan undang-undang sistem sosial Islam yang unik dan kesan positifnya ke atas wanita, kanak-kanak, kehidupan keluarga, dan masyarakat secara keseluruhan.
Seterusnya, berikutan sesi tahunan Suruhanjaya PBB berkaitan Status Wanita yang diadakan pada bulan ini di mana pemimpin-pemimpin dunia berjanji untuk memperkukuhkan usaha mereka untuk melaksanakan agenda kesetaraan gender dari Perisytiharan dan Platform Tindakan Beijing 1995 yang menandakan ulang tahunnya yang ke-20 tahun ini, persidangan kami akan mencabar idea Barat feminisme dan keseteraan gender samada ia akan mengangkat wanita dari penindasan atau menjamin kehidupan yang sejahtera untuk mereka. Selanjutnya, ia akan mengetengahkan bahawasanya undang-undang, sistem dan institusi Khilafah di atas jalan kenabian-lah yang sebenar-benarnya menawarkan solusi kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh wanita di umat negara-negara Islam pada hari ini. Kami menyeru kepada semua pihak media yang mempunyai keinginan yang tulus untuk mencipta masa hadapan yang positif, terjamin dan terhormat untuk wanita agar menghadiri dan membuat liputan persidangan penting ini.
Nota kepada Editor: Persidangan ini akan berlangsung pada 09:30 am GMT ,hari Sabtu, 28 Mac 2015. Sebuah sidang media terbuka kepada wartawan lelaki dan perempuan akan diadakan di Indonesia pada hari persidangan tersebut pukul 3.30pm waktu Jakarta di Pusat Konvensyen Antarabangsa IPB, Bilik Mesyuarat EF, Bangunan Botani Square Tingkat 2, JI. Pajajaran, Bogor – Jawa Barat 16127, Indonesia. Walau bagaimanapun, hanya wanita sahaja dibenarkan untuk menghadiri acara tersebut (persidangan). Bagi akreditasi media, sila hubungi: [email protected]. Persidangan ini boleh ditonton secara langsung di: www.htmedia.info. Laman sesawang Kempen: www.facebook.com/WomenandShariah.
Dr. Nazreen Nawaz
Bahagian Wanita Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir