Anggota Tea Party campakkan al-Quran
Anggota Tea Party campakkan al-Quran dan berkata, “ Inikah yang Menyerukan Arab Spring, Islam dan Khilafah?”
Pada tanggal 29/01/2014 yang lalu, laman sesawang bagi surat khabar Turki “Miliyat” mengeluarkan satu video dari youtube tentang Ben Smith, berkenaan seorang mantan anggota Navy Seal AS yang sedang berucap di hadapan para anggota “Tea Party” Amerika.
Ketika berucap, dia mengambil al-Quran, lalu mencampakkannya ke bawah sebagai bentuk penghinaan terhadap kalam Allah yang terkandung di dalamnya. Dan dengan sinis pula, para hadirin bertepuk tangan setelah Smith mengatakan, “Inikah buku (al-Quran) yang menyerukan pada Arab Spring, Islam dan Khilafah?”
Lihatlah, betapa kebencian yang mendarah daging terzahir di dalam diri orang-orang kafir terhadap Islam. Dalam masa yang sama, sebenarnya di dalam diri mereka juga tersimpan rasa ketakutan terhadap revolusi yang akan melahirkan Khilafah Islam. Ketakutan mereka itu adalah kerana umat Islam sedang menuju untuk meraih kembali posisinya sebagai negara “super power” di pentas dunia, untuk menghapus era keangkuhan serta kebiadaban Amerika dan sekutunya selama ini.
“Tea Party” Amerika adalah parti nasionalis yang memusuhi Islam secara terbuka dan menunjukkan rasa kebimbangannya akan kembalinya kekuasaan Islam di bawah naungan Khilafah di peta dunia, sebagaimana sikap yang ditunjukkan oleh mantan tentera Amerika itu ketika berucap di hadapan para anggota partinya.
Hal seperti ini bukanlah kejadian yang pertama kali berlaku di Amerika. Sungguh, telah terjadi beberapa insiden yang seumpamanya, misalnya terbitnya filem yang menghina Rasulullah SAW, membakar dan merosakkan al-Quran, sehingga menyerang kaum Muslimin dan beberapa masjid dan pusat-pusat pengajian Islam.
Semua ini adalah bukti yang jelas betapa orang-orang kafir membenci dan memusuhi umat Islam, khususnya rakyat Amerika sendiri yang didorong oleh semangat anti-Islam yang dipropagandakan oleh ideologi negaranya iaitu Kapitalis-sekular. Kebencian itu ditambah pula dengan ketakutan mereka akan kembalinya Islam dalam bentuk Negara (Khilafah) yang akan menjadi pesaing kepada negara mereka, sekali gus akan melenyapkan pengaruh ideologi kufur mereka di dunia. Amerika telah melancarkan perang secara fizik terhadap kaum Muslimin, dengan membunuh, menangkap dan menyeksa puluhan ribu umat Islam dan menghancurkan negeri-negeri kaum Muslimin dengan dalih memerangi terrorisme.
Ingatlah, bahawa gelombang kebangkitan menuju ke arah tertegaknya Khilafah tidak akan dapat dibendung oleh mereka, walau sekuat mana pun daya dan upaya yang mereka lakukan. Hal ini kerana, Khilafah merupakan janji Allah SWT dan merupakan khabar gembira yang telah disampaikan oleh baginda Nabi SAW.
Sumber: http://dunya.milliyet.com.tr/abd-askeri-kuran-i-kerim-i-yere/dunya/detay/1828661/default.htm